Saturday 16 March 2019

Syuhada Di Bumi Christchurch

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Selamat petang yang panas dari bumi Allah, Kelantan. Kering panas disulami dengan kesedihan apabila mendengar berita bahawa seramai 49 orang terbunuh. Jemaah lainnya cedera dalam serangan tembakan rambang kumpulan pengganas di Christchurch, New Zealand. Kejadian berlaku ketika mereka sedang mendirikan Solat Jumaat pada jam 1:40 petang waktu tempatan.

Luluh hati aku bila mendengar berita ini. Keganasan yang sememangnya berpunca dari Islamophobia yang sudah lama bertapak di segenap pelusuk dunia. Islam dimomokkan sebagai pendatang dan pengganas dan akhirnya mereka bertindak dengan keganasan untuk menghapuskan mereka yang berstatus muslim. Ia menjadi satu trauma yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kini.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kepada keganasan insiden tembakan rambang pada Jumaat (semalam). Walaupun mereka stabil, ada darinya trauma dan cedera teruk akibat tembakan peluru yang rambang dan berita melaporkan mereka di hospital untuk membuang serpihan peluru kesan tembakan tersebut.

Bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan roh para syuhada di Christchurch agar diampunkan Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...