I do take effort when type.. but it wasn't on regular basis.. haha..
Since that effort and energy were wasted on working all day at clinic, clerk and checking patient non-stop. As the clinic closed, so does my eyes. Shuts down to rest after all days of stress and never-ending think. So, when will i update my new post?
Who knows.. = D
Semenjak dua menjak tiga menjak ini diri teramat sibuk dengan kerja hakiki sampaikan ukhrawi dah semakin kurang. Ish.. ish.. ish..
Mana tak nya.. dalam bulan ini saja banyak cuti aku buat OT. Untuk simpan balik duit yang aku dah guna untuk berbelanja. Gaji masuk awal tapi aku tak keluarkan pun lagi.
Aku afdhalkan transfer dulu duit kat famili. InsyaAllah bil-bil nanti bakal menyusul.
Point hari ini - Jangan sibukkan diri sentiasa dengan dunia!
Khasnya bagi diri aku. Kalau korang nak terasa pun dipersilakan. Please have a seat, cried out loud and rise up to stand against all odds. Cewah! Kualiti solat aku semakin merosot. Solat sepatutnya satu waktu di mana kita dengan Allah, berdoa dan memohon keampunan, dikabulkan segala permintaan dan penghindaran dari azab api neraka atas dosa-dosa yang dilakukan.
Tapi sejak kebelakangan ini aku solat rasanya terlalu cepat. Tiada nikmat solat seperti dulu. Tiadanya ke'khusyuk'an yang boleh menenangkan diri setelah selesai solat. Hingga sampai satu tahap mungkin hilang rasa takut dengan Allah. Nauzubillah. Kerja sememangnya penting tapi agama adalah terpenting. Ia adalah pasak kepada apa yang kita pegang selama ini.
So, I would try my best tomorrow to ease with my solah. InsyaAllah. Tak payah nak duk kalut sangat kerja atau nak keluaq hang out dengan kawan, spending quality time lah konon dengan yang lain sedangkan quality time itu patut bersama Yang Maha Pencipta, Penyayang. Jadi, sisihkan sekejap rasa attached dengan duniawi ukhrawi tue dan mula mencari nikmat solah dan ibadah.
Phone adalah objek yang benar-benar melalaikan manusia tak kira masa. There's good and also there are tons of bad.
The good thing having a phone :
- Alarm bangun tido
- Alert time solat
- Al-Quran boleh baca bila-bila masa
- Keep update dengan berita melalui FB
Laghanya phone?
- Masa bazir ngadap Youtube memanjang
- Banyak sangat dedah sana sini, even bila kita dah fully aware nak elak
- Terlalu occupied diri sampaikan kerja lain tak jalan..
- Fitnah banyak dari sebaran berita..
Much-much more. Bergantung kepada kepenggunaan kita. Jadi aku nak kurangkan masa dengan telefon dan lebih masa siapkan kerja hakiki. Pentingnya fokus pada amalan dan kebaikkan yang boleh dilakukan setiap hari.
Celoteh panjang lak hari nie. Selalunya nak masuk paragraph seterusnya, idea dah kering. But then again ini adalah dari benak hati dan pemikiran diri. Hihihi..
Seperkara lagi aku perasan, aku mudah naik angin. Memang dalam bulan Januari nie pesakit terlalu ramai, sampaikan aku kadang pening kepala, sakit kepala. Tapi belum sampai ke tahap makan Panadol semata mata nak kurangkan sakit.
Ragam manusia macam-macam. Ada yang ok, ada yang tak faham dan ada yang egoistik. Diri nie pun egoistik juga. Tak boleh nak mengalah. Tapi sampai satu tahap tue malas nak layan. Layan terbaik dengan mask tertutup di muka. Better hide it than show it. Stress itu sementara. Hanya masa kerja. Bukan pada kehidupan. I have a better life yang telah dikurnia olehNya.
Apa yang boleh saya buat? Belajar bersabar dengan setiap apa yang saya hadapi. Tenang dan cuba jangan menjadikan amarah itu penyelesaian bagi setiap permasalahan. Self-control is a thing that needs to be train. For me, ia umpama belajar bertatih seperti bayi. Tidak mungkin akan terus berlari. Perlahan lahan ia menapakkan kaki ke atas tanah berjalan menghampiri destinasi..
Syukur dengan diri apa yang Allah dah kurniakan. Kesihatan yang baik, kewangan yang stabil serta hubungan baik antara famili dan sanak saudara. Belajarlah diri ini untuk menerima setiap pemberian Allah, dengan rasa mencukupi. Tidak mahu lebih. Sedikit sebanyak sifat zuhud itu sendiri akan bersemadi dalam diri. InsyaAllah..
There.. I add more than that for my self-motivation. InsyaAllah. Perlahan-lahan kayuh ke destinasi syurga Illahi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...
No comments:
Post a Comment