Wednesday 2 May 2018

Changes.

Hari nie panas dan petang mula mendung. Mungkin nak hujan. Atau mungkin hanya mendung seperti hari biasa. Yang penting aku tetap sama di rumah. Berehat dan bersiap siaga dengan apa-apa kebarangkalian. Minggu on-call. So get ready and standby.

Assalamualaikum.

Semestinya apabila aku mula buka post, aku akan mengantuk dan hilang rasa seronok nak bercerita. Maybe perlu ada sesuatu yang boleh merangsang stimulus aku untuk menaip dan berkongsi cerita, even though mungkin ianya adalah biasa. Hahaha..

Sekarang masuk musim berkempen dan hari nie pula adalah penamaan calon. Masa aku dalam perjalanan nak ke Kuala Kangsar, banyak jalan tutup. Bila balik sambung kerja kat klinik baru aku tahu yang hari ini adalah penamaan calon untuk PRU 14 nie. InsyaAllah aku bakal balik untuk mengundi pada 9 Mei ini. Doakan perjalanan aku selamat sampai.

Updated on 2 May 2018:

Yup, atas post 28 April 2018. Aku tak sempat nak update sebab lepas je aku nak siapkan post tue, banyak kes aku kena attend. Kebanyakkannya kes body weakness dan sometimes hyperglycemia. Lain-lain kes minor yang boleh aku attend dengan baik. Masuk bekerja kembali setelah semalam berehat. Cuti Hari Buruh pertama aku setelah selama ini bekerja pada 1 Mei setiap tahun.

Walaupun boleh claim, cuti itu sangat bermakna. Hahaha..

Aku banyak habiskan kat rumah. Baring-baring sambil selesaikan game Assasin Creed Syndicate aku yang tak settle lagi. Drama BG Bodyguard pun tinggal episode last, lakonan Kimura Takuya iaitu salah satu pelakon yang versatile bagi aku. Habiskan masa update manga. Kejutan demi kejutan dalam One Piece. Hehehe.. Sendiri baca yer.

Other than that, work and life is okay I guess. Aku stop mencari calon sekarang. Fokus kerja dan simpan duit. Planning kewangan sebagus mungkin dan memperbaiki diri. Sesunggguhnya diri ini berada dalam keadaan rohani yang sangat teruk. So, I need to escape my busy life and find Allah. Kembali kepada Sang Pencipta.


Setiap hari berdetik, namun dugaan syaitan itu kuat dan membinasakan diri aku. Setiap hari berjuang melawan nafsu syahwat dan juga amarah. Menahan diri dari berkata sia-sia dan diam sekiranya ingin melafazkan perkara yang sememangnya memusnahkan diri dan perhubungan.

Aku rasa aku kena perbaiki diri aku dahulu sebelum aku nak mencari someone. Sebab guidance adalah dari aku. Aku tak percaya kalau kahwin boleh berubah sebab diri ini kena asah untuk menjadi bertanggungjawab. Sekiranya aku masih gagal merubah diri, macam mana aku nak jadi pemimpin kepada keluarga?

Yup. I think I need to change ASAP. For the better. I hope. 

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...