Monday, 24 August 2015

Car-tastrophe Week

Minggu ini adalah minggu penghabisan duit dan never ending mishaps. Satu-satu dugaan Allah bagi untuk diri ini. Untuk ingatkan kepada hambaNya yang tiap-tiap perkara yang berlaku di dunia, yang di alami adalah sebagai peringatan tentang dosa, kesalahan yang telah kita lakukan. Kafarah kepada dosa-dosa sama ada kita sedar atau tidak. You learn to be more humble and thankful after all that happen, which is by Qada' dan Qadar.
Oh Alignment..

Adalah menjadi kebiasaan kepada pengguna kereta 2nd hand ( atau bagi aku dah 4th-5th hand sebab dah banyak orang pakai kereta nie ) untuk menghabiskan wangnya membaiki setiap alatan, mesin dan bahagian yang rosak dalam enjin. Sama ada alternator, spark plug cable, tayar dan macam-macam lagi, apabila ditukar maka kenderaan akan berjalan dengan sangat lancar. Begitu jua dengan duit, sangat 'lancar' mengalir keluar.
Kereta aku dalam minggu nie banyak rosak. Sampai je dari Kelantan, foreman kata bateri rosak. Tukar bateri baru, kesnya kereta tak boleh start. Bateri dah habis cas. Then second time tak boleh start, tapi ada bunyi kipas. Check tengok alternator aku pulak rosak sedangkan aku baru tukar tahun lepas. Yes, dah kena tipu dengan foreman dulu, silap beli recon punya. Habis dalam RM350 untuk alternator baru.

Kemudian semalam aku baru balik dari Lumut, ziarah kawan sakit lepas kemalangan dan jumpa kawan, jalan-jalan sekitar Lumut dan Manjung. Pagi-pagi lagi kitorang dah disapa dengan flat tire belah depan, kiri. Mujurlah kawan aku ada, kami tukar dengan tayar spare which in fact already tak ada angin. Fuh! Dugaan satu demi satu. Gerak la slow-slow aku ke stesen minyak untuk isi angin semua tayar.


Balik je dari Lumut dengan rasa kelam kabut, dalam pemikiran dah plan nak tukar tayar. Pergi buat kali ketiganya ke kedai foreman untuk tukar 2 bijik tayar dan balancing. Masa dah siap balancing, foreman try bawak kereta aku. Sedu sedan katanya, macam nak kereta lembu. Spark plug dengan cable lak kena tukar, sebab dia tengok cable spark plug untuk enjin dah rosak. Total around RM360.
Mengalir lagi duit keluar dalam minggu ini.


Oh, aku tak bagi tahu yang bateri pun dalam RM180 masa tukar. Banyak habis dalam minggu ini. Aku pening kepala dah. Lepas satu-satu ujian Allah beri. Agak takut untuk beritahu mama dengan abah tapi lepas bagitahu, lega sikit. Sememangnya benda nak jadi. Aku dah terima dengan sabar. Mujur juga aku ada simpanan sikit. Untuk kes-kes kecemasan macam nie. I learn about car in a harsh environment. Mungkin sedikit sebanyak buka mata aku untuk sentiasa bersedia.

Tapi betul juga, niat musafir mestilah baik dan travel mestilah dengan intention yang baik. Itu yang Allah lindungi kita manusia. Tapi kita manusia nie duk fikir nak enjoy, nak buat dosa sampai Allah bagi petunjuk pun kita tak perasan. Jangan lalai. Perbetul niat dalam bermusafir. Sentiasa semat dalam diri Yang Maha Melihat itu sentiasa memerhati kita. Ikhlaskan diri dan jujur dalam setiap perkara. Moga perjalanan hidup kita Allah redhai. Amin.
Tukar jangan tak tukar..

                                              

Saturday, 8 August 2015

Typical Me..

Tukang habis bateri hanset..
Sengaja aku biar tajuk kosong, biar tanpa diisi. Terlalu banyak nak dicerita tapi takut tak dapat disampaikan semuanya. Tiap kali ayat disusun sampai penuh perenggan, aku jadi kurang bersemangat nak menceritakan segala yang diidam.

Terbantut perkataan ditaip tak dapat diungkap. Hahaha.. puitis lak malam-malam nie. Malam Sabtu. Malam kekalahan Kelantan kepada Terengganu di laman sendiri dengan 1-2.

Barang-barang aku belum kemas. Beg terbuka, barang berselerak. Barang yang aku bawa dari rumah sewa pun banyak. Ada toto, beg-beg dan kain baju. Leceh nak melipat. Tapi itulah lumrah bercuti lama.

Bila dah lama bercuti, nak kembali bekerja punyalah liat. Mengalahkan kerbau yang sentiasa berkubang di lumpur, tidak berganjak untuk balik ke kandang setelah ditarik oleh pemiliknya. Ya, kemalasan itu adalah aku. Heh.

Cuaca hari ini paginya panas, kain disidai kering dan pinggan mangkuk dicuci. Another sunny day yang akhirnya petang mendung ribut dan hujan membasahi bumi Kelantan. Kerap hujan di petang hari pada kebelakangan ini. Aku sukakannya. Pluviophile, orang yang merasa tenang apabila hujan turun. Entah kenapa, aku memang suka. Sejuk, nyaman dan tenang. Bukan bermaksud tidur selesa. Tapi keadaan itu benar benar selesakan aku.

Adik perempuan balik esok dari Bali, Indonesia. Setelah berperang dengan praktikel day, akhirnya ada juga masa untuk balik. Lepas rindu katakan. Lama tak jumpa mama abah. Katanya dah beli baju. Siap tunjuk kat aku. BALI. Ada lagi satu collectionku. Hahaha..

Dia suruh abang kesayangannya solat hajat moga airport Bali tak tutup ( Denpasar ) sebab sekarang aktiviti gunung berapi adalah aktif, jadi debu lava menghalang @ menyukarkan penerbangan. Will do sis. Will do..

4-5 hari nie aku layan drama How I Met Your Mother. Start dari Season 1. Roda kehidupan dalam percintaan. Tapi sekadar hiburan memandangkan kalau kita tengok dari aspek pergaulan bebas, memang banyak buruknya.

 Budaya Barat. Aku layan pun cuma nak isi masa lapang kat rumah. Padahal kalau nak diikutkan boleh je buat benda lain macam baca al-Quran, baca buku, tengok tv ( uih.. healthy ek? ). Just tipikal Iqbal. Benda tak berfaedah juga dia minat buat.

Jadi dalam idea aku tadi cadangnya nak buat list apa aku nak buat bila sampai Perak nanti, well bila sampai Sungai Siput a.k.a tempat kerja. Tapi memandangkan karangan Bahasa Melayu aku nie dah panjang, aku akan fikirkan kemudian. Yahahha...

Thanks for reading and keep up to date.. =D

Monday, 3 August 2015

Future Planning..

Klik pada butang 'new entry'. Terbuka lapang, kosong entry baru untuk blog. Minda kosong dengan saki baki idea yang masih ada untuk ditaip. Kumpul kembali, usahakan dan cuba sedaya upaya mencantikkan bahasa agar yang membaca tak bosan. Heh, cukup susah bagi aku. Tadi terbaring memikirkan apa nak ditaip, kini tiba masa melaksanakan. Yosh!

Menghitung kembali hari-hari yang bakal tiba, dalam diri ada sedikit kurang seronok. Minggu depan dua dari adik beradik aku akan balik dari luar negara. Masing masing nak meraikan Syawal yang berbaki berbelas hari di Malaysia, melampiaskan rasa rindu pada keluarga. Aku pula dah bersiap untuk balik ke Perak memandangkan m.c dah habis.

Sedih? Tak sangat. Kurang thrill untuk balik bekerja. Tapi itulah manusia, tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang ada. Masa diberi peluang rehat, bosan.. nak kerja. Bila dah beri tarikh bekerja, nak bercuti. Apa yang memuaskan hatinya adalah semua kehendak dipatuhi. Tapi itulah ujian dunia, keduanya dari menyenangkan kepada memeritkan. Ianya seimbang.

Berbalik pada cerita, adik-adik aku balik untuk meraikan Syawal, paling penting sekali untuk menjenguk mama dan abah di kampung. Sudah lama diperantauan, peluang sebegini tidak usah lagi mereka lepas. Sayang mereka tak terkira, banyak pengorbanan mama dan abah telah berikan demi masa depan anak-anak. Aku tak dapat, tak mampu membalas tiap-tiap jasa.

Oleh itu, untuk kembali ke Perak aku kena ada perancangan. Future planning? Apa tue? Sebelum ini aku tak pernah ada perancangan yang begitu rapi untuk masa depan. Walaupun aku tahu ajal maut di tangan Allah tapi paling kurang usaha untuk merancang kena ada. Takkan nak kerja saja tanpa ada perancangan keluarga, kewangan dan masa depan? Erm, macam aku sekarang la. Hish.

Banyak sebab kenapa aku nak mula buat benda nie. Kawan-kawan aku banyak yang mendirikan rumah tangga. Kebanyakkan dari suami atau kawan aku yang dah berkahwin, pemikiran mereka jauh kehadapan. Mereka merancang dan teliti dalam setiap apa yang mereka lakukan. Aku tahu dalam genetik aku tidak ada istilah merancang. Tapi paling kurang aku kena tahu apa aku nak capai dalam tahun tahun mendatang.

Mungkin juga disebabkan banyak kawan-kawan aku yang kahwin dalam tahun nie, aku jadi kelam kabut untuk merancang. I don't know. Uncertain. But the truth is that i need a solid planning for my upcoming years. I guess. Soal kerja dan rumah tak menjadi masalah. Staf yang baik serta rumah selesa dah diberi oleh Allah. Jadi aku kena manfaatkan sebaiknya.

Topik yang agak berat bukan? Tapi ia dah lama berada di minda sejak awal aku kerja lagi. Simpanan pun aku belum mula. Selama 3 tahun kerja aku lebih kepada semberono, ada simpanan tue adalah. Kalau tak ada maka ikat perut. Makan roti setiap hari. Aku hormat mereka yang ada pendirian, kerana aku sukar mempunyai satu penegasan diri yang kuat. Tapi itulah diri aku sebenar. Ahmad Iqbal Hakim..

Perlahan aku akan perbaiki. Kehidupan diri dan juga persekitaran. I Hope.

Peace.

Finally an ending. Hehehe..



Peace.

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...