Friday 8 December 2017

Yawn. Sneeze. Tired. #SavePalestine #SaveAlAqsa

Kalau title kat atas nampak tak menarik, bermakna aku dah habis idea nak fikir letak tajuk apa. Haha.. I know, it sucks.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah. Aku masih lagi sihat walafiat. Gain a little bit and lama dah tak bersenam disebabkan tugasan yang nak disiapkan dalam masa terdekat. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. InsyaAllah penuh dengan berkat dari Allah Yang Maha Esa. Yang Maha Pemurah.

Aku baru buka blog untuk update setelah lama tak menjenguk blog sendiri. It's been a while. Aku tak balik ke Sg Siput dan stay kat sini, di bumi Alor Star tercinta untuk berehat dan bersiap sedia. Practice! Practice! Practice! Untuk pembentangan pendidikan kesihatan kepada pesakit atau penonton pada hari Isnin nanti. Tinggal 3 hari. Ada juga cuak seketika sebab kena bagi ceramah dalam masa 15 minit. Jadi, aku akan cuba yang terbaik.

Semalam Presiden Donald Trump sekali lagi membuat satu kenyataan bodoh dan tidak masuk akal dengan menukarkan kawasan kedutaan Amerika ke Jerusalam atau Baitulmaqdis dan menjadikan ia sebagai ibu negara haram Israel. Sememangnya tindakan itu mengundang kemarahan bagi aku dan bagi semua umat Islam memandangkan Baitulmaqdis itu adalah ibu negara tercinta Palestine.

Penindasan rakyat Palestine telah masuk ke fasa baru dengan kenyataan ini. Semangat mujahidin semakin membara apabila pendatang haram Israel dan Zionis tanpa segan silu meraikan tanah haram yang mereka jajah itu menjadi hak mereka. Allahurabbi. Sememangnya sudah semakin hampir tanda Qiamat apabila semakin sedikit kawasan tempat tinggal rakyat Palestine dan semakkin meluas penjajahan laknatullah Zionis terhadap tanah anbia Palestine.

Jelas sekali aku tidak akan menyokong dan aku telah pun tanda tangan petisyen membangkang keputusan yang telah dibuat oleh Donald Trump.

Sememangnya mengantuk sangat hari nie. Biarpun aku dah tidur awal semalam. Aku stay sini dan kawan aku balik ke Langkawi untuk bertemu isteri dan anak. Tinggal la anak bujang trang tang tang di sini. Makan pagi dan kain baju semua dah selesai aku buat hari nie. Kalau ikut perancangannya aku nak ke Jitra untuk jumpa kawan aku yang berehat setelah menjalani pembedahan kepala.

Moga beliau diberi kekuatan dan sentiasa bersyukur. Amin,

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...