Thursday, 16 February 2017

Nervous Fella..

Assalamualaikum. A new post after some time absent.

Kerja dan kerja tanpa henti. Sambil lagi Awesome Mix Vol 1 diputarkan. Lagu-lagu lama yang 'easy listening' untuk aku.

Hari nie ulang tahun perkahwinan abah dan mama. 28 years menempuh badai dan ombak demi kebahagiaan keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada mama dan abah serta kami adik-beradik. Dari susah payah membesarkan anak, mendidik dan mengajar tentang Islam serta makna kehidupan. Moga Allah permudahkan anak-anak untuk membahagiakan mama dan abah setelah banyak pengorbanan yang mama abah lakukan.

Dalam beberapa hari nanti akan ada macam-macam perkara yang terjadi. Yang pertamanya perkahwinan sahabat baik aku Izzul Zakwan. Majlis akad nikah dan resepsi sebelah wanita dah dibuat di KL. Ahad ini pula di Ipoh. Allah beri kemudahan untuk aku pergi memandangkan jika dilihat jadual kerja, aku bertugas. Tapi ada yang nak ganti tugas aku. Jadi, hari ini aku kena beritahu kepada in-charged aku yang Ahad nie ada orang yang mengganti. Moga beliau bersetuju. Hehe..

Yang kedua, trip aku ke Bali dalam beberapa hari lagi. Memandangkan ini kali kedua aku terbang dan kali pertama terbang di luar negara, jadi aku agak gugup. Persiapan tue ada cuma baru minima. Beg travel aku dah beli, passport dan insurans aku dah ada. Cuma bila tengok travel itinerary nama ibu aku. Agak cuak memandangkan aku isi online, jadi mungkin ada salah taip kat bahagian nama travelers. Tapi kat guest memang nama aku dah. Hari nie aku akan ke airport Ipoh, tanya terus dengan kaunter AirAsia tentang travel itinerary aku. Doakan setel dengan aman.

Yang ketiga, dalam jam 10.00 pagi nanti aku akan ke KPJ Ipoh untuk urusan temujanji dengan doktor. Untuk pemeriksaan kesihatan bagi perbicaraan kes kemalangan aku yang dah aku lupa sebelum nie. So, I'm a bit nervous. Hari nie pun plannya nak ke sana naik motor jer. Kereta aku masih lagi tak isi gas air-cond. Kalau pandu ke sana boleh cuma panas. Juga nak dapat parking payah memandangkan hari kerja hari ini. Jadilah aku seorang penunggang motorsikal hari ini. Menyelesaikan segala-gala tugas hari ini.

Boleh nampak kan hari ini hari yang amat sibuk bagi aku? Semua dah siap plan cuma nak jalankan jer. Aku tak banyak pengalaman nak handle most of it. But I take it as a challenge.

Belum lagi kira sembang pasal diri setelah lama tak cerita apa berlaku sekeliling. Maybe next post.
Maybe today. After my appointment is over. We'll see bout that.

Thanks for reading. Ciao.

Tuesday, 24 January 2017

Fatamogana Dunia

many of my regrets was doing' sins. whether I'm conscious or not. the sins kept piling up. and regret turns to remorse. actions that had done become history. a history that wasn't unpleasant to talk about. lingering in memories of suffering. hence I came searching back Him. the lack of guidances that I seldom seek.

and the day passed by.


hakikatnya diri ini lemah, hina dan berdosa. atas segalanya. perbuatan dan pergaulan. dunia ini semakin parah mengkhayalkan diriku dengan keseronokan, kenikmatan dan cinta pada ia. hingga tiada lagi ruang untuk mencari kebenaran dan ketenangan yang sekian lama dipegang kemas. semakin lama semakin hanyut.

beban dosa diri sudah tidak tertanggung. hanya kepadaNya sahaja aku memohon. dengan jujur tiap kata yang ditaip ini menceritakan diri yang terkapai-kapai di lautan dosa mencari perahu untuk berlayar kembali, mencari cahaya Ilahi.

bukan bersahaja aku menaip. setiap kali aku lihat kembali isinya, penuh dengan nasihat dan pedoman diri. untuk aku bangkit kembali dari dosa lampau. suburkan kembali diri dengan amal yang sering kali dilupakan.

redhakah Allah akan jiwa yang berdosa ini?

Friday, 6 January 2017

Deadbeat Brother..

Hey, it's 2017. Sudah masuk tahun baru. Apa azam baru anda? Masih dengan azam lama? Jadi teruskanlah. 6 Januari pada hari ini. Jumaat. Aku bercuti lagi pada hari ini. Yup, dengan post baru. Post yang kadang kala boring untuk aku baca. Kerana aku paksa diri aku menaip dengan menguap tanpa sebarang idea yang nak diutarakan. Plain simple old me. Bila nak berubah mamat nie? Hahaha.. *sigh..

Might as well continue my blog. Esok dan lusa aku bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad. Seminggu yang lepas nie aku banyak buat senaman ringan. Berjalan pada waktu pagi, kalau sempat pergi gym di pekan. Kali pertama pergi gym tue. Jakun dengan semua peralatan di dalam gym. Macam-macam orang kita boleh jumpa. Aku antara yang nak aktif dan tingkatkan stamina badan aku.Oh dan juga kuruskan badan. Walaupun jadual makan aku masih lagi fail. Ahaks.

Boleh dikatakan seminggu ini agak tidak terurus si anak bujang ini. Laundry tetap buat tapi rumah, ya Allah punyalah tak kemas. Tak ada langsung usaha nak kemas rumah. Vacuum dah ada pun malas lagi. Maybe after posted this blog. Who knows. Kadang kala kemas rumah boleh hilangkan keserabutan kepala aku. Yes, I am serabut right now. Walaupun dengan hair cut baru. Haha..

Aku beli kasut baru untuk azam tahun ini. Bukanlah azam sebenarnya. Disebabkan aku memerlukan sepasang kasut baru untuk bersenam, aku usahakan juga pergi di Al-Ikhsan dan sebat kasut Puma atas cadangan runner profesional ( maaf, nama di'hidden' atas sebab peribadi ). Agak 'flashy' dan menyerlah warnanya. Oh well, guna untuk bersenam je kan. 1st time juga beli kasut sukan mahal. Selalunya beli dekat pasar malam je. Rm 20 sepasang. Thehehe..

Kerja as usual. Oh, sekarang masuk musim hujan di Kelantan dan Terengganu. Sedih tengok air naik dan orang kampung terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir. Alhamdulillah famili aku selamat. Dua tiga hari nie baru nampak panas matahari. Kata mak aku mendung tadi, mungkin hujan balik. Apa-apa pun aku harap famili aku serta mereka mangsa-mangsa banjir tabah dalam menghadapi dugaan Allah ini. Penghapus dosa barang kali. Amin.

My plan for this year is to make savings and live healthy. That's it. Oh, and also religiously do deeds and amal kepada Allah. There's lots of things needed to be done. Slowly and steadily. I'll keep in mind about my sins and deeds. Try to be cautious when speak and react. Untuk semakin rapat dengan Dia. Bukan hanya sekadar diri memberi nasihat kepada yang lain. Aku juga kena berubah ke arah lebih baik. Mudah mudahan.

So, that's about it. Nak merajinkan diri berblogging lepas nie. I hope. Everytime I needed to muhasabah diri, inilah medium terbaik, selain dari melangut baring kat tilam, thinking then fall asleep. I'll be much more alert when I type things that I needed to do. One of it was blogging. It calms me even if I didn't have much to talk to..

Aku pun mungkin akan stop dari post blog aku supaya yang lain baca. But, if they do find my blog, feel free to read it. Nothing personal really, hanya cakap-cakap kosong budak lelaki yang boring. Hahaha..

Till then. Thanks for reading my nonsense. = D

Peace!!

Sunday, 25 December 2016

Golden Weeks..



Hari ini hari Ahad. Hari cuti aku. Setelah penat lelah bekerja ( walaupun sehari jer semalam.. hehe.. ) aku bercuti selama 3 hari mulai hari ini hingga Selasa. Sebenarnya aku dah mula cuti panjang dari hari Selasa minggu lepas lagi. Lepas habis semua kerja di klinik, aku kemas rumah untuk bersiap siaga menyambut ketibaan famili aku. Mereka datang tahun ini untuk melawat anak lelaki bujang mereka yang bekerja di Perak nan permai ini.


Jujurnya aku rasa rumah aku memang tak kemas dan berselerak. Aku dikenali dengan kemalasan aku bila mana masuk hari cuti. Cuti aku pun kadang tak tentu jadi ada hari aku akan kemas betul-betul dan ada harinya aku biar macam tue jer. Boleh nampak kan anak bujang yang tak boleh dibuat calon suami. Haha.. Jadi aku rasa aku dah kemas semampu mungkin. Datanglah mama dan abah dengan adik-adik aku yang kecil masuk ke rumah. Semua jadi cantik dan lebih bersih. Sebab mama sukakan kebersihan dan kekemasan rumah. It's in our DNA. But mine wasn't as good as her. Hahaha..

Dari dua tiga hari lagi aku nak post blog tapi idea takder. Kekontangan idea. Lantas aku taip sembrono sambil menunggu mesin basuh membersihkan baju kotor aku dan menggunakan internet Digi pada hari minggu dengan optimumnya. Bulan ini ada naik turunnya iman. I was planning to go to masjid today. Apa kan daya. Syaitan itu lagi kuat godaannya. Ish ish ish.. harapnya dalam tempoh cuti aku ada ini aku aktif untuk ke surau dan masjid. Mama pun dah pesan dalam cuti nie supaya banyakkan masa berzikir dan tambah amalan. Kiamat dekat, ajal dekat kita tak tahu. 

InsyaAllah ma.

Semalam pesakit tak ramai, aku habiskan masa berbual ilmiah dan spiritual dengan kawan baik aku kat klinik. Banyak kami bincangkan, tentang agama. Tentang ketuhanan kebanyakkannya. Kita ini iman senipis kulit bawang kalau nak dibandingkan dengan iman para ulama. Apatah lagi sahabat. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah tercinta. Banyak yang aku dapat simpulkan dari perbualan semalam. Tentang self-reflect. Kesabaran dalam menjalankan tugas dan amalan. Serta sikap judgemental diri yang harus dibuang jauh dalam apa jua perkara. 

1. Aku terlalu mudah side-tract bila nak buat sesuatu perkara. Nak buat tapi lengah dan last sekali terbengkalai. Hahaha.. Jadi aku nak pastikan lepas ini semua benda akan selesai mengikut kemampuan diri. Kemudian aku nak rancang dahulu semua dan target bila akan selesai. 

2. Pengurusan kewangan dan masa adalah perkara yang paling aku lemah. Dalam memanfaatkan masa dalam cuti dan kerja serta ibadah pada Allah. Dahulukan ibadah dalam apa jua perkara hatta kerja. Aku sekarang tiada kes kecemasan jadi tiada alasan untuk tidak memperbanyakkan amal kepada Yang Maha Penyayang. Pembaziran duit juga banyak berlaku sebab aku terlalu berkira walhal sebenarnya duit lebih banyak pada kemahuan. 

3. Be nice to others. Tahun ini merupakan tahun perubahan sikap untuk aku setelah aku dinasihatkan oleh kawan supaya menjaga amarah dan tenang dalam bekerja. Alhamdulillah, semakin lama semakin baik. Aku banyak tengok setiap kelemahan diri dan kekurangan dan cuba sedaya upaya untuk kurang marah pada yang lain. Biarlah diri ini dimarah dimaki diherdik sekali pun. Sebabnya yang rugi mereka. Aku tidak. InsyaAllah. Satu lagi adalah supaya tidak cepat reaksi dengan segera. Tenang dahulu dalam melihat tindak tanduk seseorang sebelum menghukum. Atau tidak terus menghukum. Mencari hikmah dalam setiap kekurangan. 

Sebab siapalah diri ini. Hina diri ini di sisi Allah dengan dosa yang tak terbayang banyaknya.

Sambil aku menaip nie pun aku selesaikan banyak kerja rumah. Baru lepas vacuum habuk dan lantai di rumah. Berpeluh jugak la. Ini kiranya macam resolusi tahun depan ke apa? Hahaha.. taip bukan main lagi panjang. Bila baca balik, dah macam azam tahun baru. Takde masalah kalau nak letakkan azam pada tahun mendatang. Hari-hari lebih baik. Sebab hari ini insyaAllah lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari dilalui sama ada baik buruknya ada hikmah. You just have to find it.

So, yeah.. Panjang sangat taip pun bukan orang baca. Aku jugak. Diari seorang lelaki. Hahaha.. 

Assalamualaikum..

Thursday, 15 December 2016

Heart Swings.

It's December. Last month of this year. 2016. One step closer 2017. What's your revelation?

Been kinda busy with work and juggle with time for my family in Kelantan. Frequent visit nowdays. Gosh how I really miss my family this past few days, even thou I already back last week. Since I work far away from home, goin' back is the only way I can to fulfill my empty life. Hahaha.. such a drama king. Lots of chores are already done. Spick span ( I guess clean and sparkly? ) now I have bought a vacuum cleaner for easy cleaning. Not that I dislike broom and sweeping but man.. my house is always dusty.

Thursday. I fast today. Hoping that I would maintain my fast until the end of the period. It's been a while for me. And why do I fast? Well, lets just say that someone suggested that I fast today. And she's ( yes.. a girl ) wanted to do too. But my intention is only one. To do lots of good deeds. Just to find His Redha especially. So, I set my 'niat' sincerely towards Allah. In everything. InsyaAllah. She was just a mere small reason. I really wanted to do it.

Been trying to lose weight too. Although I didn't hit on the gym yet, I nearly lost a lot by controlling my food intake. It's pain-staking. But it should be done years ago. I really love to eat. Everytime. So, I gain a lot last month just by goin out and having lots of delicacies to be eaten. The regret comes later. Hahaha.. Some of my friend also suggested I do indoor work outs. But I am too lazy to do it. See there? Procrastinate all the way it is.

Knowing someone in the past few days through BaitulMuslim. She seems kinda nice. Pretty. Ask my mom on her opinion about it. Well, she wanted me to find a wife that works. For me, even if she doesn't work, it's kinda okay. I know she worried a lot about me. My salary wasn't high as others and I really bad in money management. My spending and my savings aren't really tallied. She concerned that I might not be able to sustained my family if I was the only one working. Plus, nowadays our country's economic and growth wasn't good as it should be. Price hike and taxes including GST really does a lot to the people. Especially us.

I know the concern. I just know her for about 3-4 days. Let us see what happen next. Taaruf isn't short. It's really a long process of knowing someone. I've been doing this a lot. And most of it wasn't really have a good ending. Maybe this one too. Who knows? I just keep chill and carry on my life. Mom and me also got someone in mind. I said to her that I would think for a while before making decision. I'm 26, so I'm not rushing to find one. But if He wanted, why wouldn't I? It is His fate after all.


So I have 2 people that I taaruf for now. Which one is the one that will accompanied me for the rest of my life? I guess I let time to tell it. And His working. After all the effort that I done, I should istiqamah and rely all the decision to Him. Kinda nervous to know. Both of them said that if I found someone that really suits me, please do tell. They don't want to be burden by it. Let alone fighting for me. That's why for now I'm just being a friend that always there to help. If needed. 


InsyaAllah. Hope that it turn to be a good one. Amin.

Thanks for reading this piece of mind sharing experiences. Pray me.   

Monday, 14 November 2016

Bulan Menangis Lagi...

bila aku tengok balik semua gambar lama dalam Facebook, ternyata aku amat merindui saat belajar di kolej dulu.

kenapa? sebab dalam susah payah bergelut dengan masa dan tugasan, aku masih ada masa untuk digunakan bersama kawan-kawan. tambah dalam dua tiga hari ini agak muram. mungkin sebab bulan penuh? mungkin. atau aku dah semakin tua, semakin menganjak usia. sebab satu hari diluang masa berada di rumah tanpa keluar. mungkin.

bukan sedih atau pilu tapi terkadang rasa diri sunyi sepi bila mana balik ke rumah. di saat rakan sekerja lain yang penat dan letih seharian bekerja, kembali ke rumah boleh meluahkan rasa penat dan berbicara, aku kembali ke rumah bertemu sahabat sejati, tilam empuk yang akan aku baring sehingga esok. tidak kira hari apa. cuti atau kerja, semuanya sama..

aku semakin menganjak usia. 26 pada November dan 27 pada Januari tahun hadapan. sekelip mata masa berlalu dengan senyap. setiap saat aku rugi bila ia dihabiskan, dibazirkan tanpa ada manfaat. masa diberi Allah aku habisi dengan sia-sia. ditambah dosa dan pahala yang sudah tentu pemberatnya beralih ke kiri. kerna diri ini sentiasa leka. alpa.

satu persatu gambar aku lihat dari aku muda hingga sekarang. keluarga semakin bertambah dan ibu bapa semakin meningkat usia. adik-beradik semakin matang berbicara. rindu usah dikata bukan kepalang. hanya mesej di telefon dan komen di Facebook peneman, hilai ketawa pengubat lara. aku bekerja. mereka masih belajar. kita semua masih belajar. untuk mengenal dan memikul tanggungjawab dunia dan akhirah.

hanya blog yang setia menjadi penyinar tatkala aku senyap. diam dan berfikir panjang mengenai berbagai perkara. dunia dan akhirah. dosa dan pahala. diri ini sentiasa bergelut seharian. bukan istiqamah dalam amalan dan bukan juga penentang kepada munkar. tiap kali bertukar. kadang baik kadang jahat. sebati dalam diri dan cuba masing masing untuk berada di dalam diri. nafsu dan iman naik turun. hanya diri memahami.

usah bicara soal hati kerana diri belum yakin pasti lagi. biar masa dan pengalaman mengajar diri. biar menderita sekarang memahami ketentuan Ilahi. agar perlahan mula kenal diri dan erti kehidupan ini. soal hati itu ketentuanNya. mati juga di tanganNya. cinta itu abstrak, sebelah pihak, tidak mengerti, halusinasi mata akan kecantikan harfiah dari kelembutan iman. sama sekali tidak sama.

andai aku muram bukan kerna salahmu. bukan jua dosamu. tetapi dosaku. dalam menghargai nikmat Allah aku sendiri kadang hanyut. aibku tersemat kunci di dalam diri. masa lampau hitam penuh bintik dosa. mulut dan badan sentiasa berdusta. doakan sentiasa dalam tiap lembaran baru. agar detik hati itu untuk terus mencari Yang Satu. setiap lembaran baru. setiap ungkapan baru.

10, 100 malah 1000 pun belum tentu mampu aku huraikan. yang pasti ini satu ilham dari hati dan minda. dari apa aku alami pada detik ini. waktu malam disinari bulan penuh menyinar. terang lagi cerah, membawa berjuta makna. berjuta peristiwa yang berlaku sehingga ke hari ini. menjadi satu sejarah hidup tentang diri yang sedih ini. ketika ini. muram dan pedih.

agar menjadi satu lagi memori selain dari gambar dan kata-kata manis. nostalgia anak muda watan berdarah Melayu, beragama yang satu. moga jadi iktibar tika mana bergelut lagi.

Allah masih di sisi.

Wednesday, 9 November 2016

Leter Orang Malas

It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. Balik je keje terbaring kat katil sambil buka phone, skrol FB, Twitter. And then fall asleep.

To wake up again at 4.30 am untuk solah Isya'. The circle continue. Everyday diri struggling untuk cuba kekal tenang dan lancar dalam semua kerja, even though work always pile up. Aku ambil peluang siapkan satu persatu. One thing at a time.

Money management was really poor this month. Banyak spending mengarut. Hajat nak simpan bak angan-angan Mat Jenin. Hanya bermimpi. Tiada effort dan endurance untuk kekal berjimat dalam waktu terdesak. Somethings need to be done.

I gain weight after finishing my antibiotics. I'm not proud of it. Really have regular stomach ache and my digestion isn't as normal as before. Mungkin sebab kerja juga. Waktu kerja dan makan selalu off. So I bite my own tongue too after advising others. Haish...

Esok Khamis. Harap ada perubahan yang dapat aku buat. In all sorts of things. Sebab esok aku cuti. Didn't want my time to be wasted. I hope.

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...