Saturday, 4 August 2012

Ramadhan Penuh Pancaroba

Renungan Ramadhan..
tue dia.. last post aku bulan Jun.. dekat sebulan lebih aku x post blog..

idea xder tue bukanlah satu alasan sebenarnya... sebab bile aku off je laptop..
idea itu mencurah-curah ke ladang gandum gamaknye.. da berterbangan dalam minda..
sampaikan bile solat pun dah hilang fokus.. ( ish.. ish.. ish.. teruk sangat tue.. )
 
dan tujuan asal berblogging pun dah semakin hilang arah..
bila baca balik 2-3 post dari blog yang aku dah follow..
baru jumpa hala tuju balik.. ( jumpe pedoman.. hahaha.. )
dan bersemangat nak blog.. isi da banyak.. tengok.. ko bace je da satu perenggan.. YES!

sekarang nie da masuk Ramadhan ke-16 dan malam tadi aku sempat habiskan terawikh sampai 8 rakaat je.. ( a great achievement for me.. as i already skip yesterday = P )
dan solat witir aku cadang buat kat rumah je..
sedar tak sedar dah masuk 16 hari kita pose.. menahan lapar dan dahaga..
dalam tempoh Ramadhan nie jugak la kita dikejutkan dengan pelbagai info-info dan berita..

1stly of course la pasal Olimpik.. Satu dunia duk follow pasal pencapaian atlet negara mereka..
Zion from Olimpic London 2012 logo..

 

including Malaysia untuk meraih pingat Emas ( atau Perak dan Gangsa ) bagi satu kejohanan yang bertaraf antarabangsa..
dan tentang wujudkan Illuminati dan unsur-unsur Zion dalam penganjuran..
now, di sini aku ada banyak link ( terutama dalam FB ) tentang perkara ini..
but from my opinion and also almost the same with UAI punye statement..
di mana walau setahu mana kita tentang perancangan Zion atau New World Order la.. ape la..

jika iman kite x penuh di dada.. mana mungkin kita dapat tentang?
tengok aje diri dulu.. bukan aku nak suruh tolak habis-habisan tentang Freemanson semua..
tapi ape yang perlu ditekankan adalah diri kita..
adakah kita masih lagi ditakuk lama? Allah berfirman tentang jahatnya Yahudi dan Nasrani..
tapi itu jika iman kita tidak utuh..
benda akan berlaku juga.. sekuat mana pengaruh dan ancaman..
jika diri ada iman.. rasanya benda nie takyah takut pun..
better wujudkan takut kepada Allah yang kita termasuk aku sendiri..
masih samar-samar.. betul x?


Then, about people in Rohingnya dan juga umat Islam di seluruh dunia..

Stop Genocide on Rohingya Ethnic
yang berperang dan ditindas.. dibunuh dengan kejam.. dirogol dan dirompak.. sebagainya..
 
bulan Ramadhan ini memupuk satu nilai besar sebenarnya..
yakni bersyukur.. dan berdoa..

jangan kita berada di zon yang selesa dan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberi..
keje sikit... merungut..
lapar sikit.. merungut..

ya Allah.. aku sendiri tergolong dalam golongan merungut nie ( putera lilin.. tak tahan panas.. )
tapi diri ini perlu dipupuk dengan kesedaran sebenarnya... cuba asal panas.. ingat saudara kita di Somalia.. Di Afghanistan.. yang takder air.. panas..

Di Palestine dan Syria.. di mana mencari ruang keamanan sukar sekali..
Ramadhan mendidik diri bukan dari segi menahan lapar dan dahaga..
juga beramal dengan menderma dan juga berdoa agar umat Islam dapat menikmati Ramadhan..
juga berdoa keselamatan mereka dalam menegakkan agama Islam..
sedangkan diri ini masih lagi mencari diri.. Islam takkan aku nak sekadar dari I.C?

kan? 
so, pupuk diri supaya bersyukur.. doa banyak2 sebelum iftar agar diberi kekuatan muslimin dan muslimat.. saudara seIslam kita di seluruh dunia..
kalau mati.. biar mati syahid... harum wangi mereka di syurga kelak..
kita di sini.. sebenarnya lagi susah nak cium bau Jannah.. = (
terlampau selesa sangat..

Rasanya da banyak da celoteh aku malam nie.. x sedar panjang pulak ape aku tulis nie..
Thanks for reading for those who are readers...
Yang browsing pun terime kasih.. ucapan tulus ikhlas.. Hahaha..
All above from my slightly knowledge and also my opinion..
See ya soon..
Ma'salamah..

Friday, 22 June 2012

Bile Sembang Pasal Kahwin..

Perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi
Assalamualaikum.. Ape khabar semua? Bertanya khabar amalan mulia.. Hahaha..

Harap sihat-sihat selalu..

Blog updated dengan post baru saye bertajuk.. Erm.. Sile baca kat atas erk..

Hehehe.. ( Dah start ngarut dah.. )


Cuti yang lama nie aku habiskan masa duduk rumah.. Jadi lelaki rumah kot..

Semua benda aku dah boleh buat.. Cakap je apa.. Basuh baju, sidai kain, basuh pinggan..

Menyapu sampah, kemas rumah.. ETC..

Senang sikit sape yang kahwin dengan aku.. Bila isteri letih jer..

' Xper.. Abi buat.. ' ( Wah! Promote diri nampak.. )

Hahaha..


2-3 hari nie aku asyik mimpi pelik... Jumpa kawan lama dan senior..

Dan hari-hari berlalu dengan gembira..

Ramai member aku dah kahwin.. Senior aku dah kahwin.. Sepupu aku baru semalam akad nikah..

Aku terfikir gak.. Mungkin aku belum sampai seru..

Bukan kata tak nak.. Siapa xnak kan hubungan halal yang kekal abadi insyaAllah ke syurga..

Tapi keadaan diri nie masih uzur dari segenap segi..

Jadi, itu maksud belum sampai seru.. Faham? Hihihi.. Jodoh Allah kan indah.. Kita x expect pun..

Tapi Dia tahu yang kita sedia belum..


Dan apabila akad nikah.. Bila masa tok kadi membaca tanggungjawab sang suami kepada isterinya dan sang suami membaca ikrarnya..

Aku teringat satu artikel tentang akad kat Facebook..

Di mana bebanan berat tue dah tertanggung kat suami sepenuhnya..

Memang benar sekali.. Urusan kehidupan isteri, nafkahnya.. Makan minumnya.. Kebebasannya..

Sang suami harus jaga.. Agamanya sang suami harus mendidik dan bersama beramal..

Luaran isterinya dan jika peroleh anak.. Maka tanggungannya..

Beratkan? Tapi itu tak bermaksud kita xleh pegang ( Bagi kaum lelaki la.. )

Memang anda lega lepas habis akad nikah.. Kekadang sesetengah sengih seronok..

Dah boleh bersama isteri dah..

Bear in mind my future to be husband.. Obligation on Allah and on your responsible is important..

Ingatlah selalu.. Kawal amarah.. Selesaikan masalah dengan muhibah..

Dan jangan lupa agama.. Kita takut tapi Allah lebih tahu..

Adakah kita bersedia atau tidak.. = )

Aku akui aku masih belum stabil dari segenap sudut... Malah dalam Islam menetapkan..

Jika tidak mampu memberi nafkah atau menjaga maka hukumnya makruh.. ( Sila perbetulkan kalau salah.. )

Kahwin ini adalah benda indah Allah beri.. Namun penceraian juga adalah perkara yang Allah kurniakan..

Tapi perkara yang paling Dia benci..

So, take care of your wife and your new life.. Amalkan surah dan jaga isteri elok-elok..

Kalau make-up lebih.. Minta dia kurangkan kalau keluar berjalan..

Kalau dedah sana sini.. Nasihatlah mereka.. Jangan marah..

Cuma tegur.. ' Awak, setiap dedahan aurat dosa jatuh kat saya juga tau.. Sebab saya x tegur awak..

Pakai cantik dan tutup la erk..  '

WAH! Sweet.. Hahaha...


Barakallah for my cousin for his akad last night.. Sekali lafaz je..

InsyaAllah.. Berkekalan hingga ke syurga pasti.. = )

Thanks for reading..


Ahmad.Iqbal.Hakim..
p/s : teringin nak perkahwinan sederhana jer.. huhuhu...

Wednesday, 13 June 2012

Exhausted Induction Week

Sesi LDK pertama kitorang..
Hari nie terlebih rajin.. Produktif.. Proaktif dan bersemangat...

Idea umpama cokelat mencurah-curah ke ladang gandum.. ( KoKoCRUCH!! )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Jawab habis erk.. Hihihi..


Apesal bersemangat je aku petang-petang menaip nie? Selalunya aku tengok tv atau habiskan masa tengok video..

Memandangkan aku pun muak tengok citer yang banyak episod.. macam Liar Game.. Team Medical Dragon..

So, aku curi masa sedikit untuk terangkan seminggu aku habis kat Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..

Mesti pelik.. Apesal la aku stay sana dekat seminggu.. Tanpa ada wi-fi ( no regrets.. hahaa.. ) Paling penting tanpa kopi.. ( Leh jadi giler seyh.. Memanjang tido awal jer.. )

Aku bersama member lain menjalani Minggu Induksi yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia.. Bagi penjawat awam macam aku nie ha..

So, lets go!


Aku lupe akta mana yang mewajibkan minggu induksi ini dijalankan.. aku ingat tahun je.. dalam 1992 lagi dah diadakan minggu induksi nie..

Ia bertujuan untuk memberi pengenalan kepada lepasan diploma tajaan KKM tentang kerja..

Akta dan peraturan serta tatatertib dalam kerja.. Etika kerja serta pendedahan bagaimana dalam kerja kita leh buat penyelewengan.. ( Bukan nak ajar seleweng duit.. cuma ajar cara cegah )

Aku termasuk budak-budak course lain macam x-ray, fisioterapi, farmasi dan nursing terutamanya..

Dibahagikan kepada 12 kumpulan dan diberi tugasan dalam kumpulan..

Macam biasa la.. LDK ( Latihan Dalam Kumpulan ) buat cheers.. Buat logo.. Etc.. Etc..

Kadang-kala aku dah rasa macam balik form 1 jer.. Sebab kebanyakkan benda dah biasa buat..

Ice-Breaking memule tue 202 orang perkenalkan diri.. Dekat setengah jam baru habis..

Hahaha..


Group aku lak diberi nama Medical Unity.. Macam Man Utd jer.. 16 orang..

Pelbagai bangsa ada.. Hehehe.. Memula memang xkenal la satu sama lain..

Bila dah seminggu bersama.. Rindu lak nak berpisah.. Dah rasa macam famili..

Kuliah tentang akta dan macam-macam lagi buat aku mengantuk memanjang.. Hahaha..

Sebab sesi kumpulan hanya waktu malam je.. Dan pagi pulak banyak taklimat..

Lepas tue setiap orang kena siap sedia dengan pengucapan awam..


Jangan pandang minggu induksi macam orientasi jer.. Sebab setiap benda kita buat ada markah..

Tak kira tambah atau tolak.. Itu atas dasar budi pekerti facilitator anda..

Member aku cerita ada yang fail disebabkan tiada penglibatan kumpulan.. Tak tepat waktu..

Buat hal dan langgar peraturan.. Malah ada yang repeat balik induksi..

Induksi pulak untuk semua kakitangan kerajaan.. Bukan untuk kakitangan kesihatan jer..

Hehehe.. So, kalau yang nak habis belajar dan berkhidmat dengan kerajaan..

Bersiap sedia dengan knowledge dan juga aktif dalam kumpulan..


Banyak sangat aku celoteh nie.. HAHAHA.. ( gelak letih.. )

Nanti kalau aku tambah.. Aku beritahu erk.. Hehehe...

Sebab nie berdasarkan pengalaman aku.. Kalau korang leh manage masa bila pergi nanti..

Good for you! Jangan risau...

Buat yang terbaek... Sebenarnya induksi nie melatih diri supaya lebih berdisiplin dan telus dalam bekerja.. Itu yang aku nampak main objectivenya...

Jadi, GOOD LUCK untuk bakal penjawat awam..

Usaha Tangga Kejayaan...


Ahmad Iqbal Hakim..

Journey Of 3 Years.. Officially End!

Keputusan Sem 6.. Tahniah!!
Assalamualaikum..

Actually i was gonna wait for the right moment to blog.. to type a new post..

Then it struck.. The idea.. What can i do? Just type it I guess.. = )

At least my ideas would be cherish it nicely..

Dan kalau nak tambah idea pun boleh jer.. Aku boleh tambah info lagi..

Sebab blog nie tiada sempadan waktu dan tempat.. Cuma malas tak malas seseorang tue 'update' blog saje..


3 hari aku menjadi penjual anggur berjaya.. Lepas habis je minggu induksi yang aku leh cakap sarat dengan maklumat..

Berpisah la aku dengan kawan-kawan.. Semua dah balik negeri masing-masing..

Dari selatan ke utara.. Semua dah bawa haluan sendiri..

3 tahun beb masa aku belajar diploma dulu.. rasa macam sekelip mata je dah habis..

Padahal masa belajar dulu tak sabar-sabar sangat nak habis.. = P

Lumrah manusia kot.. Tak pernah puas dengan apa yang dah diberi..


Keputusan final sem aku pun keluar sehari selepas aku habis induksi..

Guess what..? Aku cemerlang last sem.. Seriuosly I didn't expect that i would get a 4.00..

Tak tahu la salah kira ke apa.. Aku bersyukur sangat-sangat..

Pertama kali dalam hidup kot.. Greatest achievement...

Bila difikirkan balik.. Allah itu Maha Pemurah.. Masa aku miss paper hari tue pun..

Ada je jalan Dia tunjuk.. Supaya aku terus berjuang..

Tak sangka dapat 4.00 weyh.. Nak gosok mata pun belum tentu habuk nie hilang.. = D


Life is unexpected rite?

Qada' dan Qadar Dia lebih hebat dari sangkaan kita.. Dari jalan yang kita sangkakan kebahagiaan..

Dia tunjukkan jalan yang lebih bahagia.. Asalkan kita jangan lupa Allah..

Aku rasa kerdil diri.. Sebab masih berdosa di sisiNya..

Dia masih sayangkan aku.. Aku rasa kecil diri.. Hina disisiNya..

Layakkah aku memperoleh nikmatNya?

Aku sedar.. Hanya doa padaNya dan taat perintahNya aku wajib jalankan..

Terima kasih Ya ALLAH.. Terima kasih MAMA dan ABAH..

Thanks FRIENDS for your support...

Aku ucapkan Alhamdulillah dan bersujud padaMu..

Aku rendah diri.. Aku akan perbaiki diri..


AHMAD.IQBAL.HAKIM

p/s : kepada kawan-kawan sekolej.. berpisah bukan bermaksud selamanya.. jalan Allah itu indah.. ada masanya aku akan jumpa lagi.. = )

Wednesday, 23 May 2012

Self-Improving Motivator

Beam of light shakes out my delusion..
Assalamualaikum.. Akhirnya aku boleh jugak online..

Setelah berhempas pulas struggle untuk BLS ( Basic Life Support ) selama 3 hari..

Mungkin coincidence kot aku takder niat nak online..

Jadi 2-3 hari aku rasa tenang sikit.. Tak terfikir pasal notification kat MukeBuku.. Hahaha..

Memang agak boring bila takder connection.. Tapi aku jenis suka menaip..

Bukalah aku Micro.Word untuk menulis pengalaman diri..

Agak kasar sebab aku taip ikut perasaan tapi sudi-sudikanlah baca erk.. Hihihi.. = )


Malam nie aku bersama dengan kawan-kawan aku.. Spending time on our own laptop..

Some of them are watching movies and videos.. others playing game.. me? I prefer typing things I have done today..

Really it isn’t a thing to be fun with..but it comforts my mind throughout my journey..

Pass few days, I encounter several things.. My anger, my talking and also hatred..

From my point of view, kebanyakkan dari kita akan cakap benda remeh temeh, marah tak tentu pasal and also sentiasa cakap belakang orang..

Indeed everyone makes mistakes and everyone has their own weak points but should we always make it as a big news?

Sebab itu la aku rasa sia-sia bila bercakap benda yang x bermanfaat.

Aku prefer diam dari bercakap, aku suka mendengar dari berkata, aku tahu mulut manusia memang dosa sepanjang masa jadi silent treatment is the one suits for me..

Seriously, bila kita fikir dua kali bila nak bercakap, kita akan sedar berapa banyak kesilapan kita lakukan. Bila terasa hati kawan, mulalah nak gaduh bertumbuk terajang. Kawan baik leh jadi musuh ketat. Takder dah kenangan lama etc.. etc.. etc..


One shall not said he can survived by being alone..

Sebab kita akan depend dengan orang jugak. ALLAH dah tunjukkan bahawa orang yang kita benci sekalipun di muka bumi nie akan lama-kelamaan menjadi sumber pertolongan kita.

Hehehe.. pelik kan? Itu kuasa Dia.. Aku dulu asyik tanam benci dan dendam.

Sememangnya aku xkan lepaskan perasaan ini kat seseorang. Namun sampai bila benda nie akan jadi nanah dalam diri aku?

Manusia pandai berkata namun langsung x amalkan.. Langsung x lakukan..

Menyampai bahawa dialah terbaik.. Namun hamba Allah ini sebenarnya lemah jua..

Sebarkan kebaikkan walaupun kita lemah.. Sebab kita akan perbaiki juga..

Jangan kita yang penyampai x perbaiki bersama.. Tak mendapat pahala kot.. dosa lagi ada la..


Sejarah hidup aku sebagai penyampai kebaikkan nie liku-liku memang banyak.. Kita bercerita tentang syurga ALLAH.. namun dibalik hati masih mencari redhaNya..
Aku masih belum cukup baik dari mata ALLAH..

Member aku ada cerita pasal murid dan guru..

di mana guru tersebut menyuruh setiap murid yang ada rasa dendam dengan kawan mereka supaya menyimpan bilangan ubi dalam beg mereka..

kalau seorang yang dia benci.. maka bawalah satu ubi kentang tersebut.. Kalau ramai yang dibenci maka banyaklah ubi yang di bawa..

setiap murid membawa bilangan kentang kebencian mereka dalam beg ke sekolah setiap hari..

Ada yang tidak bawa langsung memandangkan hidupnya tidak ada rasa kebencian langsung kepada sahabat-sahabat mereka.. ( Susah nak jumpa tue.. Hahaha.. )

Dijadikan kisah.. Setelah beberapa lama mereka membawa kentang tersebut,

mereka berkata mereka tidak tahan berat yang dikendong setiap hari ke sekolah..

Serta bau ubi itu cukup busuk setelah lama mereka bawa.. Cikgu mereka tersenyum lantas menyatakan bahawa itulah kebencian..

Jika ramai yang kamu benci maka bebanlah hidup kamu dengan kebencian..

dan bau kentang itu adalah busuknya kebencian kamu terhadap seseorang itu.. Sampai bila harus kamu menanggung?

Walaupun hanya seorang yang kamu benci.. Bau kebencian itu tetap akan ada.. Sampai bila harus anda simpan?

Jadilah orang yang senang hati setiap hati dengan tidak membenci seseorang..

Kewl kan? Hebat cerita nie.. aku sendiri admire citer nie..

Memang betul pun.  Malah ada satu masa aku pernah fikir..

Kenapa kita benci orang? Lebih baik benci sifat dia kerana manusia itu langsung tidak bersalah bukan?

Hanya perangainya yang tidak diubah.. And memang ada kata-kata tersebut.. Hehehe..

Terkejut jugak aku tapi hakikatnya.. BENCILAH SIFAT BURUK SESEORANG.. BUKAN DARI DIRINYA..

Kerana ALLAH ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan.. = )


Friday, 18 May 2012

What Did You Do For Them?

Freedom For Palesinian Prisoner..
Bila buka je new post.. Pelbagai benda nak dicerita..

Suka duka la.. Pengalaman hidup lah.. Ilmu yang kita dapat la..

Padahal bila dah sampai je kat ruangan kosong..

Maka dalam diam.. idea pun hilang..

Kalau dikira dengan post nie.. dah banyak post aku delete..

Tulis serangkap.. Dengan tetiba macam xder mood atau takder benda nak cerita..

Mungkin lumrah manusia macam tue.. Ilham datang jer kena kita ambil berat..

Catat.. = )


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh ( Balas balik panjang yer.. )

Kaifa haluka? Ana bikhair.. ( saya sehat jer.. )

Yes! Sudah bebas dari kesengsaraan paper ulangan yang telah berlangsung pada 16 Mei 2012 ( rabu lepas.. )

Barulah aku rasa lega sebagaimana kawan-kawan aku rasakan ( mak aih.. yang lain dah habis bosan cuti aku baru nak nikmati.. )

Bila duk rumah jer.. Aktiviti harian aku.. Menghadap laptop seharian..

Tido dan makan ( Malas giler nak buat kerja.. )

Tipikal budak 'U'.. Hehehe...


Kebelakangan nie aku rasa panas je bumi bertuah nie.. Iklim sekarang memang tak menentu..

3-4 hari nie panas tak terhingga.. Tak la sampai kering air sungai..

Tapi bila ko mandi malam-malam.. Masih lagi rasa haba tue..

Padahal mandi nak hilang peluh.. Nie pakai baju jer.. Dah berpeluh habis baju..

Aku terpaksa beli bedak menthol keluaran Dettol ( sengaja mempromote.. ) untuk sejukkan diri..

Dan terbukti berkesan.. ( buat sementara je la.. hahaha.. )


15 Mei lepas adalah hari Nakbah bagi memperingati kejadiaan di mana kaum Yahudi menjajah bumi Palestine setelah berjaya membantu Amerika dalam peperangan..

Hampir keseluruhan negara Palestine dikuasai tentera Israel.. selama 64 tahun tanpa henti mereka membunuh hampir jutaan rakyat Palestine..

Tahanan mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis..

Maka pada hari itu juga ramai member aku letak gambar warna cokelat manusia menutup mata..

dan tertulis di badan dalam tulisan Hebrew IPS ( Israel Prison Service )

kita mungkin ingat hari guru dan hari ibu ( terutamanya hari ibu yang sebenarnya haram disambut kerana mengikuti fahaman Greek kuno ( hari Cybele ) dan Roman kuno ( hari matronalia )

ada lah dikalangan kawan-kawan aku yang post selepas dari Hari Nakbah..

yang tak boleh nak letak default picture gambar tue..

menyatakan mata ditutup ( dalam gambar tue.. ) menandakan kita tak nampak kekejaman Zionis @ tak ambil peduli..

tulisan Hebrew tue adalah Zionis..

dan sebagainya..


Sumber lain pula menyatakan sebaliknya.. Hmm..

Di sini kita boleh dapat lihat betapa hebatnya media elektronik.. terutamanya medan sosial..

Dalam menyebarkan maklumat yang bagi aku.. Lebih cepat dari berita jam 8.00 malam..

Hingga ke satu tahap aku sendiri gelak sakan..

Sebab berita dah sebarkan video viral.. Namun pengguna interenet sudah tahu lebih 24 jam sebelum ini..


Tentang Hari Nakbah dan default profile di FB.. gunalah default profile hunger strike tersebut..

Kita membantu saudara seislam kita.. Jangan mempersoalkan kebaikkan..

Persoalkan setiap keburukan yang kita lakukan.. jangan kerana hanya tulisan Hebrew atau perlambangan gambar tersebut...

Anda tiba-tiba berubah fikiran.. ( Ini termasuk aku.. Sebelum aku sedari.. )

Mereka di sana melakukan hunger strike berhari-hari.. Tanpa mempersoalkan mengapa mereka melakukannya..

Kita di sini bersenang lenang chatting dan surfing internet.. Mudah menerima khabar angin..

Tukar default profile menandakan kita sokong.. Itu adalah usaha kita yang paling minima yang kita boleh lakukan..

Jadi, tidak timbul lagi persoalan mengenai gambar tersebut..

Hidup sesama Islam harus bantu membantu bukan? Biar terbuka mata mereka dunia tentang kekejaman Israel itu..

Umpama satu kisah mengenai Nabi Ibrahim yang dibakar oleh Raja Namrud kerana menyembah ALLAH..

Dalam ramai binatang hanya seekor burung pipit sahaja yang menolong memadamkan api yang membakar..

Dan seluruh binatang memperlekehkannya..

Kejadian itu dilihat oleh Jibril A.S lalu Jibril bertanya kepada burung pipit itu..

" Adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?"

Jawab sang pipit " Aku tahu bahawa air yang ku bawa ini tidak cukup untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah ini. Namun sekurang-kurangnya aku menjalankan tanggungjawabku.."

" Iaitu membantu nabi Allah dan tidak mendiamkan diri.. "


Banyak lak celoteh aku malam nie.. Hehehe.. Nie yang aku alami sepanjang minggu nie..

Mostly dari apa aku tengok kat media elektronik je la..

Pandai guna pandaila manfaat.. Kalau salah guna merana jiwa woo..

Hehehe..

Thanks for reading..

Yang baik jadikan teladan... Yang buruk jadikan pedoman...


= )

Thursday, 10 May 2012

Thursday Typing

Latest reunion.. Kalau x salah last year..
Assalamualaikum semua...

Wah! Ceria je aku menaip blog hari nie.. Selalu moody jer..

Biasa la hidup nie.. Kadang hari elok, seronok ucaplah Alhamdulillah..

Bila ada masalah atau kesusahan jangan asyik salahkan diri.. Cuba perbaiki diri.. Mungkin ada buat silap ke..

Kalau tak.. Mana kan orang cakap hidup nie ada asam dan garamnya.. ( Bermain-main dengan perkataan lak aku.. HAHAHA.. )


Hari nie Khamis.. Aku duduk kat rumah jer...

Exam semua habis ( except 1 jer paper yang aku 'ter'tinggal hari tue.. )

Pensyarah aku cakap tunggu endorse paper semua.. Baru leh settle bila nak seat paper..

Dalam 13 Mei baru suruh aku call.. ( 3 hari la to be exact.. )

Other than that.. Everything is quite fine..


Ramai member aku dah start berkemas.. Balik rumah masing-masing..

Tak lupa yang masih ada kat asrama.. Memandangkan nak habis belajar dah..

Semua muka sengih umpama kambing seronok makan rumput banyak ( enak betul bahasa aku pakai..)

Aku pun separuh je happy.. Memikirkan paper x berjawab lagi..

Research aku pun dah submit..
 
Kekadang rasa nak simpan dalam kotak je uniform nie.. Lupa lak aku ada banyak program pasnie..


Kolej kadang susah nak lepas budak final year nie...

Ada la program nak dianjur.. And mangsanya student final year cam aku nie ha..

Alasan : Berbakti la walau sedikit pada kolej.. HAHAHAHA.. ( nampak gelak paksa.. nampak? )

Ikut hati memang aku nak rehat jer.. Tapi duty calls..

Bila dah kena join.. Kena je la.. Atau tak mungkin segulung diploma xkan ko rasa..

Nampak macam ada sedikit ugutan di situ.. Hehehe..

Lumrah kan.. When you are in an institution.. You must follow by their rule..

Melainkan keluarga anda ada kolej sendiri..


I'm fine and well-managed.. Figuring what to do after finishing studies...

Korang suggest apa?

Thanks for reading!!

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...