Tuesday 1 August 2023

Upcoming Hectic August!

2nd Aniversary di Cameroon Highland
Assalamualaikum. It's the 1st of August, hari Selasa. Akhirnya masuk bulan Ogos, bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 66. Setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957. And as usual klise mereka berkata.. 'Namun minda kita masih lagi dijajah oleh mereka.'

And the truth is, we still are. Obviously dan cuba menafikannya. In the end, it's up to us to be patriotic serta mempunyai semangat waja dalam diri. Menghargai pengorbanan mereka yang telah pergi dan memperkasakan Malaysia dalam memikirkan masa depan negara tercinta. Ambil masa sejenak dan fikir tentang negara ini.

Done reminder simple. 

Well, aku dan isteri kepenatan setelah seharian bekerja. Kami berdua baru sembuh dari sakit, masih ada lagi letih dan sakit kepala. For me, hari ini merupakan hari terakhir aku berulang alik ke Jeli untuk bertugas membantu doktor dalam pembedahan katarak pesakit KKKKM and tomorrow kembali bertugas di klinik mata seperti biasa.

Ogos merupakan bulan yang hectic sama seperti Julai but with two events that is upcoming. Yang pertama, pendaftaran adik aku Abdul Qayyum ke IPG di Jitra, Kedah which at the same time hantar adik bongsu aku ke Maahad Tahfiz Darul Iftak setelah 4 hari bercuti. Aku tak terlibat sebab aku bekerja. 

Bulan ini juga Maisarah which is also my sister graduating and having her convocation in UiTM Shah Alam. For the past week aku dengan isteri (well, mostly my wife) mencari homestay dalam waktu suntuk untuk memudahkan aku, isteri, mama dan abah  serta adik aku menginap di kawasan sekitar Shah Alam, which is almost impossible.

Why? 1st sebab aku lambat sangat cari. 2nd sebab terlalu banyak scammer ambil kesempatan atas konvokesyen yang bakal diadakan ini untuk menipu dan mengaut keuntungan. Alhamdulillah, Allah sayang hamba-hambaNya. Ada hamba Allah bantu kami mencari homestay dan ingatkan kami yang ramai dah terkena dengan penipuan homestay.

Last but not least, 12 Ogos merupakan tarikh untuk mengundi bagi negeri-negeri yang masih belum menjalankan Pilihan Raya Umum peringkat Dun. Salah satu negeri itu adalah Kelantan. Jadi ruang sosial dan perbualan sekarang hangat tentang parti-parti politik serta manifesto mereka. Perubahan yang mereka mahukan dan ada yang mahukan ia kekal.

So, sums up Ogos is gonna be wild with lots of event to be attend. InsyaAllah semoga perjalanan bulan ini akan berjalan dengan lancar.

Oh yeah and next week aku on call. Great!

Thanks for reading. 

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...