Old memories..
Assalamualaikum.
It's December. End of a whole year. A year full of ups and downs. Tahun yang memperingati kita tentang kesusahan dan mensyukuri setiap pemberian Allah. Pada masa yang sama membantu mereka yang memerlukan. Dari satu wabak yang Allah ciptakan, pelbagai senario kehidupan terpampang, setiap perilaku manusia terpamer. Yang baik, yang buruk, yang mengambil kesempatan dan lain-lain.
And it's 8th of December. I'm still here in my old place, working as usual.
Menunggu surat yang semakin lama semakin menipis harapannya. Kawan aku dan isterinya dah melaporkan diri di Gua Musang, masing-masing di hospital dan pejabat kesihatan daerah. Unfortunately, berkemungkinan aku akan dipostponed 3 bulan memandangkan both of them still undergo their Post Basic courses di Pahang. Great, another 3 months of waiting.
Sigh..
Kawan sekerja aku kata berkemungkinan surat akan keluar selepas 2 minggu mereka lapor diri. Which is 25th November lepas. Kalau dikira-kira, maybe today or tomorrow. Aku pun tak meletakkan harapan sangat memandangkan biasa kena fake hope daripada pihak atasan. Menunggu dan terus menunggu la kiranya.
Dua tiga hari nie aku rasa kaki dan tangan aku sakit-sakit. Mungkin sebab terlebih berat atau over-work. And aku kerap tidur awal dari biasa. Makan tue memang dah tak terjaga sangat dah. Main taram jer makan tak kira masa which is bahaya.
Entah bila diri nie nak start diet. Dilema setiap kali aku menaip post. Hahaha..
Mood aku pun kelaut jer. Ada sehari tue aku cucuk patient, semua tak kena. Memang bukan rezqi aku hari tue. Today, alhamdulillah. Kerja settle dengan cepat. Penat tue ada, mengantuk dan berpeluh (I sweat like a lot masa nak prepare machine dengan buka klinik). And if they asked me kenapa tak berjogging atau bersukan? Kerja aku nie pun dah berpeluh sakan dah, kecuali masa menunggu yang sememangnya lama. Hahaha..
Nie pun aku duk pasang Ayat Ruqyah Mandiri #37 by Mishary Rashid. Untuk menghindari iblis dan nafsu. Serta buat aku ingat Allah sentiasa. Since selawat lately tak mencapai 1 K kebiasaannya. Fuh, penuh dengan dugaan kalau nak buat amal nie. Ada jer gangguan. Allahu. Belum dikira bila terbabas. Bergelumang dengan dosa kecil dan besar. Nauzubillah.
It supposed to be posted yesterday but I went to bed a bit early. So yeah..
Thanks for reading. Hahaha..
No comments:
Post a Comment