Sunday, 13 August 2023

Jelawang Waterfall Trip

 

Assalamualaikum. A very early morning for me. Hari ini 13 Ogos 2023, sehari selepas Pilihan Raya Negeri bagi 6 negeri di Malaysia. Keputusan yang boleh diduga memandangkan pengundi banyak memihak kepada Perikatan Nasional iaitu parti Pas dengan hampir majoriti di Kelantan, Kedah dan majoriti penuh di Terengganu.

Today cuti. So banyak spending masa kat rumah sambil tengok tv and selesaikan chores yang belum siap. Esok kembali bekerja seperti biasa.

Adik-adik aku mostly tak balik mengundi. Yang di KL dan Selangor memang tak balik sebab kerja dan tak sihat. Malam semalam adik perempuan aku lak balik Kuantan setelah menunaikan tanggungjawab mengundi di sini. 

Pagi nie lak famili aku bertolak ke Kedah untuk hantar both of my younger siblings, Abdul Qayyum dan Arifillah. Adik aku yang bongsu balik Darul Iftak di Sungai Petani while his brother daftar masuk sebagai pelajar/mahasiswa di IPG Darulaman di Jitra, Kedah. Aku doakan keduanya berjaya dan belajar rajin-rajin menimba ilmu pengetahuan. 

Make our parents proud. 

Weekend nie banyak jejalan area Jeli since adik ipar aku pun balik dari Johor untuk PRN nie. Berjalan sakan kitorang pergi kat Air Terjun Jelawang, barbeku dan also healing-healing di sana.


Aku first time sampai kat air terjun tue. Or maybe masa kecik aku pernah sampai, tak ingat. Luas besar resort tue dan tempat parking mudah. Air terjun di sana sejuk dan menyamankan. Banyak kali gak la aku selam dalam air sambil menikmati bunyi air dan unggas-unggas bersama isteri dan famili.

Umi abah seronok main air sama-sama anak-anak semua. It's been a while sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan masa nak spend time susah nak dapat sekali. Suasana lak aman damai dan betul-betul menyegarkan. Hilang habis stress kalau lepak sana. Sambil-sambil makan kambing bakar dan bihun. Sangkut habis weh.

Sampai ke petang tue dah start hujan, masa on the way tue dah nampak langit gelap. Nasib baik kami sempat mandi dua tiga round before kepala air turun. To be honest, its really scary bila air turun dari bukit dengan banyak dan laju macam tue. No wonder bila dah nampak air kelodak sikit abah suruh semua naik sebab dah nak start turun kepala air.

Selesai di sana, kami bertolak balik dan singgah sekejap ke rumah Ayah Long, abang kepada abah. Menikmati pemandangan kolam ikan dan ladang getah, ayam itek dan lembu yang dipelihara. Ala-ala dah macam cabin house dah. Semua ada. Hahaha..

Balik jer dari trip, nak sampai rumah sangkut jem lak dekat sejam setengah dek penyokong fanatik parti hijau putih. Sakit kepala tue takyah cakap la. Serabut gila sebab jarak rumah dengan tempat aku sangkut jem tue dekat sangat dah. Dugaan kami pada malam tue.

Hahaha.. satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.



No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...