Monday 20 March 2023

20/3/23 Bila Jari Dah Lama Tak Menaip..

Assalamualaikum. Selamat petang a.k.a dah masuk malam dah (sebab kalau wish selamat malam maknanya nak tidur) Hahaha..

Apa khabar semuanya? It's been a while as usual. Lama juga aku tak menaip blog bercerita tentang isu semasa dan terkini mengenai diri ini. Acewah. Well, malam nie aku cadangnya nak isi mileage dalam sistem HRMiS but apparently website tersebut teramatlah slow dan tak boleh nak access. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab ramai yang buka site nie. 

Malas lak nak buat kalau dah macam nie. Haish. Risau nanti aku tak ingat. Oh well.

Seperti yang tertera di blog, hari ini Isnin, 20 Mac 2023. Semalam birthday adik lelaki aku. So, happy birthday Abe Chik! Wife aku lak hari ini tak berapa sihat. Letih dan ada muntah-muntah sikit, penangan sakit kepala migrainenya. Get well soon Sayang. I love you. Huhuhu.. (gedik sangat aih..). Also hari ini masuknya 27 Sya'ban bermaksud tinggal 2-3 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah. 

Aku nak masuk setahun dah bekerja di klinik mata. Bertugas di sini banyak cabaran antaranya pesakit yang bagi aku teramat ramai. Nak handle pesakit untuk ikut flow klinik especially klinik berpakar sememangnya menguji kesabaran. Ada yang tak boleh sabar, ada yang marah-marah sebab lambat dan sebagainya. Klinik aku kadang boleh capai 200 lebih pesakit sehari. 

So aku banyak belajar bersabar dan gain new knowledge about penyakit berkaitan mata. Bermacam-macam. 

Written at 20/3/2023 @ 8:38 pm

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...