Saturday, 21 November 2020

Kereta Iswara Turbo Ramnya..


Good evening peeps! It's Saturday.

Hari cuti yang paling dinantikan oleh setiap mereka yang bekerja tidak kira makan gaji atau berniaga. Untuk menghabiskan masa dengan keluarga setelah 5 hari bertungkus lumus membanting tulang mencari rejeki demi sesuap nasi. Masa yang diberikan untuk bergaul mesra dengan isteri, anak-anak serta sahabat handai dengan perancangan yang rapi untuk bersiar atau melancong.

Dan adanya aku, antara mereka yang hari cuti juga bekerja demi sesuap nasi demi diri, keluarga dan masa hadapan. Ada yang kerjanya hakiki, ada yang kerja lebih masa. Mana-mana pun sama kerna harinya tetap serupa, hari Sabtu.

Kalau ikutkan diri rasa sedikit stress dengan salah faham berlaku semasa bekerja, dari hari Khamis lagi. Cuma situasi berbeza. Nak dekat sampai masa nak bertukar nie lah macam-macam benda berlaku. Perselisihan faham dan miss communication. Itu adalah asam garam kehidupan seorang M.A cabuk seperti aku. Bukan semuanya lancar. Namun akhirnya ia akan berakhir dan dilupakan, Hopefully.

Kelantan memulakan hari Sabtunya dengan Program Kawalan Pergerakan Bersyarat atau (PKPB) disebabkan kes yang saban hari semakin meningkat. Bermakna, surat arahan bekerja dan sticker staf kesihatan haruslah diletak pada kenderaan sekiranya aku nak ke hospital atau balik dari kerja. Kawalan ketat bagi setiap daerah negeri Kelantan khususnya daerah zon jingga dan merah.

Kereta lama aku ada jer sticker ngan surat tue tapi disebabkan ianya total lost, aku tak dapat nak ambil sticker dan surat tue. Habis keronyok impak dari kemalangan. Haih.

And aku lak tak balik minggu nie disebabkan pakar visiting yang sepatutnya esok namun ditukar tarikh pada saat-saat akhir, disebabkan ketiadaan transport untuk ke Gua Musang. Mungkin kenderaan banyak digunakan untuk kes-kes Covid-19 di daerah yang terjejas. 

So a bit boring. But aku isi masa dengan tengok Community dan as usual Agito. Hah!

Actually aku ok je awal kerja tadi tapi hari nie banyak lak isu. Enjin air rosak then arah pesakit untuk dialisis kat tempat lain disebabkan air tak dapat dibekalkan secukupnya untuk mesin dialisis disebabkan enjin air rosak. Luckily semuanya selesai dengan teratur. Ada la salah faham sikit dan kemarahan yang meledak dek salah faham. But everything is running smooth. Alhamdulillah.

Nie esok nak buat majlis makan untuk perpisahan aku lak. Aish, den lekat perangai tak gomar sebenor eh benda-benda nie. Biar la aku transfer sesenyap camtue jer. Senang. Hahaha..

Tak perlu susah-susah. Hahaha..

Dah-dah.. Habis dah.. Thanks baca celoteh ngarut aku nie. Hahaha.. 

Monday, 16 November 2020

Celoteh Petang - Peaceful Evening..

Food is heaven..
It's Monday peeps! 

Ada yang Monday Blues. For me, it's just like any other day since aku kerja dah dari hari Sabtu lagi. 3rd day yeay? Hahaha..

Driven by Hujan's song list, aku merajinkan diri menaip untuk separuh bulan. It's 16 November. Kerja seperti biasa. Makan pun. Well, just now makan quite pricey. Nasi Goreng Chicken Chop with Nescafe Ais. Rm 16.50. Burp. Kenyang dalam kesedihan. And that's the reason why aku jarang makan kedai tue. Nasib-nasib.

Starting to berzikir for the past couple of days. Alhamdulillah masih lagi istiqamah. Mom made a group for us siblings untuk update berapa banyak zikir buat hari nie. Mostly berselawat. 1000 per day. InsyaAllah. Right now I'm at 400 something. Bakal menghabiskan baki-bakinya selepas ini.

Cases are started to rise especially now in all states, termasuklah Kelantan. Semakin banyak kes dengan kebarangkalian untuk menurun itu agak rendah. But on the plus side, jumlah sembuh pun semakin bertambah. Kalau dulu aku selalu gak tengok kat apps yang aku download untuk tahu jumlah cases pulih, new cases dan death. Now aku banyak tengok kat story Whatsapp sebab dah jadi biasa.

Most of this cases sebab mereka lalai dan tak ambil langkah pencegahan sepatutnya. Pandang enteng je virus C-19 nie.  Semua pandang ringan dan anggap ianya sebagai kebiasaan.

And that kebiasaan itu actually frightening for me.  Hopefully diri selalu aware and jaga-jaga. Cukuplah kena kuarantin 2 minggu for two times. Serik. Dalam kereta aku memang standby dah hand sanitizer and also mask sekotak just in case. Mask is mandatory dah, kalau tak melayang la RM 1k.

And dengan situasi C-19 yang semakin menular nie, banyak isu yang timbul dan tular. Kalau aku buka je Twitter, banyak kes kereta kena curi. Dalam pagar rumah kot. And bukan jarang-jarang. Everyday ada. Jenayah pun semakin menjadi-jadi dengan mereka semakin terdesak untuk mencari sesuap nasi setelah banyak perkara disekat disebabkan PKP.

Tue belum dikira kes budak bunuh kawan sekolah sampai putus tangan. Aku tak dapat hadam, I mean kejam sangat dah tue. What drives her to do such a thing? Sedih dan takziah kepada keluarga terlibat. Sayu je aku tengok. Allahu..

For the past couple of weeks, aku banyak layan The Queen's Gambit, Kamen Rider Saber dan Agito (baru nak tengok setelah banyak tahun keluar.. hahaha.. ). Recently aku baru lepas tengok The Last Skywalker. OK la.. Quite nice ending. Boleh expect dah actually ending dia macam mana. With Ben Solo return to the good sides and the last fight against The Sith. Tak sangka lak Emperor Palatine hidup lagi. Hahaha...

Dah, banyak lak
celoteh aku hari nie. Hahaha.. Thanks for reading. 

Sunday, 1 November 2020

1 Month Left..


It's Sunday. 1st of November. Permulaan bulan baru bagi aku. Hehehe.. 

Apa khabar? Alhamdulillah aku sihat walafiat. Sakit-sakit badan and sometimes sakit kaki disebabkan berat berlebihan. Need to loose a couple of kilos in this month. Doakan aku supaya dapat mengawal nafsu makan dan nafsu lain-lainnya since it's really affect my life and work. InsyaAllah.

It's a mixed feelings to type this post since aku dah lama tak berblogging (ayat trademark.. hahaha..)

Anyway, bulan lepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19 disebabkan PRU yang dijalankan di Sabah. Kluster pak menteri dari apa yang netizen cakap, which is true sebab tiada penjarakan sosial dan tiada proper SOP followed. Highest was 1,200 something. I dunno. Sebab kalau dulu duk follow gak chart kes Covid-19 nie. Now aku banyak tengok kat story IG atau Whatsapp member jer.

Banyak langkah KKM jalankan untuk mengurangkan kadar kes di Sabah dan lain-lain kawasan. Kelantan pun sekarang ada kes tapi jarang-jarang sekali. Kawasan-kawasan yang terkesan teruk termasuklah Selangor, KL, Negeri Sembilan. Lain-lain negeri juga ada peningkatan. 

And boleh pulak dalam duk lawan Covid-19 nie, golongan doula, pseudoscience dan anti-vaks duk kecam KKM dan frontliner dengan kata Covid-19 nie hoax, katanya ini adalah langkah untuk mengurangkan populasi manusia dalam negara and goes on with theory Iluminati dan Freemason. For me yang kerja kat medical field, apa yang KKM buat ini adalah usaha dan ianya tak patut diperlekehkan.

It's kinda irresponsible for them to panic others by stating things that tak ada kebuktian sahih. Banyak spekulasi jer. Benda nie makin menjadi-jadi bila salah seorang staf KKM kalah saman fitnah disebabkan keterangan yang diberikan mangsa berlainan dengan mahkamah (from what i read on several articles).

Geram weh sebab effort frontliners disia-siakan. Tak dikira lagi makhluk-makhluk yang taknak patuh arahan SOP.

Hopefully the curve will flatten after lots of effort has been put. InsyaAllah.

Btw, aku pakai font yang lain dari yang lain. Roboto Condensed font. Kinda like this new font. Kemas dan rapi. Teratur jer susunan tulisan dan perkataan aku taip. Dulu main Arial, Verdana ngan Trebuchet jer. It's great to have a new font to use. Sedap membaca.

Bila aku stuck nak menaip blog sebab idea tak dapat nak dicambahkan, aku akan pasang lagu easy listening. Mostly Hujan songs. Lagu dia catchy dan easy to faham. Deep meaning too for other songs like Neon or Kotak Hati. Especially Bila Aku Sudah Tiada.
 
Moving on..

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, maybe this month will be the last for me to work here in Gua Musang. Aku bakal berpindah ke Kota Bharu, berdekatan dengan rumah aku terutamanya. New enviroment, new friends and comrades. It's been a long time since aku berpindah. Last was 2018 masa aku kerja kat Padang Rengas, Kuala Kangsar. Lots of memories in Kuala Kangsar. Pahit dan manis.

Aku tak tahu detailnye transfer nie cuma around the end of November. Surat official pun tak keluar lagi. Its really a good news for me. Dekat dengan keluarga. Tak perlu memikirkan long drive yang aku hadap untuk masuk kerja setiap minggu. It's tiring. Hikmah dari aku eksiden la nie, dapat berpindah this year jugak, syukur Alhamdulillah.

So kena kemas barang la jawabnya aku nanti.

Banyak kenangan aku dengan staf dan pesakit kat sini. Nanti dah habis aku berkhidmat sini, aku akan mention aku kerja kat mana. Some of them already know but banyak yang tak tahu. InsyaAllah soon.

Well, thats about it. If aku ada masa nak update, aku akan inform. Thanks for reading.




Thursday, 15 October 2020

Gajah Naik Bukit

 Assalamualaikum. 

It's a very chilling evening today. Sambil diganggu oleh adik yang sentiasa penuh dengan idea, ditemani lampu dan kipas, aku menaip. Ceh, berpuitis lak aku petang-petang nie. 

Post for Oktober. Here we go!

Aku sekarang nie berada di rumah, bercuti. Until that medical leave ended aku tak boleh nak share sangat kenapa aku bercuti di rumah. Nanti when all settled, aku akan buat satu post cerita detail about it. Ok? If aku ingat la. Or aku tak sibuk.

Life was alhamdulillah, ok. But awal Oktober nie aku ada mendaki bukit di Gua Musang, which is dangerous and penuh dengan cabaran, for a 120 kg person like me. Mendaki tue ok but menurun tue is a bit difficult. Memandangkan aku dah beli kasut hiking, aku dengan confidentnya naik ke bukit tersebut.

It was a good and a bad decision. It's good because boleh uji ketahanan diri aku after lama tak buat strenuous exercises or activities like this (last aku ingat 2017, hiking Gua Tempurung, Perak). And I still got it, even thou several breaks and almost fainted experiences i had during the climb.

The bad reason is that bukit tue terlalu curam, ada cliff and banyak pokok berduri. Not to mention jalan penuh berakar dan lumpur. And why there is mud? It's RAINING the night before the hike, which makes my hiking boots useless. Aku banyak kali kot jatuh macam nangka busuk masa menuruni bukit. 

And it was also the same route. Bukannya ada easier route ke apa. Clearly ko kena buat semua benda susah involving berpaut pada tali, that is for some reason aku habis melecet disebabkan tali licin. Silap juga aku sebab tak bawa glove. Urgh..

But the view was amazing. Cuma disebabkan timing aku naik tue lambat, masa sampai kat puncak sememangnya panas dan sempit. Aku dengan tenaga hilang sebab tak bawa air or makanan stay sekejap je kat puncak, snap beberapa gambar dan terus turun ke bukit. Turun tue aku tak boleh kira berapa banyak kali aku jatuh. 

Sampai kat bawah tue jari aku sakit yakmat, badan-badan sakit, kasut aku habis berlumpur termasuk baju ngan seluar. Well seluar aku koyak disebabkan duri-duri tajam pokok which also buat badan aku semua pedih dans sakit bercalar especially tangan sebab aku berpaut pada dahan. Habis selumbar dan duri masuk dalam telapak tangan dan jari aku.

Wow. Banyaknya negativity. Hahaha..

But overall, it was exciting dan pengalaman baru aku dapat. Bonding dengan staf hospital. Tanya khabar diorang at the same time gelak-gelak. It's been a while since. Aku dah lama tak bersosial macam nie. I think I won't regret it. But I won't climb it again. Not until I loose a few kilos dulu. Hehehe..

Bukit Gua Musang, I conquered!


 

Monday, 21 September 2020

Toothache Of Wisdom

Aku pun tak tahu kenapa aku beria sangat nak buat post hari nie. I mean.. hari nie dah la aku baru cabut gigi setelah beberapa hari tergendala dengan kerja. Sakit tak sangat tapi sengal. 

Aku dah siap sedia dengan ubat Panadol dan Ponstan kalau kesakitan tue berterusan (or in this case.. sengal gigi). Gedik juga nak post. Ah, lantak la. Hahaha..

Hati kering je aku masuk klinik gigi hari nie untuk cabut gigi bongsu or wisdom teeth. Cuak ada but little. Aku pernah kena lebih teruk dari nie in term of gigi sebab aku pernah pasang IMF dekat gusi dan gigi agar tak berganjak dek kerana patah tulang pipi. Long story short. It wasn't pleasant.

So, before mencabut tue aku dah bedal makan macam-macam. I mean cakap je apa aku makan. Keropok lekor, bebola ikan, mee celop dan Nescafe O ais (man, I really stated all the things i eat this afternoon). Aku sebenarnya nak cabut hari Rabu tapi aku dah nak balik hari tue. Jadi hari nie jelah aku boleh mencabut gigi bongsu yang menjengkelkan.

Not to mention.. tempat kerja aku hari nie ada gangguan elektrik. Bertambahlah kestressan.

Settle je Zohor aku gerak ke klinik. Daftar dan screening semua. Settle. Aku memang xder rasa takut apa pun. Staf aku pun cakap, suami dia cabut tak sakit. So I'm really buying it. Menunggu tue dalam setengah jam gak la. Then nama aku dipanggil masuk untuk duduk di kerusi. Sementara doktor gigi lak belek-belek kad gigi aku.

Mula prosidur pembuangan gigi yang dah takder rupa gigi. Dah pecah dan jadi serpihan. Masa bagi bius dan nganga aku ok lagi. Then after bius kebas gigi aku. Lepas tue bermulalah kesakitan selama 20 minit dengan segala macam alat dental yang digunakan doktor. Gigi tue tak sakit tapi bibir aku ngan mulut sakit sebab disumbat jari dan instrument dental tersebut.

Terasa weih setiap akar gigi tue dicabut dan dipulas sampai terkeluar semuanya. Doktor lak suruh aku relakskan badan. Habis rileks dah kot. Kalau tang leher memang xleh nak rileks sebab bekas aku eksiden dulu. Otot still sakit lagi. After selesai je cabutan gigi (cam cabutan bertuah lak) doktor suruh aku makan benda sejuk dan avoid makanan keras. 

Up until now gigi aku sengal dan continuously bleeding. Gauze tue ada je aku bawak tapi aku x bukak lagi buat masa nie. Berdarah habis mulut dan gusi. Entah bila nak berhenti berdarah. Now ok la sikit dari sebelumnya. Rasa payau dan masam air liur bercampur darah tue still ada sampai sekarang. Aku pun xmakan ubat lagi. Ingat lewat sikit la nak makan. Or bila sakit teramat.

Oh, staf aku masuk kerja dah mulai hari ini. Alhamdulillah. Lessen sket burden kerja. 

Ok dah. Ngeri tak cerita aku cabut gigi? LOL. Thanks for reading.



Saturday, 12 September 2020

Peaceful Raindrops.

Assalamualaikum..

Apa khabar hendaknya? Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin. How was your day? Harapnya baik-baik sahaja. Ada hari baik, ada hari kurang baik. Ada yang dugaannya banyak, godaan dan hasutan syaitannya benar-benar menguji keimanannya. Namun, kembali kita kepada peringatan dan perintah Allah Taála. InsyaAllah. 

Aku struggle, kamu struggle, kita semua struggle untuk menjadi baik dan mencari redha Allah di bumi sementara ini. Yup.

Sementara aku ada masa, kena lak dengan hujan lebat di petang hari.. aku nak update sikit tentang apa aku buat sekarang and what is my plan after this. Tak salah kalau merancang bukan?

So, it is almost in the middle of September. Alhamdulillah kerja tue masih ada tapi tak sebanyak dulu. Boleh da juggle sikit kerja dengan life, although after kerja biasanya aku terperap dalam bilik rumah sewa nie, sama ada rehat atau layan phone sampai Maghrib (so productive.. -_-).

Aku pun duk berdua jer dengan roomate aku yang kerja di klinik. Selalunya kalau balik, bual-bual sikit petang tue then after selesai Maghrib, masing-masing buat hal sendiri. So far ok.

Alhamdulillah.. Staf aku yang cuti bersalin bakal masuk kerja pada bulan nie, maybe around 20-21 September ini. So aku pun a bit hype sebab 3 bulan kerja dua orang and aku dah lama tak merasa cuti hari Sabtu like others. 

Finally aku berpeluang off Saturday. Aku pun dah request cuti Sabtu sebab cadangnya nak pergi ke Perak, just jalan-jalan jumpa kawan dan staf lama aku.

Last aku keluar dari Kelantan rasanya awal tahun nie untuk raikan New Year di Pulau Pinang. So yeah, lama tak jalan. Hahaha..

It's a rough plan but kalau lancar, dalam 24-25 nie aku gerak. Next month pun ke Perak teman my family untuk walimah adik iparnya di Teluk Intan. It's gonna be exciting. InsyaAllah.

At the same time, aku masih dalam mood berjaga-jaga memandangkan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat terutamanya di Kedah dan Sabah. And Sabah pula dalam perancangan untuk pilihan raya umum. Angka positif tue quite frightening to be honest. Triple digit kot.

Untuk semua, jagalah kesihatan. Pakai penutup muka ketika ditempat sesak. Hand sanitizer itu adalah kewajiban. Isi maklumat setiap kali berada di kawasan premis perniagaan atau mana-mana tempat. Jaga penjarakan sosial dan berjumpa doktor sekiranya ada tanda dan gejala seperti demam, batuk dan lemah badan.

Pesanan penaja. 





Tuesday, 1 September 2020

1 Sept - Series Of Unfortunate Evening..


Assalamualaikum.

Baru perasan yang Blogger ada 'interface' baru. Ringkas dan mudah bagi aku nak edit. 

So yeah, another blog with a minor headache, ditemani dua kipas yang sentiasa bersama tika pa enas dan sejuk.

 Malam nie panas, mungkin nak hujan rasanya. Hari nie kurang bernasib baik sebab banyak benda berlaku selepas aku habis je kerja. Antaranya..

@ Kunci kereta/rumah aku tercicir. Aku ingatkan hilang ke apa. Ada la dalam 10-20 minit mencari kat dalam klinik tapi tak jumpa. Apa kan daya. Last-last aku jumpa ada dekat kerusi tempat menunggu. Duh!

@ Aku makan kat satu kedai nie, order Yong Tau Foo dengan kuah pedas campur manis. Makanannya dah sampai akan tetapi air aku belum. Aku kelaparan dan terus membaham Yong Tau Foo sambil menahan kepedasan. Air masih belum sampai, sehingga aku habis makan. Dek kerana frust menongeng sangat, aku bayar makanan jer memandangkan air belum buat lagi.

Nasib la owner minta maaf. Hahaha.. 

@ Headache until now. Frontal to be exact selepas meneguk air tin Nescafe Original. Nyut nyut sakitnya sehingga sekarang. Haih.

So aku gagahkan jua menaip benda yang berlaku hari ini agar aku boleh recap balik sambil berfikir what went down. Akhirnya conclusion aku dapat, mungkin sebab aku lengah solat Asar hari nie.

Yup. Definitely. 

Allahu.. rasa terkesan gila bila sedar benda nie. 

Actually, aku dah lama sebenarnya nak focus on this particular thing. For me and to all whom read. This is about solat. Aku perasan yang sekarang aku jadi semakin leka dengan kerja sehinggakan aku melambatkan solat. For sometime aku dahulukan kerja dulu lebih dari panggilan Ilahi untuk ke tikar sejadah dan sujud pada Yang Maha Esa.

Jadi semakin sibuk.. semakin kurang masa dengan Allah. Then what do you expect? Doa kita agaknya dimakbulkan tak kalau amalan seharian kita sebegini? 

Mungkin after typing all this, aku boleh mula amalkan untuk berkejaran solat seperti mana staf aku buat ketika setiap kali waktu solat masuk. Nampak macam simple but actually takes time to adjust and adapt to make it important.

Mengutamakan panggilan Allah lebih dari segalanya. 

InsyaAllah.

Doakan sakit kepala saya berkurangan. Maybe because of the caffein. Pfft..

Nite.






Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...