Saturday 17 November 2018

Unfortunate Week Of Sadness..

It's now around 8:30 pm. Aku sorang kat rumah sewa. Hari nie hari Sabtu, so OT as usual. Dengan pesakit dialisis yang sama. A bit unwell today, batuk selesema with on off fever. Kafarah dosa perhaps. Nearly a month since last aku update kat blog. Finally bangkit dari tilam untuk menaip karya picisan tentang kehidupan diri. Hahaha..

Assalamualaikum and a very good evening to all..

As usual, lots of things happen past month. Pesakit aku meninggal dunia, sampai masa bertemu Allah Yang Esa setelah 2 tahun dialisis. Itu adalah Qada dan Qadar, ketentuanNya. Tak sempat tengok anaknya konvo dan anaknya batalkan hasrat konvo untuk jaga ibunda buat kali terakhir. Sad and at the same time respect to her and her family sebab redha dan kuat menerima ketentuan Allah.

So, been losing couple of kilos dek kerana kurang makan waktu malam and restrict my diet to 2 servings per day. Aku rasa ini antara sebab aku sakit sebab crash diet, which isn't healthy at all. But on the good side, digestion aku semakin ok. Perut pun tak penuh, rasa ringan. I think what Rasulullah do is really benefit to all, walaupun tak ramai buat iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Oh, and kunyah 40 kali. = )

A bit delay on continuing this blog. Laptop update antivirus dan tiba-tiba hang. Hahaha..
Dua tiga hari nie agak sedih campur risau sebab sakit. Adik perempuan baru lepas kemalangan semalam dalam perjalanan balik dari kerja. Dalam 10.00 malam. Sebelum tue adik ipar mengadu sakit perut, adik lelaki hantar ke hospital untuk rawatan. Dan bermacam-macam perkara berlaku semasa nak dapatkan rawatan.

Dugaan Allah beri untuk hambaNya. Kesenangan.. kesusahan.. dalam lapang pun Allah uji. Adakah kita sentiasa mengingatinya?
Batuk tak berhenti dari tadi. Ini juga adalah peringatan diri. Tentang masa sihat yang kita persiakan dan hanya ketika sakit baru kita mengingatiNya. Tarbiah hati.

Semakin menghampiri Disember, aku harap agar kehidupan aku berjalan dengan redha dan dalam rahmat Allah. Semakin dekat dengan Allah sambil berdoa agar diampunkan dosa kami sekeluarga dan dirahmati Allah, Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan kekuatan menempuh dunia yang sementara, agar beroleh keberkatan dan kebahagiaan di akhirah. Aamiiin.

Hujan lebat mula turun membasahi bumi. Maulidur Rasul pun tak lama lagi, Dah masuk Rabiul Awal dah kita sekarang. Sekejap masa berlalu pergi.
Doakan diri rajin update blog macam biasa. Kalau tak, pukul 9.00 malam dah tido dah aku. Hahaha.. i'm an early sleeper.

Done. Thanks for reading. 


No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...