Assalamualaikum. Selamat petang. Jam menunjukkan 4.34 pm. Hari Khamis, 29 Ramadhan 1439 H dan 14 Jun 2018. Hari terakhir berpuasa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ramadhan pergi berlalu meninggalkan kita. Adakah aku beroleh manfaat dan hikmah dari Ramadhan tahun ini? Adakah perubahan pada Ramadhan ini dapat aku lanjutkan hingga ke bulan-bulan berikutnya?
Aku pun tidak pasti. Yang pastinya iman aku sememangnya rapuh serapuhnya pada bulan ini. Seharusnya aku mempertingkatkan ibadah pada bulan maghfirah ini. Namun apa yang aku beroleh adalah penat dan lapar serta turunnya berat badan.
Sesungguhnya terasa diri ini teramat teruk. Allah sahaja tahu betapa kurangnya aku mempertingkatkan ibadah kepadaNya.
Moga aku diberi kesempatan lagi untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan aku bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah setiap detik dan saat aku bernafas, selagi mana diri masih menghirup udara pemberian Allah.
Aku sentiasa berusaha. Doakan istiqamah anak muda ini. Amin.
Selamat tinggal Ramadhan yang ku kasihi dan cintai. Semoga bertemu atas keizinan Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Eira Mee Rebus Setambung
Masa settle ambil kes dari Hospital Bachok. Aku takut sangat yang aku bakal stop menaip lepas dah habis idea. Atau aku takut nak share apa y...
-
Ramadhan Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Assalamualaikum. Apa khabar diri yang membaca? Aku harap diri yang membaca berada dalam keadaa...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah.. Selesai solat Maghrib dan mandi. Aku dan isteri berehat santai di rumah setelah penat bekerja seharian, ber...
-
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
No comments:
Post a Comment