Friday, 21 December 2012

21-12-2012.. Stop Believing

It is His will.. We can only prepared.. Doomsday..
It's raining heavily outside.. and I'm cozy inside my room.. surfing the net..

Thinking what should i type about today.. If you ask me directly.. I didn't have any clue..

Why should bother making another updates of my blogs?

It might be something about my usual basic routine..

I smiled.. Yup, it's true.. But..

Nobody is having the same rountine all over again right?

They might have some little bit of laughter.. And sadness.. And being angry at something..

Hey, it is LIFE.. and it should be..

Life is like a food.. You taste it.. It has bitter, sweet, spicy and sour..

But in the end.. You ate it all..

Hehehe..


Assalamualaikum.. Pembuka bicara..

Dah berceloteh panjang bagai nak rak kat atas tue bukan apa.. Intro sikit la.. Blog boring la kalau bukak-bukak je dah nak mention cerita..

Mana best.. Umpama KFC bila buka bekas mesti berbau.. Sedap dan menyelerakan..

Baru kita makan.. Sedap tak sedap selepas memakannya..

( Or which in case.. Always oily and sticky when eating it.. )

Back to the topic..

21/12/2012.. What is this? It's just a normal date doesn't it? But some people thought that the D-Days is TODAY..

So, I live and work today so happily with His blessing i tried my best in everything today..

Nothing happen... Except for heavy downpour hear in Penang..


Hari Kiamat adalah salah satu dari rukun Iman yang telah ditetapkan oleh Allah supaya kita mempercayainya..

But it doesn't mean you have to accept the fact that it will be in a certain date or a certain month..

Banyak la orang mempercayai dan mula prepare macam-macam..

Bekalan makanan.. Persiapan.. Buat rumah bawah tanah la..

Just like apocalypse is goin to happen in that exact date.. Even in China, there's one person makes a boat just like Noah did ( Nabi Nuh ) and thinks the D-Day would be flood and he with his family and animals (?) i think.. would be survive..

Sekarang.. Mungkin jadi bahan ketawa je di media semua..

Mayan just predict it.. Doesn't mean you HAD to believed it..

If they predicted then why Mayan's are already gone? How come they didn't predict their own extinction?

D-Day is Allah's will.. Kita makhlukNya haruslah mempersiapkan diri..

Bukan bertanya bila hari itu tiba.. Tapi tanyalah.. CUKUPKAH IMAN AKU DI DADA?

Rasanya tak perlu aku mention ayat mana dan surah mana di sini..

Sebab info semua dah ada kat FB.. Rajin-rajin mencari..

I'm just clarifying things that tak perlu kita tahu bila Allah akan tetapkan Hari Kiamat..

Persiapkanlah diri dari amal dan rohani..

Mengingati mati itu lebih mulia dari mengingati bila kita ditimpa kecelakaan...

Allah sayangkan hambaNya yang mengingati mati dan menginsafinya..

Kerana setiap yang bernafas pasti merasai mati..

Dan mati itu sendiri adalah kiamat kecil bagi hamba Allah itu..


So, diri sendiri nie dan semua yang baca muhasabah sikit diri kita..

Jangan dok ikut nafsu je memanjang.. ( Diri nie pun sama gak.. )

Dan cuba mencari jalan Allah redhai..

I think that's all kot..

Fuh! Finish another post.. Alhamdulillah..


P/S : Member aku citer masa kerja.. Masa nak jahit luka.. Lepas tue.. jahitan luka tue nak kena bukak.. Member aku beri la tarikh untuk buka jahitan luka tue..

Dia bagi tarikh 21/12/2012.. Ko tahu ape yang pakcik tue cakap? ( by the way, He is a Muslim )

Eh, adik.. Nie Kiamat nie... Takleh bagi tarikh lain ke.. Tarikh sebelum tue ke..

Macam mana saya nak pergi bukak jahit kalau dah jatuh tarikh nie..

And my friend was.. ( ........ )

Malu I/C je Islam.. Alahai....

Sunday, 16 December 2012

Self Reflection - Understand The Value Of Iman

There's a rainbows.. Look! = D
How should i start this? It has been a long time for me to update my post..

The space are widely free for me to open this page.. type some stuff i do everyday..

Yet, when i open a new post.. I lost my interest..

Today i hold up that feeling.. Not because of sudden interest back in blogging..

Or even HAD to blog to be recognize by others..

No.. I'm not like that.. I didn't like to do things i dislike.. Neither to be push to do it..

Seems to me that there are lots of obstacle and challenges.. to be overcome..

If not.. I might not be here typing a new post..  = )


Assalamualaikum.. Pembuka bicara hari ini.. Yup, kalau anda faham apa aku khabarkan di atas..

Good for you.. Dan kalau tak.. Aku simplekan bahawa sudah lama aku tidak berblogging..

Bukan sebab menyepi atau menyendiri ( kalau ada masa memang nak buat je benda tue.. memandangkan diri ini perlukan self-reflection everyday.. huhu. )

Sibuk? Tak jugak.. Tapi ada keterbatasan idea dan juga rintangan yang menghalang diri nie dari update blog..

Aku mungkin hanyut.. Dalam kesenangan duniawi.. Ya, itu salah satunya..

Aku akui.. Dunia ini penuh dengan khayalan yang tidak terungkap oleh manusia..


Lalai manusia.. Leka dan alpa adalah makanan seharian manusia..

Aku rasa tak perlu puitis.. Terus terang ada masa iman manusia akan jatuh.. akan naik..

Tika ia berada tinggi maka tenanglah diri kau..

Rendahnya iman maka saat itulah bekalan rohani kau perlu di isi..

Aku sering saja tewas dengan nafsu.. Serta bisikan syaitan...

Malas itu sememangnya sebati dengan diriku..


Tapi aku bersyukur ya Allah.. sebab dalam qalbu ini ada ruang untuk aku bangkit..

Kau telah ciptakan satu keinginan kepadaku.. Dan satu sifat yang aku sentiasa ingati..

Iaitu kesedaran..

Tak semua manusia memiliki kesedaran.. Untuk kembali ke jalanMu..

Ada yang hanyut terus dibawa oleh kenikmatan dunia.. Yang berpegang tali iman hanya sebahagian..

Apa yang aku ungkap dan cerita adalah benar.. Nasihat itu benar..

Siksa neraka dan azab di sana sememangnya benar.. Namun kita manusia jarang menyedari..

Sebab itu aku katakan kita tidak punya kesedaran..


Rosak iman kalau buat dosa tapi tak terasa takutnya azab...

Ya ALLAH.. aku rasa macam tue la.. Teruk diri ini disisimu..


Namun masih lagi aku menadah tangan padaMu.. memohon keampunan..

Sampai satu ketika aku merasakan layakkah aku di sisimu Ya ALLAH.. aku tahu aku bukan kafir..

bukan juga munafik.. tapi aku fasik..

kerap melakukan dosa kepadaNya..


Kerana itu blog ini aku hasilkan.. untuk mengingati diri bahawa kesedaran aku yang sekian lama Allah kurniakan..

Harus disemai sebaiknya agar tidak layu dimamah kenikmatan dunia..

Rapuh aku ya Allah.. Aku harap rapuh itu seketika..

Andai ia meruntun imanku.. Ya Allah kuatkan imanku..

Hanya kepada Kau aku bermohon.. =' )


Self-Reflection for today..

Tuesday, 20 November 2012

What We Can Do?

malu weyh.. bangsa lain agama lain yang lebih peka dari kita..
heart beating fast.. nie mesti efek minum air kopi tadi.. 2 sacket aku bantai.. hehehe..

and now i'm insomnia.. better make use this opportunity to made a new post..

since i don't even know when will i post a new story..

right? ( aceh, dalam x ngantuk sempat lagi speaking.. )


what's up guys.. i am fine here.. cuti 4 hari yang memang meregangkan badan dan memberatkan mata..

memandangkan gaji aku pun tak masuk lagi.. duduk di rumah saja..

menghabiskan masa dengan browsing internet.. buka FB dan Twitter..

menonton video.. update tentang perkembangan terkini aku.. ( macam aku update blog la.. )

dan pelbagai lagi...


today atas kehendak seseorang aku dah berjaya merakam satu video blogging ( vlog ) buat kali pertama..

sebenarnya bukan kali pertama pun.. memandangkan dalam Facebook aku dah post banyak video..

dari video raya hingga ke video ucapan puasa..

member aku la nak sangat aku post video kat Youtube.. so, dengan selekehnya aku merakam diri aku..

skrip takder.. ( ingat buat video terus macam tue ke? kena ada perancangan kot... haha.. )

tapi idea aku ada la.. tentang perkembangan perang di Gaza..

aku dah muat naik dalam Youtube.. tapi aku delete balik..

memandangkan banyak benda kurang di situ.. dari segi audio dan juga preparation..

so, maaf la Izzul Zakwan.. semalam aku beria-ria post..

hari nie aku dah delete dah video tue.. = )

tunggu la masanya ek..




owh... lupa nak update pasal free muffin egg McD.. yang menyebabkan beratur panjangnye orang kita..

semata-mata kerana benda tue free.. tak peduli dah McD tue Israel ke.. Yahudi ke..

asalkan perut kenyang.. kan?

i'm not provoking them.. but seriously.. biarpun benda tue free.. tak obvious ke sebab ape dia buat macam tue?

tanya hati la.. nak ke tak nak..

sudah terang lagi bersuluh la dia nak back-up balik segala apa yang kita cuba boikotkan..

ini tidak, orang kita lebih suka mencari alasan untuk balik ke McD mengambil berger free..

dari cuba menahan diri makan makanan dan set disediakan..

aku dulu peminat tegar McD.. tapi manusia lama-kelamaan akan bosan..

mungkin ko akan craving untuk satu set makanan tue.. bila dah makan..

does  the food worth it? i expect you to find the nearest kedai makan..

and eat rice.. kan?



aku rasa better makan nasi lemak kenyang berbayar dari makan muffin egg yang free lagi dicemuhi..

* this is only my opinion..


dalam video aku tue aku mention 3 perkara kita boleh buat untuk Palestine..

memandangkan aku pun dah delete video tue.. 3 perkara kita boleh buat adalah 



1. Berdoa - Tidak kira bangsa apa sekali pun..  kita saudara seagama berdoa menadah tangan agar tentera Zionis, pakatan Israel dan juga askar-askarnya mati dalam keadaan hina kerana mereka membunuh orang yang tak bersalah.. menghancurkan rumah dan kediaman..
mereka tidak layak digelar manusia.. mereka lebih buas dan tidak berakal dari binatang

2. Memboikot - Boikot bermula dengan McD, kerana produk itu yang mudah diperoleh.. dan di makan oleh setiap bangsa dan masyarakat..  apabila kita memboikot satu produk.. lama-kelamaan kita akan timbul inisiatif untuk memboikot barangan lain seperti Danone, Nestle' dan sebagainya..  istiqamah itu penting..

3. Menderma dan share info - Media sosial memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan info, serta menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan..
update setiap masa berita mengenai saudara kita di Palestine.. cari sumber yang benar dan hulurkan sumbangan kepada badan yang benar-benar membantu. Contohnya Aqsa Syarif..

these are the things that the least we can do to help our brothers and sisters..

please.. gave them hope for one day.. Israel will be burn to ashes...

in shaa Allah..

thanks for reading.. nais!!


assalamualaikum..

Thursday, 15 November 2012

Maal Hijrah 1434

1st day keje..
ini post yang ke 90 ( setelah aku bace berape banyak post aku dah buat tahun nie.. )

kinda productive.. hahaha..

tapi pada masa yang sama ada gap yang lama antara satu post dan post yang baru.. banyak perkara yang aku dahulukan..

blogging isn't my 1st priority in life.. sebab blog bukanlah diari sahaja..

tidak aku update apa aku buat tiap-tiap hari dalam blog.. kecuali dalam twitter je..

kebanyakkan benda penting membabitkan pengalaman aku.. dan info..

aku sematkan dalam blog nie..

and it's my blog.. suke hati saye la.. ( tetibe nak ber'saye lak.. )

LOL..



Maghrib masuk malam tadi maka bermulalah tahun baru Hijrah.. 1434 H..

tiada bunyi dentuman bunga api mahupun kiraan detik..

melainkan mukmin dan muslim yang beriman menadah tangan memohon agar tahun baru Hijrah ini..

dikurniakan semangat baru.. azam baru untuk berubah.. dan ikhtiar mencari jalan-jalan syurgawi..

itu adalah lebih dicintai dan disukai Allah..

termasuk aku..


seharian aku fikirkan tentang Maal Hijrah nie.. setiap kali awal Muharam akan aku updatekan dalam blog.. tentang apa maksud hijrah.. pengertian hijrah bagi diri aku..

sekarang.. sudah setahun selepas post itu aku keluarkan..

apakah ada perubahan pada tahun lepas? atau masih kekal sama semangatnya?

aku tidak mahu azam yang meninggi.. InsyaAllah..

cukup aku melengkapi yang kurang.. dan mengurangi yang jahat..

itu lebih baik.. kerana aku cuba mendidik istiqamah dari riak yang berpanjangan..

amal tidak dilihat dari sudut banyak-bergondolan.. ( melainkan mereka yang punya semangat tinggi untuk beramal kepadaNya.. )

amal dilihat dari bagaimana istiqamahnya seseorang hamba cuba mengekalkan imannya..

amal ibadahnya seharian.. dari nafsu yang tak lekang menganggu..

dan bisik syaitan yang halus menusuk hati yang rapuh..


Yup, itu mungkin azam aku.. perbaiki ape yang perlu..

aku pun dah kerja.. dan punya pengalaman belajar yang banyak.. dan kehidupan susah senang aku lalui..

apa aku pasti aku sukar kawal amarah terhadap masalah.. cepat hilang mood dan bosan dalam bekerja..

sayang tido lebih dari belajar.. sayang makan dari badan.. sayang diri dari Dia..

mungkin sebab tue tahun lalu aku kurang rahmatNya.. dan ujianNya berpanjangan..

sudah pasti paku yang bengkok sekali lagi diketuk akan selamanya bengkok..

aku takkan jadi paku itu..

kerana jari jemari menaip sesuatu yang aku sendiri pasti..

PERUBAHAN.. akan aku alami dengan jayanya..


Amin Aamin.. AAmmiiinn ya Allah.. = )

Tuesday, 30 October 2012

Sacrifices

Sudah Grad Sudah.. September Yang Lepas
It has been a while now.. Last post was around September..

Now it is in the end of October.. Masa berlalu begitu sahaja..

Pejam celik je dah nak masuk bulan November.. and we at the end of 2012..

Semua benda berubah.. Ada benda baru berlaku..

Some sacrifice that had to be made to ensure the continuation of life..

Quite a lot of question and decisions that needs to be made..


Aku sekarang nie dah pun bekerja.. Alhamdulillah..

Kerja kat mana? Tak perlu kot nak cerita kat sini.. Siapa yang mengenali tahu la kat mana aku posting..

Tak perlu bicara.. Cukup mukabuku dan pencicit ( tweeter ) sebagai updater aku everyday..

Pencicit jugak la tempat aku post luahan hati la.. Ape la..

Hahaha.. ( Sian gelak sesorang.. Korang bace gelak la sekali.. )

Berada di pulau mutiara nie amatlah mencabar sekali.. bukan dari segi kewangan..

Malah dari segenap benda.. Mostly sini Chinese, Mamak dan juga foreigners..

Bangunan dan cara hidup? Toksah citer la.. Bagai bukit dengan gunung tue..

Kemajuan dan pembangunan kat sini memang pesat..

Tapi sememangnya kalau anda dan saya baca pasal budaya dan masyarakat...

Tak payah tengok buku pun.. Tahu yang semakin majunya sesebuah negara..

Semakin hilang nilai budi.. Susah nak nampak bertegur sapa..

Kalau naik kereta hon tue dah macam makanan dah.. Hohoho..


Culture shock yang teramat sangat.. Hadoi..


Memandangkan sudah beberapa hari Aidil Adha berlalu.. Aku sebenarnya lebih nak bercerita tentang pengorbanan..

Bibir suka ucapkan... Betul tak? Tapi pernahkah kau rasakan pengorbanan itu?

Jujur aku cakapkan yang aku benar-benar merasakan pengorbanan itu hanya ketika aku dewasa..

Mungkin perasaan itu datang untuk memberi keinsafan kepada aku..

Bagaimana ibu dan ayah mengorbankan duit dan masa demi anak-anak..

Tak salah jika anda baru terasa.. Sebab bagi aku perasaan itu paling berharga dalam diri..

Mungkin ada yang dah rasa pengorbanan mak ayah masa awal belajar lagi..

Aku sedar aku terlewat tapi kesedaran itu memberi semangat untuk aku terus usaha..

Bantu famili aku di rumah..

Duit habis untuk sewa.. Motor.. Ganti rugi.. Dan sebagainya..

Pernah dengar mak ayah korang mengeluh? Aku pasti tak..

Sebab mak ayah mana tak mahu anak diorang berjaya betul tak? Jadi anak yang berguna..

Sepanjang aku duk sewa rumah sini.. Pelbagai benda mereka korbankan..

Jadi insyaAllah kalau aku sudah cukup kewangan.. Stabil dan teguh..

Aku nak berbakti balik kepada mereka... Cukuplah mereka banyak bantu aku menjadi seorang insan..

Aku nak beri masa pula bagi mereka.. Nafkah insyaAllah aku cari..

Agar mereka berbakti kepada Yang Esa pula..

Amin..


Semoga mereka bahgia dan dirahmati Allah di dunia dan di akhirat..


* Selamat Hari Jadi Mama.. Wan Noorazlaini Abdullah ( born on 30 October 1969 ) dan Belated to my Abah.. Mat Yusoff Bin Taib ( born on 19 Mei 1962 )

Tuesday, 18 September 2012

Tuesday Tiptop : Dilema Amalan..

Subhanallah! Nie kat belakang rumah..
Assalamualaikum.. Kaifa Ha Luka?

Alhamdulillah.. Ana Bikhair.. Hopefully you too..

Sudah lame tidak mulekan blog dengan salam.. selalunye kat tengah jer.. bermain-main dengan perkataan yang sudah pasti menjadi satu pegangan buatku..

Beberapa hari berada di Kuala Lumpur, kota metropolitan hutan batu yang penuh dengan onak duri dan cabaran hidup.. bagaimana yang kaya dan miskinnya.. bagaimana kemajuan negara dan kemunduran akhlaknya.. bagaimana mentaliti dan pengaruh luarannya..

Yang telah bisa menyelinap dalam kehidupan setiap Muslim seperti aku dan juga lainnya..

Mesti pelik kan kenapa aku cakap macam nie? Bukan sekadar emosi.. Tapi dah lama sebenarnya terbuku di hati..

Banyak perkara yang nak dimaklum.. Bukan mahu populariti namun biar yang tersimpan luah sepuasnya..

Aku yakin semua manusia tidak punya kuat istiqamah dalam amalan..

Sebab aku sendiri akui.. Dosa dan pahala saling tidak seimbang dek kerana pengaruh luar.. Nikmat duniawi.. Kurangnya hati dengan rohani bersama menyelami Islam dan Rasul..

Menipu dan mengumpat lebih menjadi amalan dari menghindari.

Betul tak?

Kenapa la aku sembang macam nie? ( Dah nampak macam ayat sastera berat da nie.. )


Bismillah.. Aku merindui saat sekolah menengah.. Di mana amalan ibadah dijalankan dengan penuh khusyuk.. Biarpun masa itu tidak faham atau mengerti mengapa perlunya ibadah tersebut..

Ramai-ramai menghadiri surau dan mulanya dipaksa oleh ustaz atas alasan arahan sekolah..

Malam-malam baca surah Al-Mulk, pagi dan petangnya dengan Mathurat..

Pergi solat 5 waktu secara berjemaah di surau dan TIDAK BOLEH masbuk..

Semua itu sebenarnya mendidik diri ini supaya istiqmah dalam masa depan.. That is when you are in college and university..

Mungkin la ada yang cakap.. Dekat sana pun ada program usrah dan talk oleh ustaz..

Kalau ada adik.. Kalau universiti yang terang-terangan mahukan akademik macam mana?

Juga sistem usrah itu adik cari sendiri? Memandangkan benda tue bukan dalam konsep akademik?

Tak pernah terfikir? Benda nie la yang terjadi kat aku bila aku masuk matrik dan kolej..

Terkejar kejar dengan kuliah sampai takder masa nak ber'usrah' dan timba ilmu agama..


Then blaming diri sendiri..


Itu gunanya istiqamah dalam amalan..


Benda yang kita dah belajar masa dulu.. Kita amalkan kembali..

Jalan berliku-liku dah kita selusuri.. Dan godaan serta nodaan yang kita alami..

Tak bermaksud kita hanyut bukan?

Buat slow-slow pun takder masalah.. Like me.. Trying SOOOOO HAAARD dalam bace al-Quran..

Ada ilmu tak amal.. Macam nie la.. Dah boleh baca al-Quran tapi nak baca sehelai mak aih bukan main payah lagi...

Boleh.. Cuma kena lebih iktikad la sket.. dan tetapkan pendirian biar benda nie jadi amalan yang berterusan.. Kan?

Alah.. Cakap jer.. KO BUAT KE TAK?

Sabar.. Semua buat.. Saya pun tengah buat.. Amalan kita jangan biar depan orang je buat..

Belakang orang x nampak pun kita buat.. Baru la Allah sayang..

Hehehe.. dah la.. Banyak la celoteh..

Thanks for reading!!

Tuesday, 11 September 2012

Tuesday Thinking - 9/11

Word said it all..
what i want to type? isn't about my life again? most probably the readers are bored with my long-telling-a-lot-paragraphing story..

oh well, this is my room.. my mind and my space to write?

i being blessed with my enormous idea before i type..

and as i type even one letter.. the mood just disappear..


assalamualaikum semua.. apa khabar? sehat? hopefully.. all's well and healthy insyaAllah..

today is the day where I.. um.. did.. nothing at ALL..

memang sudah lama aku menunggu surat offer.. masih belum kunjung tiba..

dan janggut serta misaiku telah di'trim' pada hari ini.. ( terime kasih En. Pencukur.. sebab muka saya jadi kurang serabut.. )

my room are all mess.. dan adik ke-5 aku sudah pun menamatkan hari pertama peperiksaannya..

gembire la seketika.. haha.. sian tengok mengadap buku je..


hari nie dalam waktu nak habis hari Selasa baru aku perasan satu post..

yang menceritakan tentang 9/11 punya tragedi.. now, guys and girls.. we all know what happen at that exact date?

bila aku tanya adik perempuan dan lelaki aku.. ( dalam lingkungan 14 tahun ke bawah.. )

semua tak tahu pasal WTC punya incident..

dan aku tak la nak suruh diorang ingat pasal tragedi tersebut.. But that day marks the world's view...

how all the nation sees us Muslim.. Islam.. as a terrorist..

bermula pada hari itu la semua mata mamandang serong seorang lelaki yang memakai kopiah dan lebai serta wanita yang bertudung dan berhijab..

sedangkan spekulasi dan juga teori yang kukuh banyak menyatakan ianya dirancang..

dirancang? betul ke? tak caya la..

mulut aku kunci dan mata anda memerhati.. carilah dalam laman mana-mana sekali pun.. sudah ada banyak pendedahan.. tak perlu aku jelas panjang lebar..


so, i pay my respect to those who lost their love ones.. which fight to survive and fight to save people..

but dear world.. a renowned nation which always threaten other countries for their economics..

bila dah berlaku kejadian tersebut.. kita nak kesiankan rakyat mereka sedangkan..

macam mana pulak dengan world wide hunger? lebih lagi mangsa mati kebuluran dari kematian ketika tragedi tersebut..

mangsa mati disebabkan perang SEBELUM 9/11 ( krisis minyak Iraq ) dan SELEPAS  9/11 ( ancaman 'kunun'nye pengganas militan Islam.. alahai dunia.. )

belum dikira mangsa peperangan yang kebanyakkan dari Asia Barat.. ( Palestine, Iraq, Mesir, Syria..)

propaganda atau tidak... mata hati manusia dikaburi..

tidak salah jika sedih mengenangkan tragedi tersebut..

namun hati kita dan juga tangisan kita haruslah pada pejuang yang menjuangkan kebebasan dan keamanan negara mereka seperti negara-negara bergolak..

tak perlu dicerita negara mana.. masing-masing ada media elektronik..

buka dan baca setiap inci cerita dan kisah mereka..

buffer setiap video dan nota kisah mereka.. bagaimana mereka menderita lebih perit dari mangsa 9/11..

even for me.. thousands of sad stories.. are from our own brother..

which survives by only our pray.. and not by our hand..


stop sekejap.. berfikir dan kenang kembali.. bagaimana mereka di sana..

thanks for reading.. =')

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...