Tuesday, 7 November 2017

Dreadful Deadline Dilemmas

Assalamualaikum. Good evening for today. The weather is nice. Raining. Well, it is nice for me since it hasn't been raining for quite sometime. Monsoon season is upcoming for Malaysia. 

Yes, it is November people! Where wet and cold associated with laziness combines together. It's like a winter except for the snow. Rain pour heavily today at Taiping and at the hospital where I done my practical days.

Sedar tak sedar dah masuk bulan November. Banyak benda yang berlaku dalam bulan ini. 16 November aku kena pergi Hospital Sultanah Bahiyah untuk sambutan Hari Diabetes Sedunia. Esoknya (Jumaat) aku kena bekerja seperti biasa manakala yang duduk di Kedah seronok bercuti sakan memandangkan Jumaat hari kelepasan am.

Assignment tak payah cakaplah. Last minute pecut baru boleh nak kekalkan momentum submission. Belum dikira case study yang sepatutnya buat dari dulu lagi.

By the way, hari nie Selasa 7 November 2017.

Hari-hari aku duk fikir pasal assignment, even when it is holiday. Sebab jumlah submission tue banyak. 50 assignment prosidur dan 5 case study yang nak aku settlekan sebelum kembali ke kolej pada 28 November 2017. See how short the time is.  27 November last submission apa yang aku dah siap.

Then kembali pula kepada research di mana aku dah pun daftar NMR but belum proceed dengan apa-apa lagi. Belum lagi di'submit'kan kebenaran untuk research kepada ketua jabatan aku. Bila nak buat aku pun tak tahu. Alahai..

Maka aku habiskan waktu petang aku menyelesaikan setiap satu assignment dengan harapan boleh catch up dengan yang lain. Sebab aku baru submit beberapa je. Sedangkan yang lain dah masuk berpuluh. Ngeeee..

Blame kepada diri yang sememangnya malas dalam semua perkara. Suka sangat bertangguh kerja dari zaman sekolah lagi. Bezanya sekarang dah jadi bapak budak (although aku belum kahwin lagi..) Suka berlengah dan bazirkan masa dengan phone dan komputer lebih kepada assignment. Bila fikir balik alahai stressnya. Tapi dulu zaman student aku rasa lebih parah kot. Bezanya aku sekarang dah kerja. Sepatutnya tak tertekan mana.

Entah la.

Feedback aku selepas ini?

1. 
Solat dan hubungan dengan Allah kena jaga agar hidup Allah berkati. Ini duk sibuk dunia jer..
2. Jangan lagha sangat dengan telefon pintar dan laptop. Unless kerja. Yerp. Kerja.
3. Aku sekarang kuat tidur. Jadi kena kurangkan tidur. Kurangkan.. Zzz.. Zzz..
4. Makan dan perbelanjaan dah jauh menyimpang. Kena start simpan duit.
5. 
Cuba siapkan semampu mungkin assignment dalam masa sehari. Kejar masa dan jangan malas. Mak tak suka lelaki pemalas. Eh?

Aku rasa aku boleh list tapi adakah aku boleh buat? InsyaAllah. Doakan saya hamba hina ini. Huhuhu..

Thanks for reading...

No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...