Sunday 20 December 2020

Hikmah Yang Tersirat..


Assalamualaikum.

A very good evening today from me. 

The weather is nice. Cool. 

Hujan sudah berhenti untuk suatu masa yang lama. Means air semakin surut bagi kawasan-kawasan yang dinaiki air. Mungkin ada yang kembali ke rumah setelah lama berada di pusat pemindahan. Ada yang masih tinggal di sana menunggu sehingga keadaan kembali reda. 

Aku kembali bekerja setelah hampir 4 hari bercuti di rumah. Menghabiskan baki cuti tahunan yang masih ada kemudiannya disambung kepada cuti Jumaat dan Sabtu. Banyak habiskan masa di rumah memandangkan hujan turun tidak berhenti dari hari Rabu hingga petang Sabtu.

Aku plan nak buka juga laptop memandangkan aku dah bawa siap dari rumah sewa. But baru hari nie aku buka untuk update blog disamping menceritakan apa berlaku selepas aku post dalam 8-9 December lepas, which is now 20th December dah pun. Hehehe..

Aku sepatutnya melapor diri pada 15/12 di HRPZ 2 akan tetapi aku lambat dapat berita, berkemungkinan surat sampai lambat. Dan aku tak melaporkan diri atas arahan pengarah hospital. Salah satunya sebab pengganti aku sekarang menghabiskan pengajian pos basik beliau sebelum kembali berkhidmat menggantikan aku.

Mixed feeling dan dilema sebab penyelaras MA di sana aku lak suruh lapor diri. Tapi aku turutkan juga arahan pengarah disamping bertanya in-charged aku tentang situasi ini. Dah la kena minggu aku bercuti panjang pulak tue. Maka berhahahaha jelah aku..

Aku kena extend dalam 2 bulan sampai la pengganti aku habis program dia. Memang aku dah expect awal-awal benda nie akan berlaku. Sebab masa aku masuk kerja bahagian HD, aku prepare dalam 2 bulan kot untuk pasang mesin dan pasang blood line kat mesin HD.

So, aku bakal lapor diri dalam bulan Mac. Tempoh 2 bulan tue sekejap aku rasa tapi banyak benda boleh jadi. Staf aku sorang ODW untuk bersalin. Means dah tinggal dua. Maknanya merasa la aku every year kerja lack staf. Hahaha.. 

Aku redha dengan semua perkara terjadi sebab ini semua ketentuan Allah. Mungkin nak reflect diri aku nie yang aku kena bersedia mental dan fizikal sebelum masuk kerja kembali di HRPZ2 especially ED (ngeee..) 

Mungkin boleh rancang juga untuk kuruskan badan dan pada masa yang sama perbaiki amal ibadah dan elak dari buat onar dan dosa-dosa kecik. I mean its been a while now. Nak merasa berat badan yang pernah aku alami masa buat diet hari tue. 117 kot. Hahaha.. banyak turun.

But maybe bukan ambil supplement la kot. Hahaha..

Anyway, aku harap aku boleh improve diri aku every day seperti mana aku buat sebelum sebelum ini. Aku still ingat lagi yang aku ada amalan aku buat sebelum masuk tidur which aku dah lama tinggal. Kalau tak silap aku..

- Baca doa tidur.
- Ayatul Qursi.
- Tiga kali baca Surah Al-Ikhlas
- Ayat Seribu Dinar

Maybe aku akan mulakan balik amalan ini. Doakan aku semua. Thanks for reading. 

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...