Monday 11 December 2017

A Long Sigh Of Relieved...

Bismillahi rahmani rahim..

Assalamualaikum kepada semua. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan baik dan dalam naungan redha dan kasih sayang Allah. Today, I feel so relieved. Why?

Banyak berita positif yang aku dapat sepanjang aku habiskan masa untuk program pengkhususan aku di Alor Star.

1. Keputusan Modul 3 dan Modul 4 aku alhamdulillah lulus dengan jayanya. Setelah berhempas pulas membaca dan banyak mengingati, paling penting tawakkal kepada Allah Yang Esa, dengan izinNya aku dapat keputusan yang baik. Sungguh aku tak sangka sebab aku dah berumur lebih 27 tahun. Hampir 5 tahun aku tinggal kolej. Untuk mendapat keputusan elok masa kolej pun berhempas pulas. Bila dah kerja, lagi mencabar. Tapi aku berjaya dengan izin Allah. Alhamdulillah.

2. Aku dengan kawan serumah dah selesai Modul 5 pada hari ini iaitu pembentangan topik berkenaan kesihatan. Ini pun aku wajib ucapkan syukur alhamdulillah pada Allah kerana tanpaNya tak mungkin aku boleh beri penerangan tentang slide show aku dengan lebih baik. Namun untuk semua modul ini ada juga yang lemah dan kena ulang balik. Aku kesian tengok mereka sebab mereka rajin dan kerap membaca. Semoga mereka dapat buatkan yang terbaik untuk ulangan nanti.

3. Kawan aku dah jadi ayah buat kali kedua. Saudara Asyran Salleh dapat bayi lelaki. Alhamdulillah. Moga zuriat yang lahir ini menjadi anak yang soleh dan patuh kepada kedua ibu bapanya. Amin.

Alhamdulillah. Tidak terucap rasa syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kesenangan yang Allah beri. Aku mohon agar jangan lalaikan diri ini dari sentiasa bersyukur kepadaNya.

Awal aku masuk sememangnya aku amat stress. Dengan assignment, paperwork dan research. Kajian aku pun sekarang dalam proses. Jadi, yang lain-lain juga memberi kesan pada kehidupan aku. Aku naik berat kot dalam program ni. Sememangnya bukan menjadi satu kebanggaan.

Mungkin balik kerja nanti aku kena mulakan bersenam. Berjogging semampu mungkin. 

Letih dan kekangan masa juga menjadi faktor utama. Salah diri  juga sebab time management amat lemah. Namun Allah masih lagi bantu. Sepatutnya aku kena insaf diri. Sedar bahawa kehadiran aku di sini untuk mempelajari dan memperoleh segulung diploma lanjutan.

Menunggu habis kursus untuk kembali semula bekerja. Mungkin juga untuk buat klinik fundus dan DRC. In the making. Baru teringat yang aku kena siapkan modul 6 dengan segera.

See? So, waiting until February. Dan berjumpa kita dengan final exam pula.

I'm not done finishing my sighing.. Hahaha..

On the road. Again.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...