Thursday, 15 November 2012

Maal Hijrah 1434

1st day keje..
ini post yang ke 90 ( setelah aku bace berape banyak post aku dah buat tahun nie.. )

kinda productive.. hahaha..

tapi pada masa yang sama ada gap yang lama antara satu post dan post yang baru.. banyak perkara yang aku dahulukan..

blogging isn't my 1st priority in life.. sebab blog bukanlah diari sahaja..

tidak aku update apa aku buat tiap-tiap hari dalam blog.. kecuali dalam twitter je..

kebanyakkan benda penting membabitkan pengalaman aku.. dan info..

aku sematkan dalam blog nie..

and it's my blog.. suke hati saye la.. ( tetibe nak ber'saye lak.. )

LOL..



Maghrib masuk malam tadi maka bermulalah tahun baru Hijrah.. 1434 H..

tiada bunyi dentuman bunga api mahupun kiraan detik..

melainkan mukmin dan muslim yang beriman menadah tangan memohon agar tahun baru Hijrah ini..

dikurniakan semangat baru.. azam baru untuk berubah.. dan ikhtiar mencari jalan-jalan syurgawi..

itu adalah lebih dicintai dan disukai Allah..

termasuk aku..


seharian aku fikirkan tentang Maal Hijrah nie.. setiap kali awal Muharam akan aku updatekan dalam blog.. tentang apa maksud hijrah.. pengertian hijrah bagi diri aku..

sekarang.. sudah setahun selepas post itu aku keluarkan..

apakah ada perubahan pada tahun lepas? atau masih kekal sama semangatnya?

aku tidak mahu azam yang meninggi.. InsyaAllah..

cukup aku melengkapi yang kurang.. dan mengurangi yang jahat..

itu lebih baik.. kerana aku cuba mendidik istiqamah dari riak yang berpanjangan..

amal tidak dilihat dari sudut banyak-bergondolan.. ( melainkan mereka yang punya semangat tinggi untuk beramal kepadaNya.. )

amal dilihat dari bagaimana istiqamahnya seseorang hamba cuba mengekalkan imannya..

amal ibadahnya seharian.. dari nafsu yang tak lekang menganggu..

dan bisik syaitan yang halus menusuk hati yang rapuh..


Yup, itu mungkin azam aku.. perbaiki ape yang perlu..

aku pun dah kerja.. dan punya pengalaman belajar yang banyak.. dan kehidupan susah senang aku lalui..

apa aku pasti aku sukar kawal amarah terhadap masalah.. cepat hilang mood dan bosan dalam bekerja..

sayang tido lebih dari belajar.. sayang makan dari badan.. sayang diri dari Dia..

mungkin sebab tue tahun lalu aku kurang rahmatNya.. dan ujianNya berpanjangan..

sudah pasti paku yang bengkok sekali lagi diketuk akan selamanya bengkok..

aku takkan jadi paku itu..

kerana jari jemari menaip sesuatu yang aku sendiri pasti..

PERUBAHAN.. akan aku alami dengan jayanya..


Amin Aamin.. AAmmiiinn ya Allah.. = )

Tuesday, 30 October 2012

Sacrifices

Sudah Grad Sudah.. September Yang Lepas
It has been a while now.. Last post was around September..

Now it is in the end of October.. Masa berlalu begitu sahaja..

Pejam celik je dah nak masuk bulan November.. and we at the end of 2012..

Semua benda berubah.. Ada benda baru berlaku..

Some sacrifice that had to be made to ensure the continuation of life..

Quite a lot of question and decisions that needs to be made..


Aku sekarang nie dah pun bekerja.. Alhamdulillah..

Kerja kat mana? Tak perlu kot nak cerita kat sini.. Siapa yang mengenali tahu la kat mana aku posting..

Tak perlu bicara.. Cukup mukabuku dan pencicit ( tweeter ) sebagai updater aku everyday..

Pencicit jugak la tempat aku post luahan hati la.. Ape la..

Hahaha.. ( Sian gelak sesorang.. Korang bace gelak la sekali.. )

Berada di pulau mutiara nie amatlah mencabar sekali.. bukan dari segi kewangan..

Malah dari segenap benda.. Mostly sini Chinese, Mamak dan juga foreigners..

Bangunan dan cara hidup? Toksah citer la.. Bagai bukit dengan gunung tue..

Kemajuan dan pembangunan kat sini memang pesat..

Tapi sememangnya kalau anda dan saya baca pasal budaya dan masyarakat...

Tak payah tengok buku pun.. Tahu yang semakin majunya sesebuah negara..

Semakin hilang nilai budi.. Susah nak nampak bertegur sapa..

Kalau naik kereta hon tue dah macam makanan dah.. Hohoho..


Culture shock yang teramat sangat.. Hadoi..


Memandangkan sudah beberapa hari Aidil Adha berlalu.. Aku sebenarnya lebih nak bercerita tentang pengorbanan..

Bibir suka ucapkan... Betul tak? Tapi pernahkah kau rasakan pengorbanan itu?

Jujur aku cakapkan yang aku benar-benar merasakan pengorbanan itu hanya ketika aku dewasa..

Mungkin perasaan itu datang untuk memberi keinsafan kepada aku..

Bagaimana ibu dan ayah mengorbankan duit dan masa demi anak-anak..

Tak salah jika anda baru terasa.. Sebab bagi aku perasaan itu paling berharga dalam diri..

Mungkin ada yang dah rasa pengorbanan mak ayah masa awal belajar lagi..

Aku sedar aku terlewat tapi kesedaran itu memberi semangat untuk aku terus usaha..

Bantu famili aku di rumah..

Duit habis untuk sewa.. Motor.. Ganti rugi.. Dan sebagainya..

Pernah dengar mak ayah korang mengeluh? Aku pasti tak..

Sebab mak ayah mana tak mahu anak diorang berjaya betul tak? Jadi anak yang berguna..

Sepanjang aku duk sewa rumah sini.. Pelbagai benda mereka korbankan..

Jadi insyaAllah kalau aku sudah cukup kewangan.. Stabil dan teguh..

Aku nak berbakti balik kepada mereka... Cukuplah mereka banyak bantu aku menjadi seorang insan..

Aku nak beri masa pula bagi mereka.. Nafkah insyaAllah aku cari..

Agar mereka berbakti kepada Yang Esa pula..

Amin..


Semoga mereka bahgia dan dirahmati Allah di dunia dan di akhirat..


* Selamat Hari Jadi Mama.. Wan Noorazlaini Abdullah ( born on 30 October 1969 ) dan Belated to my Abah.. Mat Yusoff Bin Taib ( born on 19 Mei 1962 )

Tuesday, 18 September 2012

Tuesday Tiptop : Dilema Amalan..

Subhanallah! Nie kat belakang rumah..
Assalamualaikum.. Kaifa Ha Luka?

Alhamdulillah.. Ana Bikhair.. Hopefully you too..

Sudah lame tidak mulekan blog dengan salam.. selalunye kat tengah jer.. bermain-main dengan perkataan yang sudah pasti menjadi satu pegangan buatku..

Beberapa hari berada di Kuala Lumpur, kota metropolitan hutan batu yang penuh dengan onak duri dan cabaran hidup.. bagaimana yang kaya dan miskinnya.. bagaimana kemajuan negara dan kemunduran akhlaknya.. bagaimana mentaliti dan pengaruh luarannya..

Yang telah bisa menyelinap dalam kehidupan setiap Muslim seperti aku dan juga lainnya..

Mesti pelik kan kenapa aku cakap macam nie? Bukan sekadar emosi.. Tapi dah lama sebenarnya terbuku di hati..

Banyak perkara yang nak dimaklum.. Bukan mahu populariti namun biar yang tersimpan luah sepuasnya..

Aku yakin semua manusia tidak punya kuat istiqamah dalam amalan..

Sebab aku sendiri akui.. Dosa dan pahala saling tidak seimbang dek kerana pengaruh luar.. Nikmat duniawi.. Kurangnya hati dengan rohani bersama menyelami Islam dan Rasul..

Menipu dan mengumpat lebih menjadi amalan dari menghindari.

Betul tak?

Kenapa la aku sembang macam nie? ( Dah nampak macam ayat sastera berat da nie.. )


Bismillah.. Aku merindui saat sekolah menengah.. Di mana amalan ibadah dijalankan dengan penuh khusyuk.. Biarpun masa itu tidak faham atau mengerti mengapa perlunya ibadah tersebut..

Ramai-ramai menghadiri surau dan mulanya dipaksa oleh ustaz atas alasan arahan sekolah..

Malam-malam baca surah Al-Mulk, pagi dan petangnya dengan Mathurat..

Pergi solat 5 waktu secara berjemaah di surau dan TIDAK BOLEH masbuk..

Semua itu sebenarnya mendidik diri ini supaya istiqmah dalam masa depan.. That is when you are in college and university..

Mungkin la ada yang cakap.. Dekat sana pun ada program usrah dan talk oleh ustaz..

Kalau ada adik.. Kalau universiti yang terang-terangan mahukan akademik macam mana?

Juga sistem usrah itu adik cari sendiri? Memandangkan benda tue bukan dalam konsep akademik?

Tak pernah terfikir? Benda nie la yang terjadi kat aku bila aku masuk matrik dan kolej..

Terkejar kejar dengan kuliah sampai takder masa nak ber'usrah' dan timba ilmu agama..


Then blaming diri sendiri..


Itu gunanya istiqamah dalam amalan..


Benda yang kita dah belajar masa dulu.. Kita amalkan kembali..

Jalan berliku-liku dah kita selusuri.. Dan godaan serta nodaan yang kita alami..

Tak bermaksud kita hanyut bukan?

Buat slow-slow pun takder masalah.. Like me.. Trying SOOOOO HAAARD dalam bace al-Quran..

Ada ilmu tak amal.. Macam nie la.. Dah boleh baca al-Quran tapi nak baca sehelai mak aih bukan main payah lagi...

Boleh.. Cuma kena lebih iktikad la sket.. dan tetapkan pendirian biar benda nie jadi amalan yang berterusan.. Kan?

Alah.. Cakap jer.. KO BUAT KE TAK?

Sabar.. Semua buat.. Saya pun tengah buat.. Amalan kita jangan biar depan orang je buat..

Belakang orang x nampak pun kita buat.. Baru la Allah sayang..

Hehehe.. dah la.. Banyak la celoteh..

Thanks for reading!!

Tuesday, 11 September 2012

Tuesday Thinking - 9/11

Word said it all..
what i want to type? isn't about my life again? most probably the readers are bored with my long-telling-a-lot-paragraphing story..

oh well, this is my room.. my mind and my space to write?

i being blessed with my enormous idea before i type..

and as i type even one letter.. the mood just disappear..


assalamualaikum semua.. apa khabar? sehat? hopefully.. all's well and healthy insyaAllah..

today is the day where I.. um.. did.. nothing at ALL..

memang sudah lama aku menunggu surat offer.. masih belum kunjung tiba..

dan janggut serta misaiku telah di'trim' pada hari ini.. ( terime kasih En. Pencukur.. sebab muka saya jadi kurang serabut.. )

my room are all mess.. dan adik ke-5 aku sudah pun menamatkan hari pertama peperiksaannya..

gembire la seketika.. haha.. sian tengok mengadap buku je..


hari nie dalam waktu nak habis hari Selasa baru aku perasan satu post..

yang menceritakan tentang 9/11 punya tragedi.. now, guys and girls.. we all know what happen at that exact date?

bila aku tanya adik perempuan dan lelaki aku.. ( dalam lingkungan 14 tahun ke bawah.. )

semua tak tahu pasal WTC punya incident..

dan aku tak la nak suruh diorang ingat pasal tragedi tersebut.. But that day marks the world's view...

how all the nation sees us Muslim.. Islam.. as a terrorist..

bermula pada hari itu la semua mata mamandang serong seorang lelaki yang memakai kopiah dan lebai serta wanita yang bertudung dan berhijab..

sedangkan spekulasi dan juga teori yang kukuh banyak menyatakan ianya dirancang..

dirancang? betul ke? tak caya la..

mulut aku kunci dan mata anda memerhati.. carilah dalam laman mana-mana sekali pun.. sudah ada banyak pendedahan.. tak perlu aku jelas panjang lebar..


so, i pay my respect to those who lost their love ones.. which fight to survive and fight to save people..

but dear world.. a renowned nation which always threaten other countries for their economics..

bila dah berlaku kejadian tersebut.. kita nak kesiankan rakyat mereka sedangkan..

macam mana pulak dengan world wide hunger? lebih lagi mangsa mati kebuluran dari kematian ketika tragedi tersebut..

mangsa mati disebabkan perang SEBELUM 9/11 ( krisis minyak Iraq ) dan SELEPAS  9/11 ( ancaman 'kunun'nye pengganas militan Islam.. alahai dunia.. )

belum dikira mangsa peperangan yang kebanyakkan dari Asia Barat.. ( Palestine, Iraq, Mesir, Syria..)

propaganda atau tidak... mata hati manusia dikaburi..

tidak salah jika sedih mengenangkan tragedi tersebut..

namun hati kita dan juga tangisan kita haruslah pada pejuang yang menjuangkan kebebasan dan keamanan negara mereka seperti negara-negara bergolak..

tak perlu dicerita negara mana.. masing-masing ada media elektronik..

buka dan baca setiap inci cerita dan kisah mereka..

buffer setiap video dan nota kisah mereka.. bagaimana mereka menderita lebih perit dari mangsa 9/11..

even for me.. thousands of sad stories.. are from our own brother..

which survives by only our pray.. and not by our hand..


stop sekejap.. berfikir dan kenang kembali.. bagaimana mereka di sana..

thanks for reading.. =')

Friday, 7 September 2012

Figuring Friday : Farewell Grandma..

Selamat Hari Raya ke-20.. tulus ikhlas dari saya.. Iqbal Hakim
' her suffering and determination to live was admirable.. yet she has been chosen by Him to be gone forever in this cruel world.. and peacefully return to Him only.. '

that's all that i can say bout my grandma.. which has passed away on Wednesday 5th September 2012 exactly 18 Syawal 1433 Hijriah..

lama tak update blog kot.. banyak benda terjadi dalam sebulan nie..

- hari raya yang sepatutnya aku update dalam blog.. dan plan untuk buat video ucapan hari raya bagi sohabat-sohabat di perantauan mahupun dalam negara.. memang tak terbuat.. = S

- hari kemerdekaan negara kita yang ke-55 bertemakan.. er, 'Janji Ditepati' yang dicemuh dan dikomen pelbagai pihak.. serta lagu patriotik yang lebih berbau politik.. aku tahun nie langsung takder semangat patriotik nak meraikkan.. mungkin erti merdeka tue dah banyak kali disalah ertikan..

- pemergian arwah nenek aku baru-baru nie.. sedih dan pilu.. now i'm living without both of my grandma and grandpa..

itu baru coretan pendek.. coz every point di atas ada explaination yang aku sendiri malas nak menaip disebabkan kemalasan tahap melampau..

oh yer.. surat offer kerja pun buat mase nie x sampai lagi.. and aku masih lagi menjadi penanam anggur yang semakin over-weight ( seriously nampak agak tidak sihat dan perlu diperbaiki )

isu-isu kat Facebook dan luar negara mahupun negara? banyak sangat sampaikan kalau aku nak sebut satu persatu sekalipun.. bakal mengundang kemarahan mahupun ketidak puasan hati..

aku ambil tahu jugak.. aku nak react dengan cara baik.. mungkin dengan membenci melalui hati?

sebab nak dengan lisan dan perkataan belum tentu aku mampu.. ( diri sendiri nie sama macam manusia lain.. alpa leka )

post nie pun random sangat.. kalau aku x buat rasa x sedap hati.. hahaha.. sebab eager nak update but dah bukak blogger blur balik..

semangat bagai nak rak bile offline.. bile online.. masih lagi mencari ide ( idea ler.. ide indonesia je sebut.. )

hahaha.. ( serius x tahu nak taip ape.. kemencarian idea nie.. )

er.. dah habis kot? tunggu erk... everyday i'll try to update my blog.. dan cube mencari bahan sesuai untuk diletak..

bukan sekadar pengalaman aku jer.. ( tak semua nak bace kan pengalaman je.. nak info gak.. = )




thanks..

Saturday, 4 August 2012

Ramadhan Penuh Pancaroba

Renungan Ramadhan..
tue dia.. last post aku bulan Jun.. dekat sebulan lebih aku x post blog..

idea xder tue bukanlah satu alasan sebenarnya... sebab bile aku off je laptop..
idea itu mencurah-curah ke ladang gandum gamaknye.. da berterbangan dalam minda..
sampaikan bile solat pun dah hilang fokus.. ( ish.. ish.. ish.. teruk sangat tue.. )
 
dan tujuan asal berblogging pun dah semakin hilang arah..
bila baca balik 2-3 post dari blog yang aku dah follow..
baru jumpa hala tuju balik.. ( jumpe pedoman.. hahaha.. )
dan bersemangat nak blog.. isi da banyak.. tengok.. ko bace je da satu perenggan.. YES!

sekarang nie da masuk Ramadhan ke-16 dan malam tadi aku sempat habiskan terawikh sampai 8 rakaat je.. ( a great achievement for me.. as i already skip yesterday = P )
dan solat witir aku cadang buat kat rumah je..
sedar tak sedar dah masuk 16 hari kita pose.. menahan lapar dan dahaga..
dalam tempoh Ramadhan nie jugak la kita dikejutkan dengan pelbagai info-info dan berita..

1stly of course la pasal Olimpik.. Satu dunia duk follow pasal pencapaian atlet negara mereka..
Zion from Olimpic London 2012 logo..

 

including Malaysia untuk meraih pingat Emas ( atau Perak dan Gangsa ) bagi satu kejohanan yang bertaraf antarabangsa..
dan tentang wujudkan Illuminati dan unsur-unsur Zion dalam penganjuran..
now, di sini aku ada banyak link ( terutama dalam FB ) tentang perkara ini..
but from my opinion and also almost the same with UAI punye statement..
di mana walau setahu mana kita tentang perancangan Zion atau New World Order la.. ape la..

jika iman kite x penuh di dada.. mana mungkin kita dapat tentang?
tengok aje diri dulu.. bukan aku nak suruh tolak habis-habisan tentang Freemanson semua..
tapi ape yang perlu ditekankan adalah diri kita..
adakah kita masih lagi ditakuk lama? Allah berfirman tentang jahatnya Yahudi dan Nasrani..
tapi itu jika iman kita tidak utuh..
benda akan berlaku juga.. sekuat mana pengaruh dan ancaman..
jika diri ada iman.. rasanya benda nie takyah takut pun..
better wujudkan takut kepada Allah yang kita termasuk aku sendiri..
masih samar-samar.. betul x?


Then, about people in Rohingnya dan juga umat Islam di seluruh dunia..

Stop Genocide on Rohingya Ethnic
yang berperang dan ditindas.. dibunuh dengan kejam.. dirogol dan dirompak.. sebagainya..
 
bulan Ramadhan ini memupuk satu nilai besar sebenarnya..
yakni bersyukur.. dan berdoa..

jangan kita berada di zon yang selesa dan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberi..
keje sikit... merungut..
lapar sikit.. merungut..

ya Allah.. aku sendiri tergolong dalam golongan merungut nie ( putera lilin.. tak tahan panas.. )
tapi diri ini perlu dipupuk dengan kesedaran sebenarnya... cuba asal panas.. ingat saudara kita di Somalia.. Di Afghanistan.. yang takder air.. panas..

Di Palestine dan Syria.. di mana mencari ruang keamanan sukar sekali..
Ramadhan mendidik diri bukan dari segi menahan lapar dan dahaga..
juga beramal dengan menderma dan juga berdoa agar umat Islam dapat menikmati Ramadhan..
juga berdoa keselamatan mereka dalam menegakkan agama Islam..
sedangkan diri ini masih lagi mencari diri.. Islam takkan aku nak sekadar dari I.C?

kan? 
so, pupuk diri supaya bersyukur.. doa banyak2 sebelum iftar agar diberi kekuatan muslimin dan muslimat.. saudara seIslam kita di seluruh dunia..
kalau mati.. biar mati syahid... harum wangi mereka di syurga kelak..
kita di sini.. sebenarnya lagi susah nak cium bau Jannah.. = (
terlampau selesa sangat..

Rasanya da banyak da celoteh aku malam nie.. x sedar panjang pulak ape aku tulis nie..
Thanks for reading for those who are readers...
Yang browsing pun terime kasih.. ucapan tulus ikhlas.. Hahaha..
All above from my slightly knowledge and also my opinion..
See ya soon..
Ma'salamah..

Friday, 22 June 2012

Bile Sembang Pasal Kahwin..

Perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi
Assalamualaikum.. Ape khabar semua? Bertanya khabar amalan mulia.. Hahaha..

Harap sihat-sihat selalu..

Blog updated dengan post baru saye bertajuk.. Erm.. Sile baca kat atas erk..

Hehehe.. ( Dah start ngarut dah.. )


Cuti yang lama nie aku habiskan masa duduk rumah.. Jadi lelaki rumah kot..

Semua benda aku dah boleh buat.. Cakap je apa.. Basuh baju, sidai kain, basuh pinggan..

Menyapu sampah, kemas rumah.. ETC..

Senang sikit sape yang kahwin dengan aku.. Bila isteri letih jer..

' Xper.. Abi buat.. ' ( Wah! Promote diri nampak.. )

Hahaha..


2-3 hari nie aku asyik mimpi pelik... Jumpa kawan lama dan senior..

Dan hari-hari berlalu dengan gembira..

Ramai member aku dah kahwin.. Senior aku dah kahwin.. Sepupu aku baru semalam akad nikah..

Aku terfikir gak.. Mungkin aku belum sampai seru..

Bukan kata tak nak.. Siapa xnak kan hubungan halal yang kekal abadi insyaAllah ke syurga..

Tapi keadaan diri nie masih uzur dari segenap segi..

Jadi, itu maksud belum sampai seru.. Faham? Hihihi.. Jodoh Allah kan indah.. Kita x expect pun..

Tapi Dia tahu yang kita sedia belum..


Dan apabila akad nikah.. Bila masa tok kadi membaca tanggungjawab sang suami kepada isterinya dan sang suami membaca ikrarnya..

Aku teringat satu artikel tentang akad kat Facebook..

Di mana bebanan berat tue dah tertanggung kat suami sepenuhnya..

Memang benar sekali.. Urusan kehidupan isteri, nafkahnya.. Makan minumnya.. Kebebasannya..

Sang suami harus jaga.. Agamanya sang suami harus mendidik dan bersama beramal..

Luaran isterinya dan jika peroleh anak.. Maka tanggungannya..

Beratkan? Tapi itu tak bermaksud kita xleh pegang ( Bagi kaum lelaki la.. )

Memang anda lega lepas habis akad nikah.. Kekadang sesetengah sengih seronok..

Dah boleh bersama isteri dah..

Bear in mind my future to be husband.. Obligation on Allah and on your responsible is important..

Ingatlah selalu.. Kawal amarah.. Selesaikan masalah dengan muhibah..

Dan jangan lupa agama.. Kita takut tapi Allah lebih tahu..

Adakah kita bersedia atau tidak.. = )

Aku akui aku masih belum stabil dari segenap sudut... Malah dalam Islam menetapkan..

Jika tidak mampu memberi nafkah atau menjaga maka hukumnya makruh.. ( Sila perbetulkan kalau salah.. )

Kahwin ini adalah benda indah Allah beri.. Namun penceraian juga adalah perkara yang Allah kurniakan..

Tapi perkara yang paling Dia benci..

So, take care of your wife and your new life.. Amalkan surah dan jaga isteri elok-elok..

Kalau make-up lebih.. Minta dia kurangkan kalau keluar berjalan..

Kalau dedah sana sini.. Nasihatlah mereka.. Jangan marah..

Cuma tegur.. ' Awak, setiap dedahan aurat dosa jatuh kat saya juga tau.. Sebab saya x tegur awak..

Pakai cantik dan tutup la erk..  '

WAH! Sweet.. Hahaha...


Barakallah for my cousin for his akad last night.. Sekali lafaz je..

InsyaAllah.. Berkekalan hingga ke syurga pasti.. = )

Thanks for reading..


Ahmad.Iqbal.Hakim..
p/s : teringin nak perkahwinan sederhana jer.. huhuhu...

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...