Saturday, 21 December 2019

Pagi Yang Gelap.. Kini Sudah Terang..

Peneman di kala pemanduan pagi..
Apa khabar semua? And also me who read this after some time. Hey, you made it! Hahaha..
Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. The weather is nice today, sunny and sometime a little bit of rain.


It's December people, monsoon season. Kebanyakkan kawasan rendah di Malaysia banjir disebabkan taburan hujan yang banyak serta berterusan. 

Mereka yang terkesan akibat seperti rumah dinaiki air berpindah ke pusat pemindahan banjir sehingga air banjir surut. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan kuat semangat menghadapi ujian Allah ini. InsyaAllah dalam setiap kesusahan ada kesenangan.

Anyway, I'm working today. As usual after sometime. Bercuti for a few days back dan kembali bekerja pada hari Sabtu for today and next week. Lots of things happen at home. Good and bad. Pretty much sums up life. Terkadang memberi kesan kepada famili aku. 


That includes me. But we are strong and insyaAllah sentiasa bersabar. Semoga kesihatan keluarga aku berada dalam keadaan baik senantiasa. Aamiin.

Spend a little bit for this month. Lama dah actually nak beli. Baru sekarang berani. Telefon aku yang dah berkhidmat lebih 3 tahun akhirnya crack screen, bukan tempered glass. Which means i need to send it for repair. 


After sometime aku fikir better beli telefon baru dengan duit yang aku ada sekarang. Fikir panjang pun tak guna akhirnya aku beli gak telefon baru. Nice. And banyak ciri-ciri yang aku rasa kagum seketika. Biasalah, telefon baru kan? Ada masa aku share. InsyaAllah.

Actually, aku dah kebuntuan nak share apa lagi dalam nie. I mean nak share personal boleh but sometimes aku banyak tapis. Better if yang baca only tahu gist of it. Not the whole story. 


Kalau nak tahu detail boleh jer contact aku or message dalam profile. Hahaha.. Dulu passion nak menaip tue ada jer idea. But main dengan masa kerja dan idea hilang start aku menaip. Meraban tak tentu pasal.

I think i need an idea book la. Senang sikit nak olah idea dan nak kembangkan sampai panjang. Kalau tak jadi pendek jer la.

Macam karangan ringkasan. Hahaha..

OK, dah meraban. Back to scrape book. Kita tengok macam mana nanti.

Thanks for reading.




Wednesday, 20 November 2019

November Calm Rain. A Self Reminder.

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat. This month is a bit late for me to update my blog since banyak kerja nak dibuat dan aku asyik-asyik tertangguh je nak siapkan post nie. I do have a lot of free time but most of it aku habiskan untuk tidur dan berehat dari kerja (a.k.a memalaskan diri tahap maksimas..)

So yeah.. Here we are on this November post. Yup.

Blank as usual. Hahaha..

Let me start off with sharing a great news that Malaysia has won against Indonesia in last night match, which I fell asleep earlier than usual. Sedar pukul 10.30 mlm habis match. Aku tengok final result jer dengan dua jaringan dari Sapawi minit around 30 and 74. Tue pun lepas google match. Ahaks teruk giler malasnya.

Besides, rumah aku tak ada tv. Boleh jer nak tengok kat kedai makan. But i doze off early.

Dah lekat tabiat aku menghadap phone every single time. Like I'm obsessed about it. Sampai kekadang sakit kepala, pening and lack of good quality sleep. Sometimes aku abstain diri aku dengan caj phone around 1-2 hour. Before this masa muda remaja aku tak boleh berenggang dengan Facebook. Now there's tons of app similar to it.

Doa aku jadi rajin sikit bekerja dan faham yang dunia nie bukan semata phone sahaja.

Done work for today. Aku biasanya lambat balik dari klinik. Habiskan masa kat sini untuk rehat, kadang dengar lagu rap. Melalak dalam Smule. Update Facebook or blog macam sekarang. Aku menaip sekarang sambil mendengar lagu rap Benzoloo, Generasi Genius. Sambil menguap. Cuaca petang nie mendung dan hujan.

Kena susun balik life aku nie, utamakan perkara yang harus diselesaikan. Aku perasan yang diri aku nie mudah side-tract, banyak buat benda lalai dan tak berfaedah. Yang akhirnya meletihkan diri aku, drain out all my energy. Pemakanan pun main peranan sebab dalam bulan nie aku banyak makan makanan heavy. Macam nasi berlauk, nasi lemak, ayam goreng. Memang tak bagus untuk kesihatan. Haih.

Another thing is that aku sedar yang aku semakin lewat dalam mengerjakan solat. Solat tunggang langgang. Masih solat tapi selalu lewat. Banyak habiskan masa dengan phone. Maybe itu sebabnya aku rasa letih, pening dan tak bertenaga. Dosa melewatkan solat lagi, belum dikira dosa-dosa lepas dan dosa yang sedar dan tidak sedar.

Allahurabbi. So, spending my time reflect on my weakness in here really makes me aware. Antara sebab aku selesa blog dari tahun 2011 till now. Aku boleh luahkan segalanya tanpa rasa bersalah sebab sememangnya aku bersalah dengan diri. 


Moga diri yang membaca ini ambil iktibar dan perlahan-lahan berubah ke arah lebih baik. Agar lebih bagus, baik dan rajin dalam bekerja, beramal ibadah dan beramal kepada Allah. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan memperingati diri hamba ini agar tidak jauh lari dari landasan Allah, dari jalan berliku yang Allah uji untuk diri ini. Ujian untuk hamba ini.

Lega sikit rasa diri. It's been a while aku post something thats uplifting. Like this.

Semoga istiqamah diri dalam menjadi Muslim dan Mukmin yang baik.

Assalamualaikum


Tuesday, 15 October 2019

Burnout!

Kamu Okay - K-Clique

Assalamualaikum. Sambil mendengar lagu rap yang sempoi, aku menaip untuk update post. Yep, dah masuk pertengahan bulan Oktober. Sekejap jer masa berlalu. Mood aku buat masa nie ok. Letih tue sentiasa terutamanya lepas habis kerja. Kalau malam memang aku tak stay lewat. Aku prefer tidur. Terasa seperti Snorlax lak. Hahaha..

Hobi aku sekarang bukan surfing the net macam tahun-tahun dulu. Its actually SLEEP. Hahaha..
Lagi lama lagi best. Ish ish ish..

Serabut lak dengar lagu rap. Tukar ruqyah. Hehehe..

2 minggu masuk bulan Oktober nie sememangnya sibuk. Dengan temu janji pakar, hantar reten bulanan, kerja-kerja indent dan pastikan peralatan dan alat cukup. Belum dikira pantau keadaan pesakit dan balik pun habis masa untuk tidur. Agak letih dan BURNOUT. Wow. Besar lak aku taip. Ahaks.

Hari nie aku pergi ke hospital untuk jadi responden bagi questionnaire kajian burnout dalam kalangan staf KKM khususnya AMO dan SN. Jawab dalam 50-60 soalan. Maybe 100 lebih aku rasa? Tak perasan. But most soalan tanya pasal stress di tempat kerja, berapa lama kerja, apa yang aku buat untuk hilangkan stress kerja etc etc.

Actually pada pandangan aku kajian ini bagus. Umum faham bahawa Burnout dalam kalangan kakitangan kesihatan bukan benda yang baru. Cuma mungkin sekarang baru dititik beratkan. Walaupun netizen dan orang ramai anggap staf hospital pemalas, kuat tido dan sebagainya.. bagi aku, staf kesihatan la paling letih bekerja.

Kalau yang 8-5 di klinik ada on call, kalau yang shift ada double (even triple shift, can you believed that? it happened..). Belum dikira dengan stressnya handle dengan sama staf ditempat kerja, regardless position and jenis staf. Kalau dapat yang buat naya tinggal ko masa kerja, maka ko pun akan mengamuk bila kerja sorang, betul tak?

Not to mention handling pesakit yang bermacam-macam ragam. Mungkin mereka tak tahu yang kami juga ada limit. Sometimes benda tak masuk akal pun kami terima. Kerana KAMI SEDIA MEMBANTU. Aku semat dah dari dulu kerja. Selagi benda aku boleh selesai dalam kemampuan aku, aku akan selesaikan. If not baru aku optionkan cadangan lain.

So aku pun jawablah questionnaire tersebut sejujurnya. Mostly positive la. Ada jer negatif like tak dapat penghargaan atau pengiktirafan atas usaha kerja kita for example. Yup. Kadang kita nie tak dihargai sangat bila kita dah tonjolkan usaha keras yang kita buat. Maybe kadang kena ambil tahu dah hargai like cakap terima kasih. Its a simple gesture but it gaves a tremendous affect to others. Like me. Hahahaha..

Besides.. negativity tue always ada. Cuma pandai kita untuk managenya.

Ok. Done celoteh panjang. Not bad, panjang lak post nie. Muahahahaha..

Peace out!

Sunday, 15 September 2019

September Update!! Woot Woot!

Mari kita bekerja keras! Hoyeah!!
Assalamualaikum..

Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan stress free hendaknya. Dah jadi sebulan sekali aku update blog nie. Takpe, tak ramai yang baca pun kecuali sesetengahnya. Dan aku. Kan blog nie ala-ala diari peribadi. Although tak semuanya aku kongsi. LOL.


Hari ini aku bersyukur sangat sebab elektrik ada. Dari hari Khamis lagi rumah sewa aku tak ada elektrik, TNB potong sebab banyak bil elektrik tertunggak. Gulp! Banyak sangat kot. Around RM 900 something. Tuan rumah kata tak payah bayar but i didn' think that the bill would be this high. 

Baik aku ngan roomate aku bayar jer. Nak ngeluh pun tak guna.

Nasib baik berjaya diselesaikan. Aku pun dah berbincang dengan ayah kepada tuan rumah agar bil elektrik hantar terus ke rumah sewa. Biar setiap bulan kitorang bayar sebab rasanya tak banyak mana. Air-cond pun tak pakai. Apatah lagi tv. Ada pun peti ais mini jer. 


Enough of that. Esok adalah Hari Malaysia, di mana terbentuknya negara Malaysia hasil gabungan dari negeri dari Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Aku kerja esok jadi tak terasa sangat nak meraikan hari tersebut. Mungkin tengok kat tv esok kat tempat kerja sambil bekerja. Hari Kemerdekaan pun macam tue jugak. Worst, aku awal-awal lagi tidur.

Xder nak berjaga kira countdown se'excited' macam dulu. Mungkin sebab semakin berusia. (Padahal baru 29..).


Minggu nie macam-macam benda terjadi. Dari jerebu dan panas yang berpanjangan (terima kasih negara jiran) kepada kempen BMF iaitu Buy Muslim First di mana Melayu Muslim menyokong produk keluaran Muslim dahulu. Bukan boikot yer. Mendahulukan produk Muslim sekali gus membantu dari segi ekonomi. Satu langkah yang baik pada pandangan aku.

Kerja macam biasa. A bit busy this month and also October due to temu janji pakar nefro. Banyak yang nak kena siapkan. Charting, blood taking etc. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam bulan nie jugak aku luangkan masa dengan famili ke Langkawi untuk bercuti. Akhirnya impian Mama tercapai bila jejak kaki ke pulau lagenda. Banyak aktiviti yang kitorang buat di sana. InsyaAllah akan aku buat satu post baru bercerita tentang pengalaman sepanjang tour tersebut. 


Rasanya cukup la kot untuk update kali ini. InsyaAllah rajin aku menaip lagi. Till then. Thanks for reading y'all!!

Sunday, 4 August 2019

Air-Cond Breakdown!

Assalamualaikum.

Currently in the clinic after 5. Menunggu kakitangan Radicare selesai membaiki air-conditioner yang sejak dari semalam lagi rosak disebabkan oleh litar pintas. Duk dalam bilik doktor dengan air-cond Acson yang kecil sebagai peneman diri yang mudah berpeluh.

Iqbal sememangnya tidak suka berpeluh. Hahahaha.. unless bila buat kerja or senaman. Worth of my sweat and energy. 


Disebabkan aku bosan dan banyak masa terluang sementara menunggu diorang selesai kerja, aku akan update a bit on what happen during the past month, which I remembered la.

Aku melancong (hahaha.. bunyi gempak jer..) dengan Mama, adik kecik ke Kuala Lumpur, singgah my bro's house and spend a day or two day. Tengok wayang, jumpa saudara mara and spending quality time with them. Exhausted tue of course tapi berbaloi dengan trip aku pergi. Hihihi..

Roadtax kereta aku dah selesai bayar seteleah giliran aku untuk dapat duit kutu. Spend a bit sebab aku ambil insuran bahagian cermin kereta sekali in-case kalau ada retak atau pecah, which already there before this.

Aku baru sahaja selesai habis drama Touch Your Heart dan Radiation House which is great. Easy to watch, xder la complicated sangat dari segi plot for these two drama. Yang TYH (aku shortformkan..) nie about an actress yang nak kembali berlakon setelah lama mendiamkan diri akibat skandal yang dihadapi beliau. Beliau bekerja di sebuah firma guaman untuk menghayati watak seorang peguam dengan bekerja sebagai seorang setiausaha peguam yang straight forward dan tiada emosi.

Ok jer drama nie but aku kureng sket bab jiwang melampau nie. Sweet bagai buat aku nausea. Hahaha.. But ok la. Xder la nampak kemesraan melampau dalam nie sebab dia banyak komedi. So, a totally RomCom kinda drama.

Radiation House pulak pasal seorang budak lelaki yang jatuh hati dengan budak perempuan. Mereka berjanji akan menjadi yang terbaik dalam bidang dan impian yang mereka kejari. Yang lelaki nak jadi juru X-Ray terhebat manakala yang perempuannya nak jadi Radiologist terhebat. So, bila besar mereka berjumpa kembali. Namun yang perempuan tue dah tak ingat janji dia. Hahaha..

Ini pun ada RomCom gak tapi slightly jer. Ia lebih memfokuskan kehidupan seorang juru x-ray dengan cabaran yang dihadapi setiap hari. Radiation House tue adalah nama unit x-ray hospital tersebut. Sempoi je nama unit. Aku pun ingat nak bagi nama sempoi bagi unit dialysis nie.

Maybe Renal Division? LOL.

Other than that, aku baru sahaja dapat keputusan darah tempoh hari. Kolestrol aku teramat tinggi, berkemungkinan boleh strok atau terjadi gejala berkaitan dengan jantung. A bit worried but at the same time aku boleh rancang dengan baik pemakanan aku. Berat pun semakin membimbangkan.

Mungkin aku kena mula berpuasa.

Selesai habis kerja diorang dalam pukul 6.00 pm. Aku pun dah berpeluh tutup habis semua suis dan plug. Biar hilang peluh nie dulu baru nak gerak. And I finish this post here.

Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Peace.

Sunday, 14 July 2019

Julai Jelma Lagi.. Yahha!!

Kurang seorang... Hahaha..
Assalamualaikum. Apa khabar semua?

It's been a while now. Aku semakin lama semakin hebat dalam menangguh-kerja. So lately aku post sebulan sekali lak. Mungkin sebab ketandusan idea atau sibuk. Apa-apa pun janji aku update blog, isn't it? Dari skip sebulan terus. Masa tengah lapang nie la aku leh nak update apa-apa yang patut.

Hari ini aku kembali bekerja setelah seminggu cuti. Hahaha.. Well, not exactly seminggu. 3 hari jer dari Khamis sampai Sabtu. The rest aku hadir ke kursus dan juga bengkel, masing-masing di Tumpat dan Tunjong. Walaupun CPD point aku dah berlebih-lebihan dah. Ahaks..

So, last week aku banyak habiskan masa kat rumah, bermalas-malasan. Clearly not a productive day for me, laying around like a sloth. Makan minum tidur jer. Nak keluar ke bandar apatah lagi. Sedangkan masa cuti la keluar untuk bersosial. Hirup udara segar dan buat aktiviti sihat. Haish, kena ubah lifestyle nie.

And this month which is July marks one year aku bekerja di sini. Di pusat dialisis ini. Sekejap jer masa berlalu, so does Syawal but ada yang still xleh move on dengan raya. Hahaha.. daripada zero knowledge tentang hemodialisis sampai boleh manage and insyaAllah bersiap sedia jika berlaku apa-apa.

Mungkin masa awal kerja dulu mulut aku masin nak kerja kat unit dialisis. And there you go, dapat kerja kat sini. For me, it's a bit too comfortable. Aku dah lupa macam mana adrenaline pump bila attend kes kecemasan atau kes yang memerlukan kecekapan dan kemahiran diri.

Pendek kata aku dah lama tak train untuk emergency. Masa mula-mula aku masuk MA, memang aku minat giler dengan kecemasan. Ubat aku hafal, prosidur aku buat. Pesakit tue memang ramai tapi seronok sebab kita kerja secara berpasukan. Back up itu penting dan knowledge serta skill banyak di kecemasan.

Kes-kes yang rare iaitu jarang dilihat semuanya di kecemasan. Awal 9 bulan aku kerja kat sana, staf aku dah anggap macam keluarga. BIla dah habis PPW aku masuk klinik. It's really different from kecemasan. Management lebih banyak dan precaution serta follow up itu menjadi satu kemestian. Pt akan kita tengok berkali-kali untuk mengetahu status kesihatan mereka.


And I am now yawning non stop typing about this. Maybe sebab aku menaip waktu tengah hari dan aku tak pasang lagu apa-apa masa aku menaip. Saja bajet nak ambil feeling seorang penulis blog. Last hampeh menguap memanjang. Hahaha..

So yeah, I need to transfer. Tak boleh lama-lama kat satu unit. Kena mencuba benda baru. Kena ada pengalaman baru. Doakan aku dapat transfer dengan kadar segera. Tak larat nak drive awal pagi masuk kerja. Bahaya dengan 'microsleep'nye.

Doakan seketul Iqbal Hakim dapat surat pertukaran ke mana-mana setelah setahun berkhidmat di Gua Musang ini. Doakan tempat yang bakal aku bertukar nie ada tempat yang ada working-enviroment yang friendly sama macam sini. Sebab sini best keje cuma tempat kerja je jauh dengan kg aku. Huk huk huk..

Saturday, 8 June 2019

Syawal Slumberland...

Berkurta bagai. Hahaha.. Mat Ri Yer!
Assalamualaikum. Yes, your big buddy here updating on his blog on recent things that happening and keep you up to date. Be smile will ya? Bukan senang nak nampak aku rajin menaip.

Hari ini merupakan hari ke 4 aku menyambut Syawal. Tahun nie aku bercuti selama 4 hari iaitu dua hari sebelum raya sehingga ke Syawal kedua. To be honest, tahun ini aku lebih sayangkan Ramadhan, lebih merindui bulan puasa dari Hari Raya Aidilfitri.

I don't know why. Maybe sebab the absentees of para-para pembisik kejahatan? Di mana bulan itu merupakan bulan tarbiah diri, untuk memperbaiki diri dengan amal dan ibadah (although nak habis Ramadhan dah nampak tanda-tanda malas nak pergi terawikh, ish ish ish..)

And hari raya nie lak aku sememangnya kurang aktif. Raya kedua aku kena selesema dan sakit kepala. Banyak duk rumah jer, moody sket. Maybe sebab rumah da tak cukup korum. Adik kedua aku dah start kerja hari tue. And ditambah dengan sedih sebab kereta adik aku pecah tayar masa dalam perjalanan menghantarnya ke hospital.

A little bit mixed feeling. Or maybe sebab aku dah tua? Maybe la.

So, dua hari dah aku bekerja bermula semalam which is Friday. Oh, semalam juga perginya salah seorang dari pesakit aku ke Rahmatullah. Kematian yang teramat dicemburui sebab dia meninggal pada hari Jumaat dan pada bulan yang mulia iaitu Syawal.

Juga kematian seorang imam di Kedah semasa memberi khutbah Jumaat di mana beliau rebah ketika berdiri di mimbar sambil membaca teks khutbah. Ternyata kematiannya amat dimahukan oleh setiap mukmin iaitu mati dalam husnul khatimah. Semoga roh kedua-dua insan ini berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Kerja as usual. Sibuk. Jammed jalan pula sudah semestinya menjadi makanan ruji para perantau termasuk aku masa nak datang ke tempat kerja dari rumah. Malah kesesakan itu bermula sebelum raya lagi. Kemalangan pun banyak. Mengantuk barang kali, laju atau cuai. Stay safe and drive safe. Pesanan penaja. Heh.

Driven force aku untuk menaip blog nie as usual.. listen to HUJAN's songs. Nostalgic dan easy to listen. Taste aku kot indie nie. Flow idea mencurah lepas dengar lagu. Apa yang tak terkata akan diluah. 


Me?

- Semalam baru lepas buat pembersihan, bersihkan rumah. Kemas yang mana patut. Start trimming janggut ngan jambang, misai. Nampak kemas la sikit dari serabai.

- Berat? Kejap. 120.9 kg, entah bila nak turun. Hahaha..
- Future planning? For now simpan duit untuk bayar roadtax. Kah kah kah.. and buat saving kecil-kecilan. Maybe stand-by beli phone baru bila Huawei kesayangan aku tak boleh pakai dek kesan dari Trump durjana. Curse you abang rambut perang.
- Someone in life? For now my family is my everything.


Achievement Binge Watch,
- The Blacklist/The Flash - Tunggu season baru.
- Radiation House (J-Dorama)
- Us - Done. Buat aku teringin nak tengok Get Out. Nak complete Duology karya Jordan Peele.


Ok. Dah meraban banyak dah nie. Ingat nak taip sikit je, sekali dah tertulis satu chapter lak. Kah kah kah.. Man, I can really make a novel if I continue like this right?

Assalamualaikum.

Sunday, 12 May 2019

Ramadhaaaaan... Ramadhaaaaan..

Assalamualaikum.

Kalau nak diikutkan hasrat di hati ini, aku nak post blog. Pada masa yang sama jugalah datang kemalasan aku untuk menerbitkan idea-idea yang dulu berlambak, sekarang ilek. Hahaha...

So, jangan marah aku kalau post a bit pendek today. Just sayin'. Hehe..


It's the month of Ramadhan peeps! well, not the first. It's 7th Ramadhan. Aku mula bekerja setelah dua hari bercuti, berpuasa di rumah alongside my families. Letih dah menjadi kebiasaan, even now. Nie tengah lapar bantal sebab aku dah menguap lebih 5 kali. Hahaha.. Kerja pun ada banyak tertangguh. Chart aku tak buat lagi, borang blood taking pun.

Procrastinate je kejenye.


Cuaca lak kadang kala sejuk kadang panas. Gua Musang alhamdulillah dalam duk panas tue ada juga episod hujannya. Tambah bulan Ramadhan, dugaan nie menjadi kebiasaan, rutin aku. Untung sebab work place ada air cond je. Syukur amat. Aku kurang berat badan dalam bulan puasa nie. Makan pun tak banyak, unless duk rumah.

Kat bazaar pun aku banyak beli lauk untuk sahur. Whether ayam golek separuh or murtabak. Nasi-nasi aku tak beli sebab aku berbuka ramai-ramai dengan jemaah surau. Air makanan semua dah sedia. So, dari segi perbelanjaan tue aku dikira dah jimat amat dah. Plus bazaar kat sini tak banyak makanan menarik. Hehehe..


Dah... Aku sambung lepas nie. Lelap kejap. Hehehe..

-Updated on 8/6/2019 (sebab dah terlebih rajin nak menaip. Hahaha..)

And almost forget. Beyblade was a thing nowdays. Adik aku ada banyak Beyblade. Ada yang dia beli online, ada yang dia beli masa pergi bazar. Dengan aku-aku pun terjebak beli. Kah kah kah.. Kekok gila nak beli. Sebab mata bersinar berkenan tapi alasan masa nak beli tue..

'Erm adik nak nie.. duk mintak beli.. Kah kah kah..'


Harap pakcik jual tue fahamlah. Hahaha.. at least better dari aku habis beli mercun. Right?



Sunday, 21 April 2019

Selamat Menyambut Nisfu Sya'ban.

Bismillahi rahmani rahim.. It's 21 April 2019. Around 3:40 pm. Just me chill in my work place waiting for punch my card out. With a new laptop of course! Hahahaha..

Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah aku berleter bukan main sebab xder laptop nak update blog, aku akhirnya gunakan duit simpanan aku untuk beli laptop 2nd hand. Which is quite ok, design pun ergonomic dan cantik. So far ok. Yang kurangnya maybe dari soket HDMI which there isn't one. 


It cost me around Rm 1.2 k. HP Ultrabook with Core i5. Quite laju even for a 2015 laptop. Alhamdulillah sangat sebab dah ada laptop nie. Laptop aku bagi kat adik aku. Cuma rancangnya nak repair balik laptop Acer V5 aku tue. Maybe problem pada board ke atau microchip. InsyaAllah bila aku dah simpan slow-slow.

Lain-lain ok. Boleh digunakan dengan baik. Speaker slow sket. Oh well. Ada headphone pinjam courtesy of my lil bro, Habib (thanks bro!)

Dah hampir masuk hujung bulan April dan hari ini juga adalah Hari Nisfu Sya'ban. Aku masih lagi bertahan, berpuasa pada hari ini setelah bersahur McD pada pukul 4.00 pagi. Rabak jugak masuk kerja hari ini, akhirnya bila dah habis pesakit aku rasa lega sikit. Petang nie aku tak plan lagi nak berbuka kat mana.

Semalam lak aku baca Yassin tiga kali bagi menyambut malam Nisfu Sya'ban, dengar tazkirah mengenai mengubah diri menjadi lebih baik dan jauh dari dosa-dosa sama ada kecil atau besar. I'm struggling to fight the bad and also to enable doing the good things as seldom as I can. Jadi doakan aku ya teman-teman. 


Diri nie tak kuat dalam melawan nafsu dan godaan Syaitan. 

Yawning dari tadi lagi, maybe kurang gula dalam badan? Bagusnya puasa perut aku tak la meragam seperti mana hari biasa. Kekal kosong dan makanan yang makan masa sahur akan di'digest'  sempurna, Hahaha..

Maybe Gua Musang i supposed? Hahaha...

Tengok dulu macam mana kalau larat. Kalau tak memang aku beli depan Markas Pas dekat rumah aku jer. Honestly sini makanan boleh la. Sedap tue tak. Edible. Hahaha..
Akan mula merindui masakan ibunda. Huhuhu..

Ok, done celoteh. Next post about Ouroboros. Hahahaha..


p/s : Masih membiasakan diri dengan tidak menyentuh skrin untuk skrol dan klik. Hahahaha.. (laptop lama aku touchscreen..)

Tuesday, 2 April 2019

Marching Out With Roughness..

Assalamualaikum.

A bit tired for today and yesterday. Kerja tanpa berhenti. Rehat tak cukup. Lots of work that needed to be settle. Hari nie pun baru balik dari hospital, ambil barang-barang indent like ubat-ubatan, blood tube specimen and etc. The list of chores are on going but I'll try to settle it one by one. Semalam lak habis kerja almost 10 malam dari pukul 7.00 pagi sebab maintenance mesin RO.

All in the days work for a AMO. Heh.

Kadang tue penat dan letih ditambah dengan stress buat diri tak terurus sampai kusut pemikiran. Even now, aku paksa diri untuk taip post nie walaupun again, aku tak der idea sangat nak taip pasal apa. Tapi sememangnya bulan Mac amat memenatkan. Panas dan kering kontang ditambah dengan cuti yang hanya pada hari Jumaat sahaja. Kursus yang non-stop.


Bulan Mac juga menyaksikan kadar peningkatan pesakit dialisis yang ramei. Yang ada IJC lak makin bertambah. Maka berpeluh ketibas aku kerja. Syukur.. Alhamdulillah sebab ada staf yang memahami, membantu aku sama-sama dalam kerja. Yang lebih rajin dan alert dari aku. Bantuan dan jasa mereka amatlah aku hargai sesangat. 

Timing lak sememangnya nice sesangat sebab dapat je gaji, aku kena bayar balik duit COLA sebab pihak PKD yang aku kerja sebelum nie tak selesaikan lagi urusan maklumat aku, fail kerja dan gaji untuk ditukarkan ke Kelantan. Maksudnya selama aku kerja, Perak masih bayar gaji aku walhal gaji aku sepatutnya berbeza di sini. Perbezaan dari duit COLA around RM100 and mereka still bayar gaji aku for 8 months.

Someone lak dapat berpindah tempat kerja, dekat dengan keluarga. Untunglah. Hahaha.. hope that someone bekerja dengan baik. Maaf tak sempat nak ambil key-chain dari awk. Kalau ada masa saya singgah ambil. Hahaha..

Maka bayarlah kembali duit lebihan tersebut secara lump sum dari gaji den. Agak kering aku bulan nie. Hahahaha.. luckily ada duit simpanan. Bukan suatu yang seronok pun kalau guna duit simpanan. This is emergency. So I need to use it if duit bulan nie tak cukup.

Yet aku habiskan masa kat bandar tadi makan KFC. Hahahaha.. money management la sangat. Alahai. Temptation. Tak makan apa selain telur rebus dua biji jer dari pagi tadi, So, melantak la tengah harinya. = P


Ok, done kot celoteh. Habis semua benda aku share kat sini. 'Conclusion'nya.. time and money management is important untuk mengelakkan diri dari menjadi letih dan rugi seperti aku. Simpan semampu mungkin, urus masa sepenuhnya dengan bahagikan masa lapang yang banyak dengan kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Balance between duniya dan akhirah which I always felt hard to do but seldom to try. Cuba semampu mungkin. Hidup dengan niat mencari rahmat dan keredhaan Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. InsyaAllah. 


Tata.

Tuesday, 19 March 2019

Joi Oren.. Joi Epal.. Manggis dan Jambu Batu..

Udoh sampei!!
Assalamualaikum.. 
Bertemu lagi kita dalam post terbaru oleh brader dressar cabuk. Hahaha..

Hari nie kerja alhamdulillah, ok. Staf pun kerja setelah bercuti lama. 2 minggu lepas aku 'bercuti' sebab berkursus tanpa henti. Kursus inovasi la.. hadir conference la. Sibuk sangat dengan urusan kerja. So, bila dah kembali kerja nie pancit sket. Banyak kerja yang baru je selesai hari nie.

Salah satu darinya adalah National Conference For Assistant Medical Officer di Kolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKB) bertempat di Tanjung Rambutan, Perak. Kira balik tempat lama untuk refresh diri selain dapat input-input berkenaan Pengurusan Bencana. PPP dari seluruh Malaysia berkampung di sini untuk mendengar talk dan sama-sama meraikan Hari Penolong Pegawai Perubatan yang jatuh pada 10 Mac.


Satu pengalaman drive yang amat mendebarkan sebab jalan ke Simpang Pulai dari Gua Musang banyak bonggol dan tak rata. Kiranya kalau kau drive laju boleh melambung bhai. Hahaha.. Tapi estimated jam kalau lalu jalan tue memang pendek. 2 jam 30 minit to be exact. Kiranya kali pertama la aku pergi Lojing, Cameron Highland sendirian. Mengucap panjang jugak sebab tak pernah sampai. Tapi Alhamdulillah.. pengalaman baru.

Smart tak abang? Hahaha..
Conference yang aku hadir nie fokus kepada pengurusan bencana peringkat besar, seperti kebakaran kilang atau bencana yang melibatkan mangsa yang banyak serta penglibatan pelbagai badan-badan beruniform seperti bomba, polis dan SAR (Search And Rescue). Setiap sesi taklimat serta drill yang dibuat sememangnya bagus. Satu ilmu yang baru untuk dikongsi bersama para paramedik seperti aku.

Sambil-sambil dengar talk, sambil kenal PPP dari seluruh negeri, jumpa kawan-kawan lama sepengajian yang bekerja di merata tempat. Aku curi peluang untuk jumpa staf lama aku di Kuala Kangsar dan Sg Siput. Rindu deme beb biarpun baru 9 bulan aku pindah. Ada bamyak perubahan. Staf keluar masuk. Pengurusan baru. Member serumah aku pun dah kahwin, buat pos basik di KSKB Ulu Kinta. 


Jalan ke Amanjaya pun dah semakin besar, makin lancar. Diorang kata bersempena Sukma di Perak pada 2018 yang lepas. Jumpa member kerja di KSM Sg Siput terutamanya. Benda pertama aku buat? Of course melantak la. Makan kedai mamak dengan member sekerja baik aku. Lama dah tak merasa Papadom ngan Nasi Kandar. Kedai baru bukak lak. Memang sedap. Hehehe..


Kereta aku pun dapat hadiah gak selain dari kekotoran iaitu kemek pada bumper bawah. Terlanggar simen bulat masa aku nak park kereta kat klinik. Tak nampak sangat tapi jaring plastik kat bumper hancur. Memang nak tinggalkan memori kat situ la jawabnya. Hahaha.. Aku sampai awal jadi aku luang masa dengan member aku tengok wayang. Captain Marvel la. Apa lagi. Hahaha..

Selesai semua program aku balik dalam 2.00 petang lalu jalan yang sama. Only this time tak merasa jauh sangat. Rasa dekat jer. Yup. I'm getting used to this road. InsyaAllah, next time leh la nak pergi Ipoh kalau bosan-bosan. Kah kah kah..

OK. Done. Hahaha. Thanks for reading.


p/s : M.A Nayan pun datang wei. Hahaha..

Saturday, 16 March 2019

Syuhada Di Bumi Christchurch

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Selamat petang yang panas dari bumi Allah, Kelantan. Kering panas disulami dengan kesedihan apabila mendengar berita bahawa seramai 49 orang terbunuh. Jemaah lainnya cedera dalam serangan tembakan rambang kumpulan pengganas di Christchurch, New Zealand. Kejadian berlaku ketika mereka sedang mendirikan Solat Jumaat pada jam 1:40 petang waktu tempatan.

Luluh hati aku bila mendengar berita ini. Keganasan yang sememangnya berpunca dari Islamophobia yang sudah lama bertapak di segenap pelusuk dunia. Islam dimomokkan sebagai pendatang dan pengganas dan akhirnya mereka bertindak dengan keganasan untuk menghapuskan mereka yang berstatus muslim. Ia menjadi satu trauma yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kini.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kepada keganasan insiden tembakan rambang pada Jumaat (semalam). Walaupun mereka stabil, ada darinya trauma dan cedera teruk akibat tembakan peluru yang rambang dan berita melaporkan mereka di hospital untuk membuang serpihan peluru kesan tembakan tersebut.

Bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan roh para syuhada di Christchurch agar diampunkan Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

Wednesday, 27 February 2019

Feb-Worry Me..

Cold compression 20 minutes every 2 hour

Having a headache today.. While spending my time organize stuff and work. Hectic month indeed for February as I, now having a chance to update about what's goin' on here. 

Trust me, a poor time management is to blame for. And my laziness. Hahaha..

Assalamualaikum.

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik, sihat walafiat dari segi lahiriah, rohaniah dan jasmani. I'm fine. Sikit sakit kepala. Hari nie sibuk sikit sebab pesakit dialisis sampai petang, ada penambahan bilangan pesakit dalam bulan Februari nie. 3 orang pesakit baru. Jadi kena siapkan dokumen dan ajar sikit sebanyak mengenai dialisis dan rutin harian mereka. 

My 5th bro hari nie baru selesai menjalankan pembedahan tulang pada kawasan talus kanan yang patah akibat kemalangan baru-baru nie. Hari Khamis lepas. 

So aku ambil cuti untuk jaga adik aku kat hospital. Sambil buat demahan ais kat kawasan kaki dia yang bengkak. Teruk juga bila aku tengok X-ray kaki ngan CT Scan dia. Patah banyak. Doktor suggest screw kat kawasan patah. See how it goes.

Patah kat tulang talus. Lain-lain tak ada apa-apa. Cuma tulang yang patah tue dekat dengan saluran darah. Doktor kata berkemungkinan tulang tak dapat diselamatkan. Something like that. Aku jujur sedih sebab benda nie terjadi kepada adik aku. 

Tapi itulah Qada' Qadar Allah. Allah dah tentukan. Aku terima dengan redha ujian yang dihadapi oleh adik aku, Hopefully he will be healthy and fine. And back to work as usual. For now kena banyak berehat dan chill kat rumah. Just finish VC him. He's fine and under epidural sedation. Tak sabar nak jumpa balik nie. Hahaha..

Oh lupa, sekarang aku kat klinik update blog aku. Member aku kursus so kalau balik pun dia takder. Boring. Hahaha.. Laptop aku bagi kat adik perempuan aku untuk kerja. It's okay. Jarang pakai da sekarang. But blog aku tak boleh tinggal. Sebab banyak aku taip pasal kerja, pasal pengalaman dan etc etc. At least kalau dah lama sangat aku xbukak blog, bila ada masa lapang baca balik post lama.. aku akan gelak sorang. Knowing that I have time to spend for typing this.

Bulan Mac pun rasanya aku bakal sibuk. Dengan KiK dan juga National Medical Assistant Conference 2019 di Ulu Kinta, Perak. Guess I visit my old work place huh? Ah, the old days. Hahaha.. Other than than, LHDN aku tak selesai lagi nak register e-filling, starting to collect Converge Series of Kamen Rider (aku starting dengan KR Eternal, on the way KR Kabuto..)

Currently binge watch Kagi No Kaketta Heya dan KR Zio with Tokusatsu Gagaga. Lain-lain rasanya sama kot. Same old me. Management masa, duit dan makan memang sama. Berharap agar berubah. Sama juga dengan berat badan. Hahaha..

Ok, done la celoteh. Ada masa aku share lagi. 

Peace out.

Tuesday, 15 January 2019

Siberia Cold Temperature


Second post ek? Dahsyat bila aku post blog. Sampai dua post dalam sehari. Keh keh keh..

Assalamualaikum. A very warm Tuesday. And sometimes rain, depending on the weather. Hujan sekejap, panas sekejap. Alhamdulillah in every single thing that He creates. Mungkin aku je yang tak perasan dan kurang bersyukur. Astaghfirullah.

Pinjam kereta adik sekejap untuk seminggu nie. Saja nak try bawa untuk long distances. Nak tambahkan millage sebab tak banyak. Kalau dapat kat aku memang on the spot naik 500km dalam seminggu. Hahaha..

Perks of driving long distance.. the millage will be more than usual.. = D

This month has been quite non productive to a little active over than usual. Kerja seperti biasa, working with patients and with patience, never ending passion (ahaks.. hahaha..). Cuti bulan nie seperti biasa. Mostly Sabtu aku kerja dan staf aku pun kurang sorang sebab bersalin.



InsyaAllah semoga segalanya baik. 

Abah baru lepas elok dari kemalangan. A few bruises and chest pain. Aku kena ambil ubat tahan sakit abah hari Khamis nanti kat klinik memandangkan ubat dah habis.

 Suami kepada anak sedara dia tak berapa ok. Muka bengkak dan ada sikit concussion. Mujur tak ada apa-apa kepatahan atau kecederaan yang serius. 

Motor datang dari arah kiri masa abah baru lintas jalan dengan motor. Katanya motor Abah dah lintas separuh jalan, tiba-tiba motor meluru langgar tepi. Katanya yang pandu motor tue pun teruk juga. 


Baru je abah siap repair motor tue. Harap lepas nie kurang kejadian kemalangan dalam keluarga. Boleh kata famili aku hampir semua pernah kemalangan. Motor dan kereta. It wasn't pleasant at all. Cuma boleh berdoa agar kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga dijaga oleh Allah. Dalam pada diri berusaha juga untuk elak.


Terlebih masa lak nak punch kad. Hahaha... currently kat klinik sambil tunggu nak punch out. Sejuk sebab ada air conditioner. Baru aku boleh update blog dengan sepuasnya. Hahaha..

Currently aku tengok drama Jepun 99.9 Criminal Lawyer lakonan Matsumoto Jun. Best dan tak heavy macam previous drama yang aku habiskan. Unnatural pun sugoih! Sempoi mempoi cerita pasal forensik patologi. Aku pun kerap tido awal sekarang. Jarang tido lambat. What else?




Lately nothing interesting goin on with my life. Apparently. Just a normal day working and spending most of my time at home. Nothing else. Hahaha.. boring kan?

Mungkin kalau kahwin nanti kisahnya lebih enjoyable and interesting. Hahaha.. 
Ok done celoteh. Time to pack my things and go home. I mean my rented home. Hahaha..

adiue..


Tanjoubi Omedettou!!

Assalamualaikum. A very warm and sweaty evening today. It's already 5 days past New Year, which is 2019. Yesterday was my birthday, so Tanjoubi Omedetou!! Kali pertama sambut di rumah dengan famili secara sederhana. I am thankful for all the wishes from my family and friends especially for those who are remembered (sebab aku sorok tarikh lahir aku kat FB.. Hehehe..). Maybe nak tahu siapa yang ingat atau dah lali dengan ucapan sebab FB yang inform. Which wasn't pleasing to me.

A rocky start for me in this early January. Lots of things to be planned, works to be done and especially to find ways to ease the stress of everyday's routine. Belum dikira dengan serabut minda memikirkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Rasanya tak la besar mana masalah but mungkin diri aku je yang merasakan segala urusan itu besar. Risau kalau terlupa dan etc etc. Exhausted as well.

Aku perlukan azam yang aku boleh capai dalam jangka masa cepat dan azam itu haruslah munasabah. It is important since mom asked me about my 2019 resolution which I answered 'dunno and afraid to do'. Tetapkan azam yang mudah dan insyaAllah aku akan usahakan sebaiknya. So what's my resolution? Hmmm.. It is to be active and less on eating. Always pray early and berjemaah. Always zikir kepadaNya. It's just the same as my previous aim.

Aku akan gilap betul-betul aim nie agar aku tak lagi rasa down mahupun rasa unproductive. Menaip blog nie juga tanda aku produktif walaupun sengguk dan panas ditambah dengan perut yang sarat kedepan. Not to mention kekadang rasa down teramat. For no reason. Maybe kena cari pasangan dah nie. Which actually one of my resolution for me. Aish, tadi rasa macam ada banyak je nak cakap. Hahaha..


Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...