Friday, 8 September 2017

Aloq Staq Baq Hang..

Assalamualaikum. Apa khabar diri dan yang membaca? Harap agar berada dalam keadaan sihat walafiat dan dalam rahmat Allah.

Dalam kasih sayang dan ingatan kepada Allah Yang Maha Esa. Moga tidak lalai sebagaimana biasa. InsyaAllah.

Manusia tidak akan berjaya berubah dan menjadi lebih kuat jika mereka tidak diuji bukan? Sama dengan aku dalam seminggu dua menjelang pendaftaran dan sesi seminggu kelas di Kolej Pembantu Perubatan Alor Star atau ILKKM Alor Star (Pembantu Perubatan). Kenal kawan baru, suasana baru serta cabaran dan dugaan baru untuk melepasi sijil pengkhususan aku dalam pos basik pengurusan diabetes.

Baru hari ini hampir selesai aku siapkan borang dan salinan sijil untuk dikepil bersama, simpanan untuk fail peribadi diri. Rambut sudah dipotong dan gambar passport juga sudah selesai diambil untuk tujuan kad matrik. Bermulalah kembali sesi pembelajaran aku sebagai pengajar diabetik atau 'diabetic educator' bagi sesi 2/2017. Lapor diri sudah di kolej pada 5/9 memandangkan 4/9 adalah hari cuti bersempena Sukan Sea Malaysia 2017 di mana Malaysia mencapai target emas melebihi 111.

Tahniah diucapkan Malaysia.

Apa yang dapat aku simpulkan dari pertanyaan kepada senior PPP dan mereka yang pernah buat pos basik adalah menjalani program ini memerlukan pengorbanan yang banyak. Pengorbanan masa bersama keluarga, kewangan dan pelbagai benda yang tak mampu aku ceritakan semua. Ada yang sambung pos basik tinggalkan anak dan isteri selama 6 bulan. Ada yang berjauhan dari ibu bapa. Ada yang teguh hati dan komited dalam kursus demi menghabiskan masa yang ada untuk menamatkan kursus.

Pelbagai emosi bercampur aduk, malah bagi aku sendiri. Lebih kepada stress dan serabut disebabkan banyak dokumentasi yang belum diselesaikan dengan segera. Check list perkara yang harus dibawa dan pengesahan itu dan ini. Sampai terkadang lari waktu makan aku kerana sibuk dengan program.
Belum dikira dengan pengajar yang agak strict dengan jadual dan pengajian. Buat diri teringat balik zaman kolej dulu. Masa buat diploma.

Bezanya sekarang dah kerja. Itu saja. Hahaha..

Alhamdulillah keluarga terutamanya mama dan abah banyak bagi sokongan dan galakan. Banyak kali juga aku telefon sebab stress dengan jadual serta penempatan. Kata mama ini baru sikit Allah uji. Belum teruk lagi. Belum mencabar lagi. Aku tahu sebab aku pernah alami perkara yang lebih dahsyat dari ini. InsyaAllah, aku gagahkan diri untuk teruskan pengajian pos basik ini. Berani menempuh cabaran yang Allah sediakan.

Tak lupa sokongan dan nasihat dari kawan-kawan serta senior dan rakan sekerja yang banyak bagi bantuan. Dari persiapan hingga ke pendaftaran. Sedikit sebanyak aku bersedia untuk teruskan perjalanan ini. Mereka yang buat pos basik dahulu lebih teruk dari aku. Malah yang buat pos basik dengan aku ada yang dah pernah buat ijazah dan sudah berusia.

Jadi apa alasan aku untuk menolak? Hehehe..

Thanks for reading


No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...