Nampaknya semakin hari semakin aktif aku menaip. Hari nie pun bersemangat ya nak berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai apa yang aku alami.
So hari ini, aku nak berkongsi berkenaan dengan drama yang aku dan wife layan baru-baru ini. K-Drama bertajuk "Welcome To Samdal-Ri". Lakonan Shin Hye Sun dan Ji Chang Wook (aku tahu nama karektor jer dalam ini, nama pelakon memang tak ambil port langsung. Hahaha..).
And wife aku baru je order makanan dari PK Tempayan (agak terkejut sebab tak expect langsung..)
Drama nie menceritakan tentang seorang jurugambar profesional iaitu Cho Sam Dal (atau nama samaran dia Cho Eun Hye..) yang telah menghadapi satu skandal yang menjatuhkan karier dia sehingga dia kembali semula ke kampung halamannya di Pulau Jeju iaitu di Samdal-Ri.
Balik ke kampung bersama kakak dan adiknya, Jin Dal dan Hae Dal bersama anak saudaranya Ha Yul, mereka bersembunyi di rumah ibunda mereka malu kerana mereka berfikir bahawa mereka telah gagal di tanah besar. Sam Dal pula ada kenangan pahit manis bersama bekas kekasihnya iaitu Cho Yong Pil.
So drama nie banyak bercerita tentang kisah cinta dua orang sahabat baik dari kecil sehingga membawa kepada hubungan cinta yang suci. Tentang bagaimana pengorbanan antara mereka dalam memastikan bahawa cinta mereka tidak menghalang perhubungan antara kedua keluarga memandangkan terjadinya satu tragedi hitam yang menyebabkan mereka berpisah.
Drama ini lebih kepada light hearted dan banyak menerapkan nilai kekeluargaan dan persahabatan. Juga nilai-nilai murni semangat komuniti sesebuah kampung yang sentiasa membantu dan bersatu dalam apa jua perkara. Elemen cinta itu of course ada cuma tidaklah menjadi fokus utama.
Tema utama drama ini adalah bagaimana untuk bangkit dan berbangga dengan asal usul kita. Bagaimana asal usul kita adalah teras utama dalam membentuk diri kita yang sebenar. Walau sehebat dan sejauh mana kita pergi, kita akan terasa sunyi sekiranya kita tidak kembali semula ke tempat asal kita, tempat kita bersusah senang dahulu.
Pemandangan sekitar kampung Samdal-Ri dan persekitaran Pulau Jeju terutamanya amatlah cantik dan memukau. Desiran ombak serta cuaca di pulau tersebut sememangnya mencerminkan komuniti pulau tersebut yang sentiasa bekerja di kawasan pantai. Ah tiba lak rasa nak jejalan kat Pulau Jeju.
Doakan kami dimurahkan rezqi untuk melancong ke sana. Aaamiin.
Watak-watak di dalam drama ini balanced dan tidak over antara satu sama lain. Kisah side story juga interesting di samping setiap watak ada memori silam yang membuatkan aku dan isteri tertanya-tanya. Epilogue di setiap drama adalah wajib untuk ditonton untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran.
Banyak juga terma Korea yang aku tahu setelah aku menonton drama ini seperti haenyou iaitu wanita laut, di mana penyelam wanita berenang dan menyelam untuk mendapatkan hasil laut seperti kepah dan rumpai laut.
Ada juga pekerjaan lain seperti jurufoto dan juga peramal cuaca yang drama ini ketengahkan di mana kedua pekerjaan ini mempunyai berbagai cabaran dan rintangan.
Overall, aku dan wife enjoy layan cerita nie sampai habis. Asalnya aku ingatkan drama nie tiru citer "Welcome To Waikiki", ternyata lepas tengok, beza amat. Hahaha..
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment