Wednesday 4 October 2017

The 122 Kilometre Journey

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Loceng sudah berbunyi di sebelah menandakan masuknya waktu sembahyang jiran aku yang beragama Hindu. Jam dah nak masuk pukul 7.00 malam. Sambil aku tunggu masuk waktu Maghrib di Sg Siput, aku habiskan baki masa yang ada untuk menaik. Ada dalam lebih kurang 9 minit lagi.
Kire sempat la aku habiskan satu dua perenggan sebelum masuk waktu.

Hari kedua aku praktikal di Hospital Taiping, dalam program aku. Pos Basik Pengurusan Diabetes. Berulang alik dari Sungai Siput ke Taiping. Tegar tak tegar aku cuba juga. Walaupun aku tahu agak penat dan mungkin kerugian dari sudut kewangan. Setakat nie aku tengok ok, cuma kena ada usaha bangun awal sikit untuk mandi dan bersiap sebelum masuk Subuh. Selesai solat Subuh aku terus naik kereta ke Taiping.

Agak sedikit sebanyak stress memandangkan bebanan tugas log book dan assignment, research lagi yang nak kena selesaikan serta case study bagi pesakit diabetes. Minggu nie aku di pusat sumber diabetes. Local Perceptor yang berpengalaman dan sempoi. Banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar untuk kami sebagai pelajar yang bakal menjadi Diabetic Educator atau D.E. Ianya lebih banyak kepada kaunseling dan tunjuk ajar kepada pesakit khususnya yang menghidap Diabetes Mellitus.

Jujur agak penat. Balik dari pemanduan 61 km (jumlah 122 km) ulang-alik sememangnya memenatkan. Aku tak dapat bayangkan macam mana mereka yang duduk jauh kerja dan hari-hari berulang alik dari Taiping ke Kuala Kangsar. Dengan perjalanan jauhnya, kewangannya dan sememangnya stress kerja kalau banyak yang nak diselesaikan. Sebab aku ada in-charged U32 yang selalu berulang alik dari Semanggol ke Kuala Kangsar untuk bekerja. Aku respect dia boleh tegar hari hari bawa kereta. =)

Ok, aku rasa cukup sampai ini sahaja. Nanti next post aku akan lebih rajin cerita tentang benda apa yang aku buat di Hospital Taiping dan cabaran-cabaran yang bakal aku hadapi sepanjang dua bulan aku kat sini. Setakat nie buku log masih kosong. InsyaAllah akan diisikan dengan kadar segera mengikut kerajinan diri. Hehehe.

P/S: Lain kali ingat diri supaya sentiasa simpan kunci dalam poket sebab nanti terkunci kereta dengan kunci kereta kat dalam. Menangis tak berlagu la diri.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...