Thursday 10 August 2023

Ayam Daging Marinated Bakar

Assalamualaikum.

Apa khabar buat diri ini dan pembaca semua? Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga dilimpahi diri anda dengan keberkatan dan diberi ketenangan dalam meneruskan kehidupan yang Allah kurniai.

Alhamdulillah.

Setelah selesai solat, aku menaip post terbaru. Tengah ada idea bergeliga nie baik aku masukkan dalam blog aku. Aku perasan sejak aku ada desktop kat rumah, aku dah jadi kembali aktif menaip blog tentang kehidupan aku, Banyak berkongsi tentang diri aku dan isteri serta keluarga. It's a positive thing for me. 

Lots of things to talk about but today again another random post. Adik bongsu aku dah selamat sampai di Kota Bharu dari Sungai Petani. Dapat cuti sempena PRU. Sekarang tinggal Maisarah yang katanya insyaAllah esok balik dari Kuantan. While others are well, some aren't especially Abe Chik yang kena alergik akibat alahan ubat NSAIDS. Get well soon bro. 

Semalam kemalangan, dah makan ubat.. alahan lak. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan speedy recovery. Adik ipar aku pun semalam dah sampai dari Johor setelah seharian drive. Alhamdulillah selamat sampai Abe Irham kito. It's been a while. Esok insyaAllah jumpa both families before mengundi Sabtu ini.

Alhamdulillah juga sebab hari ini boleh rezqi lebih. Dapat duit dari kerajaan untuk kakitangan awam. Ada yang kata 'gula-gula PRU'. Lantaklah, rezqi kot. Jangan ditolak rezqi yang diberi. Undi kita adalah rahsia. Benda yang baik kita sokong. Benda tak betul kita tegur dan tolak. 

Rezqi juga hari ini sebab aku dengan Kak Izan, nurse yang on call sekali dengan aku banyak duduk di OT menghabiskan kes kecemasan yang postponed semalam. Dengan klinik yang semakin kurang staf sebab sebahagian terlibat dengan pilihanraya, aku bersyukur sebab aku kerja dengan tenang di OT. 

Even thou kesian juga sebab klinik tak cukup staf dan pesakit hari ini banyak kanak-kanak dan bayi.  

Minggu nie especially sememangnya memenatkan, dah banyak hari aku balik lewat. Hari ini baru balik on time dan sempat dinner kat luar dengan isteri terchenta. If not, balik sama ada pukul 6.30 petang atau nak dekat Maghrib. Tapi itulah rezqi. Rezqi aku dari Allah.

The more I think about it, the more I realize that aku sememangnya sentiasa lupa bersyukur atas setiap pemberian Allah, whether it is good or bad. Ajari diri ini ya Allah agar sentiasa bersyukur Alhamdulillah. Tak kira masa, tempat dan waktu.

Agar memahami bahawa setiap perkara yang disyukuri akan beroleh
berkat dan ketenangan dalam kehidupan yang kita jalani.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...