Tuesday, 30 January 2018

Fallen Comrade..

Aku sebenarnya dah nampak dah yang 'beliau' semakin nazak, cuma aku je buat tak heran. Tapi sekarang sememangnya sudah sampai masa. 

Harap beliau boleh bertahan sehingga ke perjuangan terakhir aku iaitu menyiapkan kajian/research aku sampai habis. Hahaha..

Assalamualaikum.. Selamat petang Selasa. Hahaha..

Mesti nak tahu siapakah @ apakah beliau itu? (teruknya Bahasa Melayu aku..)
Beliau adalah laptop aku yang telah berkhidmat lebih 5 tahun dari 2012 sehingga sekarang. 


Encik Aspire V. Hahaa.. Aku dah lama dah tengok yang skru laptop nie dah banyak hilang. Nak switch off pun dah ambil masa lama even though item dalam laptop aku tak banyak.

and now aku dah beli keyboard USB... yup. Looks like another thing went broken which is my keyboard. Ini adalah vital kepada aku sebab aku banyak menaip blog dan mesej dalam Facebook dan Twitter, although you can do it on your mobile phone. Blog yang utamanya.

Aku belajar menaip dengan pantas menggunakan laptop. Laju tak macam dulu. Dulu masa muda tengok gak abjad dekat papan keyboard but now easily I can type one to two paragraph without watching the letters at the keyboard. Bagi aku dah kire 'achievement unlock'. Senang kalau aku buat assignment guna komputer sebab dah biasa menaip.

Laptop aku lak jenis touch screen so nak skrol atas bawah just sentuh kat skrin sahaja. Quite rare actually. Tokei kedai komputer pun kata kalau skrin rosak memang xleh tukar dengan skrin sesentuh lain sebab mahal. Sama ada jual laptop nie dan beli yang baru. Itu sahaja. Or tukar dengan skrin yang 'tak boleh sentuh'.

Aku pun tak pasti sama ada nak jual atau nak repair. Is it worth for me to send to a computer shop and repair it? Or just sell it just like my previous notebook? Herm..

I dunno. Ada nostalgic feeling about this laptop. Aku guna duit pinjaman untuk beli laptop nie. Masa tue betul-betul pendek akal bab masa depan. Tahu boros dan nak berbelanja jer. Now, bila dah lebih 6 tahun aku bekerja, mula ada sentimental value. Mungkin juga aku akan repair.

Sayang nak jual. Sebab laptop nie peneman dari awal kerja sampai sekarang. So, bertahanlah laptop. InsyaAllah selesai perjuangan, aku akan baiki setiap apa yang rosak. Amiin..

Hang in there Aspire V. We can do this!!

Sunday, 28 January 2018

Chronicles Of A Pillow Hugger..

Assalamualaikum. What's up there readers. Apa khabar? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Currently in awake and dazzled because I just woke up from sleep. Well, almost 1-2 hour after that.

Tapi ianya adalah tidur berkualiti. Hahaha..

Baru lepas jumpa penyelaras tentang kajian aku untuk pos basik. Let me tell you something, it was okay and unfortunately not okay a bit. Yang tak ok sebab aku kena 'memperkemaih'kan lagi metodologi aku (thought Meteora, Linkin Park.. Haha) pada masa yang sama kena tengok sampai habis kot aku ada buat silap salah dalam data.

Tomorrow would be the last day for this month, for me and the rest to do our practical at KKSJ. Untuk buat semakan assignment dan lain-lain perkara. Esoknya, ke kolej bagi menyiapkan slide show untuk presentation. I seriously wasn't ready. My slides, my research. Buat yang terbaik. Mungkin aku akan spend one whole day editing and reviewing back my data.

Talk about all the studies and stuff. Penuh terus blog post aku.


I miss my family. I mean A LOT! Rindu kangen sama mereka. Adik-adik dah mula sekolah. My bro is also having his last few months in Japan. Bulan 3 nie insyaAllah graduate. Mom and dad will go with that little sneaky naughty boy. Hahaha..

Room was a mess. Kalau snap gambar bilik sekarang memang tunggang langgang. Hahaha. Barang aku banyak weh. Dah nampak macam diri nie Hoarder. Dengan baju lagi. Barang belajar lagi. Uniform lagi. Macam budak sekolah balik la. Hahaha..

Lately kept having small headache and migraine. Mungkin sebab kejar due date or lack of sleep perhaps. Or dah lama tak bersenam. Gotta be active after all this is over.

Penat celoteh hal diri. Pray for my success. Bukan nak flying colors pun. Biar selesai dengan jayanya. Dengan penuh humble, respect dan modest. Amin.

Adieu.

Tuesday, 23 January 2018

SPS.. Zzz...

Good morning peeps! 

Assalamualaikum. It's already 9:46 am. Sekarang di bilik mesyuarat menaip post baru untuk hilangkan rasa mengantuk YANG AMAT. Menghadap software SPSS 25 sememangnya membuatkan diri rasa letih tak bermaya. Melihat data-data yang banyak serta nak kena inter-prate semua data membosankan. Yup, aku memang tak boleh statik buat kerja menaip terlalu lama. Cepat bosan.

Tak tahu sama ada terharu atau sedih sebab post aku dua hari lepas pendek dan tak sepadat mana. Namun ada juga insan yang baca blog aku. So, aku rasa blog aku semakin dikenali (Acewah!) biarpun yang follow tue sorang je. Yes, I know that my blog isn't fancy with info and updates about celebs. Blog aku tentang life. Tentang apa aku buat seharian.

Even thou seharian tue ditaip/karang dalam seperenggan sebab malas. Hahaha..

Jadi, tinggal sebulan lebih sebelum aku habiskan pengajian aku dalam pengkhususan nie. Sememangnya banyak benda aku belajar, pengalaman yang aku dapat serta pengorbanan yang dibuat untuk habiskan pengajian. Doakan aku dapat selesaikan pengajian aku dengan baik. Sebab aku ada pembentangan kajian dengan final exam yang bakal bermula tak lama lagi.

Serius tak ready weh.

Shout out to Julia Tarmidi sebab follow blog aku. Hehehe.. Semoga ada lagi blogger luar sana yang masih maintain evergreen dalam meng'update' blog masing-masing. Sebab aku antara yang seasonal blogger. Yang dah blog lama, dan aim untuk share pengalaman dan menceritakan tentang diri.

Perjalanan seorang anak muda menjadi dewasa. BTW aku dah 28 dah kan? Aku start blog dari umur 21. So, korang leh baca dari macam mana aku taip, dengan funky go happy hingga sekarang. Sebab aku tak rasa se'hip' dahulu. Seasonal, again. Hahaha..

Dah tua dah mamat blogger nie. Hihihi..

Hilang ngantuk. Boleh dah kot sambung balik buat kajian. Ok guys girls.. Tata..

Adieu. Fin.

Sunday, 21 January 2018

Fighting Yawning..

It's nearly the end of January. Assignment insyaAllah siap dalam minggu depan. Module pun dah submit. Tinggal data dan SPSS 25 yang memeningkan kepala, menyerabutkan jiwa. Penyeksaan diri bermula dengan data-data yang bercelaru. Pergh.. puitis ayat tersebut. Hahaha..

Dah masuk pukul 3.00 petang. Sepatutnya aku tidur kejap sebab bakal drive balik ke Seberang Jaya. Tapi kalau aku sampai awal pun, aku tak ada kunci. Kena tunggu roomate balik dulu baru boleh masuk rumah. Nak bertolak pukul berapa aku x pasti tapi insyaAllah sebelum Maghrib. Didn't like to travel at night.

Mengira detik sebelum presentation dan juga masih lagi dalam proses data dan belum buat apa-apa tentang reseach aku. HSR. Benar-benar memeningkan kepala. Dengan duit yang minima, aku kena berjimat. Sebab kereta aku dah isi minyak dan kad Touch N Go pun aku dah reload. Tinggal lah beberapa lagi keping duit untuk bertahan hingga ke hari Khamis?

Nampak tak dramatiknya kat situ?

Muka ngantuk. Menguap banyak. Ada masa aku sambung. Tak pun buat post baru.

Tata. Tido dulu..

Wednesday, 3 January 2018

Peka Sekeliling.

It's 2018! Yes. I know. It's been three days already.
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Semoga ceria selalu. 2017 melabuhkan tirai dalam 3 hari yang lepas. Nothing much for me for the upcoming year, yet. No resolution what so ever. Sebab risau diri tak tercapai azam. Hehe..

So, better play safe and carry on with life. Dalam pada masa yang sama buat perubahan sedikit demi sedikit dalam hidup. Biar ada perubahan walaupun tiada impak yang ketara. Hehehe..

Hujan di Pulau Pinang. Menyejukkan dan mendamaikan waktu petang aku hari nie. Dua roomate aku keluar makan manakala aku dengan roomate aku sorang lagi habiskan masa kat rumah. Mungkin lepas Maghrib baru nak keluar makan.

So far praktikal ok. Cuma kerja assignment as usual bertimbun dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Aku ada juga kajian yang nak kena aku selesaikan sebelum masuk peperiksaan final aku bulan 2 nie. 30 buku prosidur dan satu modul tebal tentang klinik harus aku siapkan dalam bulan nie.

And I can still keep up to date on my blogs. Although it isn't always daily. Hahaha..

Other than that, 2018 membuka tirai dengan pelbagai kisah cerita. Let me start with this fellow. Logan Paul. Adik aku dan mungkin ramai yang lain kenal Youtuber nie. Dengan semangat energetik dan cakap tak berhenti. Buat vlog harian tentang apa yang dia buat seharian. Content dia agak banyak dan ianya tak berhenti di situ.

Aku pernah cerita dalam post lepas tentang internet dan benda yang perlu dan tak perlu diceritakan di internet atau dalam bahasa net, post. So, apparently this fellow went to Japan dan dia buat vlog tentang satu hutan di Jepun yang sememangnya terkenal dengan kejadian bunuh diri. 

Hutan itu dinamakan Aokigahara atau Suicide Forest di mana ramai rakyat Jepun cenderung untuk menamatkan nyawa mereka di sana. Hutan itu sendiri menjadi kawasan larangan bagi pelancong untuk masuk, apatah lagi untuk merakam video.

Namun, apa yang menjadi kemarahan netizen adalah apabila dia merakam hutan tersebut dan juga merakam mayat yang baru sahaja membunuh diri di hutan tersebut. Mereka ketawa dan merakam mayat itu dari jarak dekat. Tidak cukup dengan itu, mereka edit dan masukkan di Youtube untuk pengguna lihat.

Video itu telah dikeluarkan dari akaun Logan Paul dan terus terang, ianya membuatkan seluruh dunia menjadi marah dan memohon dia untuk memohon maaf kerana tidak peka dengan sensitiviti penonton dan tidak peka dengan isu yang sekarang ini menjadi satu masalah dunia iaitu gejala bunuh diri.

Logan memohon maaf namun aku rasa tak semua dapat memaafkan dia setelah apa yang dia dah lakukan. Bagi aku, seperti mana mereka yang lain. Seharusnya Logan berhenti dari merakam dan terus keluar dari hutan sekiranya terjumpa mayat atau perkara yang merbahaya. Kedua, sepatutnya setelah rakaman dibuat, dia boleh hapuskan atau delete. Ketiga, adalah menjadi satu kebodohan yang amat apabila setelah kedua perkara itu tidak dibuat dan dia mengambil keputusan untuk upload pula pada Youtube.

Dia telah minta maaf tapi bagi aku perkara ini akan kekal dalam ingatan mereka yang melihat video dia di Youtube. Terutama pada tahun baru 2018.

Korang boleh cari sendiri di Google dan Youtube. Ada yang sempat simpan video itu sebelum dipadam.

Panjang lak post aku hari nie. Haha.. but back to the point. The point is walaupun kau rasa seronok, rasa nak post something tentang diri, keseronokkan kau atau simply kau nak merasa bangga, nak bermegah dan nakkan pengikut yang ramai, pastikan kau teliti tindakan kau untuk post something dalam laman media sosial.

Kerana aku tahu internet itu baik dan juga kejam. Setelah kau ceritakan sesuatu di internet maka ia akan tersebar dan dengan pantas mereka akan tahu. Itu yang kita hadapi sekarang di era zaman teknologi ini. Begitu pantas berita tersebar.

So, beware. Dan terus terang aku cakap, bunuh diri bukan perkara main-main. Ia melibatkan masalah emosi dan perasaan, ia juga salah satu dari masalah mental. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan dari badan-badan berwajib tak kira sektor kerajaan dan swasta. Mereka memerlukan pertolongan.

Thanks for reading.

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...