Tuesday 18 September 2012

Tuesday Tiptop : Dilema Amalan..

Subhanallah! Nie kat belakang rumah..
Assalamualaikum.. Kaifa Ha Luka?

Alhamdulillah.. Ana Bikhair.. Hopefully you too..

Sudah lame tidak mulekan blog dengan salam.. selalunye kat tengah jer.. bermain-main dengan perkataan yang sudah pasti menjadi satu pegangan buatku..

Beberapa hari berada di Kuala Lumpur, kota metropolitan hutan batu yang penuh dengan onak duri dan cabaran hidup.. bagaimana yang kaya dan miskinnya.. bagaimana kemajuan negara dan kemunduran akhlaknya.. bagaimana mentaliti dan pengaruh luarannya..

Yang telah bisa menyelinap dalam kehidupan setiap Muslim seperti aku dan juga lainnya..

Mesti pelik kan kenapa aku cakap macam nie? Bukan sekadar emosi.. Tapi dah lama sebenarnya terbuku di hati..

Banyak perkara yang nak dimaklum.. Bukan mahu populariti namun biar yang tersimpan luah sepuasnya..

Aku yakin semua manusia tidak punya kuat istiqamah dalam amalan..

Sebab aku sendiri akui.. Dosa dan pahala saling tidak seimbang dek kerana pengaruh luar.. Nikmat duniawi.. Kurangnya hati dengan rohani bersama menyelami Islam dan Rasul..

Menipu dan mengumpat lebih menjadi amalan dari menghindari.

Betul tak?

Kenapa la aku sembang macam nie? ( Dah nampak macam ayat sastera berat da nie.. )


Bismillah.. Aku merindui saat sekolah menengah.. Di mana amalan ibadah dijalankan dengan penuh khusyuk.. Biarpun masa itu tidak faham atau mengerti mengapa perlunya ibadah tersebut..

Ramai-ramai menghadiri surau dan mulanya dipaksa oleh ustaz atas alasan arahan sekolah..

Malam-malam baca surah Al-Mulk, pagi dan petangnya dengan Mathurat..

Pergi solat 5 waktu secara berjemaah di surau dan TIDAK BOLEH masbuk..

Semua itu sebenarnya mendidik diri ini supaya istiqmah dalam masa depan.. That is when you are in college and university..

Mungkin la ada yang cakap.. Dekat sana pun ada program usrah dan talk oleh ustaz..

Kalau ada adik.. Kalau universiti yang terang-terangan mahukan akademik macam mana?

Juga sistem usrah itu adik cari sendiri? Memandangkan benda tue bukan dalam konsep akademik?

Tak pernah terfikir? Benda nie la yang terjadi kat aku bila aku masuk matrik dan kolej..

Terkejar kejar dengan kuliah sampai takder masa nak ber'usrah' dan timba ilmu agama..


Then blaming diri sendiri..


Itu gunanya istiqamah dalam amalan..


Benda yang kita dah belajar masa dulu.. Kita amalkan kembali..

Jalan berliku-liku dah kita selusuri.. Dan godaan serta nodaan yang kita alami..

Tak bermaksud kita hanyut bukan?

Buat slow-slow pun takder masalah.. Like me.. Trying SOOOOO HAAARD dalam bace al-Quran..

Ada ilmu tak amal.. Macam nie la.. Dah boleh baca al-Quran tapi nak baca sehelai mak aih bukan main payah lagi...

Boleh.. Cuma kena lebih iktikad la sket.. dan tetapkan pendirian biar benda nie jadi amalan yang berterusan.. Kan?

Alah.. Cakap jer.. KO BUAT KE TAK?

Sabar.. Semua buat.. Saya pun tengah buat.. Amalan kita jangan biar depan orang je buat..

Belakang orang x nampak pun kita buat.. Baru la Allah sayang..

Hehehe.. dah la.. Banyak la celoteh..

Thanks for reading!!

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...