Saturday 5 August 2023

Am I Akira Tendo?

 Assalamualaikum.

Today is stay at home day. Setelah straight 7 hari isteri den berkojo tanpa henti, hari ini beliau rehat dan mendapat tidur yang secukupnya. Alhamdulillah. At first masa bangun pagi tadi dia mengadu sakit kepala dan badan-badan, maybe sebab semalam whole day dia bekerja. Semalam beliau setup booth kat Mydin Tunjong, dengan ramai orangnya dan penuh kereta parking sana sini. Kalau aku pun aku rasa serabut. Hahaha..

Ala ceconet nie. Geram rasanya nak gigit.
Biasanya kami akan ambil masa cuti satu hari untuk memang duduk rumah sepuas-puasnya unless kalau petang tue ada plan nak pergi mana-mana. One of the two days would be goin' to parent's house, whether belah aku atau belah isteri. The weekdays biasanya stay kat rumah tapi kadang-kadang kalau ada urusan di Perol atau Dendang, kami akan singgah sekejap selepas Maghrib.

So exhaustion after 5 hari bekerja itu adalah real. Masing-masing ada cabaran seharian yang perlu dihadapi. Macam aku, mostly banyak berurusan dengan pesakit. Ragam pesakit macam-macam. Ada yang pemarah, tak penyabar. Ada yang kurang ajar. Sebab bilangan pesakit di klinik mata sememangnya ramai hingga boleh mencecah 200 orang sehari bergantung kepada betapa banyaknya temu janji diberi.

Isteri aku pula banyak berdepan dengan ragam customer yang datang. Ada yang rushing, ada yang kelam kabut dan kurang ajar sama seperti situasi aku. Isteri aku hari-hari berdepan dengan bermacam-macam ragam customer. So aku boleh faham bila dia balik, dia tarik nafas lega dan rehat sepuasnya kat rumah. Mentally exhausted kot. Lagi penat dari buat kerja berat. Sebab banyak menggunakan otak untuk menyelesaikan 1001 masalah orang.

So for those who belum lagi masuk ke alam pekerjaan, get ready to experience it. Bukan semuanya pahit sebab di sepanjang perjalanan kerja atau career ko, ko akan jumpa macam-macam orang, berbagai situasi dan pengalaman yang indah dan sedih serta menakutkan. Jangan takut dengan masa depan sebab kau belum hadapi. Cuba fikir positif dan sentiasa senyum menghadapinya. InsyaAllah, all is well.

And jangan jadi hamba pada kerja. Kerja is kerja but life must also have in the equation. Bak kata Janna Nick, work life balanced gitue. She's right. Tapi bukan semua dapat nikmati work life balances. For me, kerja is just until 5.00 pm. After that is more on family/spouse/life time. Spend with your love ones. Relax. Unless jadi macam aku yang dah mula on call hari nie until Khamis. Hahaha..

Pendek kata, kerja
niat kerana Allah. Kerja dan at the same time nikmati kehidupan yang Allah berikan. Its precious gift for us human. And also to prostrate to Him and to Him only.

Kehidupan ini sementara. Akhirat itu selamanya.

Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...