Saturday 28 March 2020

Pandemic Covid-19

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harapnya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Especially during this pandemic season.

Aku ambil masa sikit lepas habis kerja untuk lepak rehat kat tempat kerja untuk menaip tentang apa yang berlaku sekarang (in which you all are aware right now..) which is the pandemic outbreak of Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) which started on 18 Mac.

It's now 5.00 pm.

159 kes baru, 61 kes sembuh dan satu kematian menjadikan jumlah kematian pesakit di Malaysia oleh Covid-19 sebanyak 27 orang.

I know. It worrying.

InsyaAllah semoga rakyat Malaysia semakin sedar dan tinggal di dalam rumah dan hanya keluar sekiranya memerlukan. Termasuk aku. Aku dah limitkan kekerapan aku untuk keluar hanya sekali ke dua kali bila memerlukan.

Sebagai frontliner walaupun aku tak terlibat secara langsung dalam screening pesakit, aku juga bertanggungjawab untuk menerangkan kepada yang lainnya tentang pentingnya untuk tinggal di dalam rumah dan tidak terlibat dalam apa-apa program melibatkan crowd-gathering.

Kerana buat masa ini wabak ini mudah sekali menjangkiti manusia melalui sentuhan especially melalui peralatan dan sentuhan tangan. Hand sanitizer dan amalan mencuci tangan menggunakan sabun adalah amat digalakkan untuk membasmi virus dan kuman.

Penjarakan 1 meter antara manusia juga wajib untuk memutuskan rantaian jangkitan kuman yang seperti mana kita ketahui mudah tersebar.

Other than that, stay safe, buat aktiviti indoor sekiranya anda ingin bersenam. Jaga kesihatan diri dan paling utama, berdoa dan berusaha semampu diri kita untuk menurunkan kadar kes wabak Covid-19.

For me, aku kembali ke rumah sewa aku setelah hampir 2 minggu aku tinggal kat tempat kerja aku disebabkan roomate aku clerk pesakit yang positive Covid-19. Alhamdulillah, result throat swab dia negatif dua-dua test. Membuatkan aku lega untuk balik hari ini ke rumah sewa.

Gonna miss air-conditioning room. Hahaha..

And aku dah 2 minggu nak masuk ke minggu ke 3 tak balik ke kampung halaman oleh kerana wabak. Kerap juga la aku video call diorang untuk ubat rindu. Semua ada kat rumah kecuali adik-adik aku yang kerja kat KL.

Other than that, life is ok. Alhamdulillah. Esok kerja as usual. Maybe this week aku akan balik kampung after sometime. Hopefully kesihatan pesakit yang dirawat akan semakin sembuh, insyaAllah.

Wishing all the best to the frontliners, army and police. Juga tidak dilupa kepada kerajaan pimpinan PM kita yang banyak berkorban demi negara.

Will keep up to date.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...