Tuesday 12 July 2016

Raya Bujang Terlajak..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, diri masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas, dalam kesihatan yang baik dan juga dimurahkan rezqi dariNya. Amin. Hari Selasa, 7 Syawal 1437 H dalam pukul 10:54 pagi. Off day aku yang kedua. Dua hari bercuti dari Isnin lagi setelah bekerja hari Ahad lepas.

Syukur juga tahun ini dapa sambut raya dengan keluarga di kampung. Tahun lepas merupakan tahun yang agak kurang bernasib baik kerana beraya dalam keadaan sakit.

Alhamdulillah, tahun ini adik perempuan aku balik dari Bali untuk sambut puasa dan raya sekaligus. Jelas nampak kegembiraan dia pulang ke kampung, bantu mak dan ayah dalam buat persiapan raya tahun ini.

Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Sederhana tetapi meriah. Walaupun masih ada rasa sedih sebab ayah saudara pulang ke rahmatullah dulu. Raya jelas terasa kurang tanpa dia. Melayan karenah kami anak saudara yang tak sabar main bunga api dan mercun pada malam raya. Tolong memasak dan kemas rumah di malam raya sambil menyanyi lagu-lagu nostalgik raya.

Jujur sebenarnya aku sememangnya tak ambil berat hal baju seluar sepanjang aku hidup. Selagi seluar tue tak koyak teruk, masih boleh pakai biarpun lusuh warnanya, aku pakai. Jadi tak hairan la banyak yang merungut seluar aku makin pudar warna dan nipis kainnya. Jadi aku pun beli baju dan seluar untuk raya tahun nie. Banyak jugak la. Baru nak belajar beli baju seluar masa jualan murah.

Teruk anak teruna sorang nie. Huhuhu..

Raya tahun nie hampir semua rumah aku dapat pergi. Rumah kawan lama, sanak saudara sepupu sepapat. Malah majlis kahwin sepupu pun aku dapat pergi. Memang bersyukur sangat Allah beri peluang untuk erat silaturahim sambil isi perut dengan pelbagai juadah raya, sampai perut meragam dua tiga hari. Jaga hati tuan rumah. Hihi..

Duit raya aku beri kat budak-budak kecik memandangkan aku dah kerja. Jelas nampak seronok diorang bila dapat duit raya. Tahun nie raya sampai raya keempat. Sebab Ahad (raya ke-5) aku dah mula kerja kat Sg Siput. Jadi tengah hari dalam 1.40 petang aku gerak dari rumah naik kereta bertolak ke Perak.

Sememangnya sesak jalan penuh dengan kereta yang datang berayanya.. yang nak balik ke kampung dan yang nak kembali ke bandar untuk kerja pada hari Isnin. Dalam 7 jam jugak aku bersesak-sesak dari rumah aku ke Jeli. Sampai kat rumah dengan mata yang rabak dan badan yang letih pada pukul 12.00 pagi hari Ahad. Terbaik 'jem' hari tue.

Jadi, itu sedikit sebanyak raya aku tahun ini. Kepada mama dan abah, ku pohon ampun dan maaf andai anakmu ini ada menguriskan hati mama abah sepanjang abe hidup di muka bumi Allah. Redha mama dan abah adalah perkara yang abe mohon teramat agar dapat meneruskan kehidupan, beramal dan beribadah dalam mencari keberkatan.

Kepada yang mengenali diri ini, seribu kemaafan dipohon atas kesilapan sama ada yang tersurat atau tersirat. Saya maafkan segala kesilapan anda sepanjang anda mengenali saya. Mari kita sama-sama bermaaf-maafan di hari mulia ini. Serta puasa 6 Syawal jika berkemampuan. Hihi.. baru lengkap puasa Ramadhan dengan puasa 6.

Moga kita sama-sama berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...