Sunday 4 June 2017

Ramadhan Tiba! Ramadhan Tiba! Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum. Yup, its off day. You know what's comin'.

A NEW POST! Yiehaa!!

Selamat pagi semua. For those who read this at noon or evening, well GOOD DAY! Apa khabar? Moga hari ini indah dan ceria hendaknya. Start it off with a good vibe. InsyaAllah. Semuanya akan selesai dengan tenang dan mudah.

Sedar tak sedar dah masuk June and most importantly dah masuk bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang mulia dalam taqwim hijrah. Bermakna bermulalah sesi berpuasa bagi umat Islam di seluruh dunia dari awal sahur pagi hingga berbukanya pada maghrib. That depends on which state you're livin'. Hehehe.. untuk Malaysia, 14 jam berpuasa. Hehe..

Kerja macam biasa cuma burden semakin kurang, memandangkan habis kerja pukul 6.00 petang. Hanya pada bulan Ramadhan sahaja, untuk memudahkan staf mengerjakan solat terawikh pada malamnya. Pesakit pun tak seramai biasa memandangkan kebetulan cuti sekolah bagi budak-budak selama 2 minggu.

Jadi, mereka merasa gembira nan seronok sebab dapat berpuasa dengan rehat dan tenang. Hihihi..

Aku pun untuk setakat nie solat terawikh dan ibadah lain dapat berjalan dengan tenang. Amin. Pak-pak syaithon semua dah diikat untuk satu bulan nie. Aku akan ambil peluang sebaiknya untuk memperbaiki apa yang kurang. Dari sudut amalan dan menghindarkan diri dari lagha dan dosa. Bak kata ustaz, jadikan Ramadhan itu sebagai madrasah ibadah untuk latih diri menjadi baik.

Alhamdulillah tak terhingga atas nikmat Allah atas segala pemberiannya. Ika akhirnya balik ke kampung, my lovely sis. She's struggling with her exams and examiner. Barakah doa ibu dan Ramadhan barang kali, Allah permudahkan examnya. InsyaAllah minggu depan balik. Seriously can't wait.

Oh, for you info, I always accompanied with songs when I type my post. Now I'm listening compilation of my favourite indie band, Hujan. Mengimbau kembali kenangan masa sekolah menengah dan matrikulasi. Membantu aku post dengan lebih lancar dan idea juga dapat dicurahkan dengan lancar.

I eat less now. Aku tak kata aku kurus mendadak, tapi kalau berpuasa sememangnya perubahan ketara dapat dilihat. Perut makin kempis dan badan rasa ringan. Nak berbuka tue pun tak macam dulu, bukan membalun makan semuanya. Kadang beli sikit pun rasa membazir, so sekarang aku kurangkan beli makanan bazar. Just yang perlu sahaja.

Faham-faham la makanan bazar Ramadhan mahal. Aku tak salahkan peniaga. Bahan diorang beli pun makin naik harga macam tepung, minyak, beras and etc. Kalau ada yang murah, boleh je beli yang murah. Kan?

Ramadhan for those who know me is my favourite time of the month. Barakah dan penuh ketenangan. Penuh dengan hikmah dan pengajaran. Aku banyak pengalaman masa bulan keredhaan ini, mostly is really magical. Doa mudah dimakbulkan, solat dengan ibadah dengan hati lapang tanpa ada godaan. Masa nie lah kau nak dekatkan diri dengan Allah.

Untuk merasai nikmat Ramadhan itu perlukan pengorbanan dan perlukan pengabdian diri, berserah kepada hanya Yang Esa. Aku pun susah nak describe tapi konsepnya merendahkan diri pada Allah dalam tiap ibadah yang kita lakukan. Jangan selitkan bangga atau takabur. Memohon keampunan atas segala dosa yang telah kita lakukan.

InsyaAllah, usaha untuk jadi baik pada bulan baik ini.

Thanks for reading. See ya!

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...