Monday 21 September 2020

Toothache Of Wisdom

Aku pun tak tahu kenapa aku beria sangat nak buat post hari nie. I mean.. hari nie dah la aku baru cabut gigi setelah beberapa hari tergendala dengan kerja. Sakit tak sangat tapi sengal. 

Aku dah siap sedia dengan ubat Panadol dan Ponstan kalau kesakitan tue berterusan (or in this case.. sengal gigi). Gedik juga nak post. Ah, lantak la. Hahaha..

Hati kering je aku masuk klinik gigi hari nie untuk cabut gigi bongsu or wisdom teeth. Cuak ada but little. Aku pernah kena lebih teruk dari nie in term of gigi sebab aku pernah pasang IMF dekat gusi dan gigi agar tak berganjak dek kerana patah tulang pipi. Long story short. It wasn't pleasant.

So, before mencabut tue aku dah bedal makan macam-macam. I mean cakap je apa aku makan. Keropok lekor, bebola ikan, mee celop dan Nescafe O ais (man, I really stated all the things i eat this afternoon). Aku sebenarnya nak cabut hari Rabu tapi aku dah nak balik hari tue. Jadi hari nie jelah aku boleh mencabut gigi bongsu yang menjengkelkan.

Not to mention.. tempat kerja aku hari nie ada gangguan elektrik. Bertambahlah kestressan.

Settle je Zohor aku gerak ke klinik. Daftar dan screening semua. Settle. Aku memang xder rasa takut apa pun. Staf aku pun cakap, suami dia cabut tak sakit. So I'm really buying it. Menunggu tue dalam setengah jam gak la. Then nama aku dipanggil masuk untuk duduk di kerusi. Sementara doktor gigi lak belek-belek kad gigi aku.

Mula prosidur pembuangan gigi yang dah takder rupa gigi. Dah pecah dan jadi serpihan. Masa bagi bius dan nganga aku ok lagi. Then after bius kebas gigi aku. Lepas tue bermulalah kesakitan selama 20 minit dengan segala macam alat dental yang digunakan doktor. Gigi tue tak sakit tapi bibir aku ngan mulut sakit sebab disumbat jari dan instrument dental tersebut.

Terasa weih setiap akar gigi tue dicabut dan dipulas sampai terkeluar semuanya. Doktor lak suruh aku relakskan badan. Habis rileks dah kot. Kalau tang leher memang xleh nak rileks sebab bekas aku eksiden dulu. Otot still sakit lagi. After selesai je cabutan gigi (cam cabutan bertuah lak) doktor suruh aku makan benda sejuk dan avoid makanan keras. 

Up until now gigi aku sengal dan continuously bleeding. Gauze tue ada je aku bawak tapi aku x bukak lagi buat masa nie. Berdarah habis mulut dan gusi. Entah bila nak berhenti berdarah. Now ok la sikit dari sebelumnya. Rasa payau dan masam air liur bercampur darah tue still ada sampai sekarang. Aku pun xmakan ubat lagi. Ingat lewat sikit la nak makan. Or bila sakit teramat.

Oh, staf aku masuk kerja dah mulai hari ini. Alhamdulillah. Lessen sket burden kerja. 

Ok dah. Ngeri tak cerita aku cabut gigi? LOL. Thanks for reading.



No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...