Jom menderma darah. |
Masih gagah menaip blog biar tidak sekerap dulu. Hari ini 10 Mac merupakan sambutan Hari Pembantu Perubatan atau Hari Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di seluruh Malaysia.
Aku pun turut sama bersemangat untuk menyambut hari ini yang merupakan satu hari untuk memperingati jasa dan bakti Penolong Pegawai Perubatan dari dulu sehingga kini (ceh, dah macam VO rancangan dokumentari lak..).
Bersemangat la juga bersiap dengan seragam penuh dengan tali leher, tag nama ke hospital untuk menyambut bersama PPP yang lain. Aku naik satu van dengan baju hijau iaitu PPP U32 yang bertugas untuk menyelia PPP U29 macam aku. Bergeraklah kitorang ke venue yang telah ditetapkan sambil berbual berkenaan kerja dan macam-macam.
Sampai je aku kat sana, kami disapa oleh semua PPP yang hadir menunggu ketibaan di depan lobi utama. Ada yang dari hospital tak kira kerajaan atau swasta, dari pejabat kesihatan daerah dan lain-lain agensi yang juga mempunyai PPP. Siap jer bersalaman, aku dan lain terus naik ke tingkat atas dan daftar untuk masuk ke dewan auditorium.
Malang bagi aku sebab tempat terhad dan aku terpaksa berdiri sambil menunggu Pengarah Kesihatan Negeri tiba. Selesai nyanyian lagu dan bacaan doa, aku pun keluar turun ke lobi utama. Sambil jalan sekeliling aku dianjur untuk menderma darah oleh staf hospital. Kalau diikutkan aku dah lama tak derma darah.
Jadi aku pun duduk kat kerusi dan merelakan diri untuk menderma setelah selesai mengisi borang soal selidik penderma. Banyak juga diorang ambil, kira-kira 450 ml. Selesai dalam 15 minit jer aku derma darah tue, rasa letih bagai campur berpeluh. Until now.
Sekarang ok sket dari awal tengah hari tadi. Masuk petang sikit aku gagahkan diri untuk makan di kedai setelah seharian makan roti jer. Boleh jadi aku tak makan sangat, sebab tue aku letih dan penat. Dan menguap (masa menaip post nie..)
Aku balik pun agak awal, dalam tengah hari dah sampai dah. Aku minta kebenaran staf aku untuk balik awal sebab letih sangat. Rasa hanyut kot. Nasib baik aku tak pandu kereta pagi tue, kalau tak nak balik macam mana la agaknya. Hahaha..
Sori kalau baca ayat agak skema dari kebiasaan, sebab aku letih. Idea banyak tapi diri nie struggle sangat nak menaip dan berehat. Ikut diri malas seperti biasa nak menaip banyak perkataan. So aku pecahkan kepada banyak perenggan, ringan kepala sket nak baca (back to my old style of blog)
Baru ada feel sket nak menaip. Hahaha.. sedar tak sedar dah panjang da aku taip. Anyway, today was great. Derma darah, meet senior, dapat beg lepas menderma, masuk tv (if ada la kan?) and I get to know more bout my colleague and my bos (yup, pengarah hospital naik van sekali dengan aku hari nie. LOL)
So yeah. Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan! Thanks for reading.
See ya! Jaa Ne!
No comments:
Post a Comment