Thursday, 26 March 2015

Cintalah Yang Maha Menyintai...


How do i start? Is it with hey! Long time no see-ah? Or.. sorry  for my late post.. i didn't know that it would take this long period of time for my laptop to work.. Thehee..
Nampaknya tukang cerita telah kembali setelah laptopnya mengalami malfunction akibat kepanasan motherboard.. sehebat hebat ciptaan Allah nie pun.. bila tiba masanya, akan rosak dan mati juga ( in this case.. laptop memang totally mati.. tak boleh nak hidup.. hehehe.. )

Sambil menghidu udara panas, asap kenderaan cuaca kering di pantai timur, aku panjatkan rasa kesyukuran kerana Allah masih memberi kesempatan kepada diri ini untuk menaip, yang sememangnya menjadi hobi hambaNya ini.. menukilkan segala pengalaman diri sama ada pahit atau manis.. menceritakan setiap kejadian.. setiap perkara yang berlaku..

Mana nak mula? Hehehe.. for those who are close to me.. They would probably notice that ada perubahan dalam diri insan ini. Mostly spiritual.. insyaAllah. Semakin hari mendidik diri dan hati supaya sentiasa berzikir kepadaNya.. hakikat manusia yang diciptakan oleh Allah untuk kembali kepada penciptaNya setelah mengalami kekecewaan.. kepatahan hati... etc etc..

Wait.. kepatahan hati ( heart-broken? ) This isn't me right. Sambil membetulkan laptop.. menaip dengan penuh tertib dan hemah aku leraikan persoalan ini. Pada bulan Februari aku telah diperkenalkan dengan seorang insan oleh seorang kawan. InsyaAllah, aku tidak mahu mendedahkan namanya. Insan ini telah hadir dalam hidupku.. dan sepanjang perkenalan dengannya, pelbagai perkara berlaku.

Ini kali pertama aku serius dalam percintaan.. benar benar ingin mencari calon isteri. Keluarganya dari golongan yang baik baik.. tutur kata lembut dan agamanya terjaga. Ada yang menyatakan kami cocok. Dari pengenalan itu bibit cinta mula lahir. Setiap nasihatnya aku dengar dan aku mula rapat juga pada Allah. Solat insyaAllah tidak tinggal, aku malah melakukan solat solat sunat.

Buku buku agama dan hadiah aku beri kepadanya sebagai tanda ingatan diri.. aku juga meneruskan niat untuk mengahwininya dengan membuat sedikit pinjaman peribadi. Niatku pada mula ingin memudahkan urusan ibu bapa untuk menjalankan ibadah haji di Makkah. Kini ditambah dengan satu impian untuk berkahwin. Jujur.. aku tak pernah seserius sebegini. Kahwin kot.. planning lambat lagi..
Mungkin ini rezeki..

Then comes the part where it devastated my heart.. on that Friday night.. aku dapat panggilan dan mesej darinya menyatakan mungkin kita sudah tidak ada jodoh.. dan dia minta maaf kepada aku sepanjang sesi perkenalan ini.. Sesal menyesal? Ada tapi alhamdulillah memandangkan aku belum lagi bertunang atau merisik.. ( dalam proses tetap tarikh nak merisik pada time tue.. )

It really hits me.. Malam tue tak tido.. fikirkan apa yang tak kena.. Dalam pada masa yang sama zikir pada Allah tak berhenti sampailah aku terlelap kerana letih berfikir ( sampai macam tue sekali na.. )
Bangun je pagi sebelum Subuh.. for the first time.. i feel lifted.. aku bangun ambil wudhu'.. solat tahajud memohon keampunan di awal pagi.. dan berzikir.. doa agar Allah buka hati aku..

Dalam hati ini.. aku ungkap sendiri.. 'MUNGKIN ALLAH NAK BERITAHU YANG DIA MAHA MENCINTAI BERBANDING DIA.. CINTA ALLAH PADA HAMBANYA YANG SENTIASA MENGINGATINYA..'. aku pun mula perlahan lahan mencari cintaNya.. perlahan lahan solat di masjid dan mendengar tazkirah oleh ustaz.. Belum pernah dalam hidup aku stay sampai habis tazkirah.. selalu lepas solat subuh je balik.. atau subuh rumah je... nie subuh kat masjid..

Lenguh lak menaip lama-lama nie.. Hahaha..

Let's just cut to the point, shall we? Since i felt numbness in my back duduk bersila menaip... Hehehe.. Kehidupan yang Allah ciptakan, yang Dia rencanakan.. Dia Maha Melihat setiap apa perencanaan hambaNya.. setiap perbuatan dan perilaku ciptaanNya.. dosa dan pahala yang dilakukan oleh setiap insan.. adalah untuk kita setiap hari renungkan dan muhasabah. Kita ada masa yang singkat bukan sahaja untuk menjalani kehidupan seharian, malah berfikir dan beramal kepadaNya sambil kita mencari jalan-jalan keredhaanNya..

Sepanjang perkenalan aku dengan insan ini.. aku jadi lalai pada Allah biarpun aku solat cukup.. mindaku terawang dan dosa-dosa sering dilakukan. Sampaikan cikguku menegur.. harus enta bezakan antara EHSAN dan CINTA. Seorang insan kalau benar dia adalah pelengkap tulang rusuk kirimu.. dia akan sentiasa membataskan dirinya dari berhubung dengan orang yang dicintainya.. taaruf hanya untuk mengenal diri.. CUKUP. NOKTAH. bukan lesen untuk keluar bersama. ITU BUKAN CINTA namanya.. ITU NAFSU.

Kerap kali sepanjang perkenalan diri, aku merasakan bahawa aku banyak berkorban masa dan juga wang ( yang teruknya mungkin masa.. ) kerana sepanjang kenal, aku sering tak cukup tido. Letih dan banyak duit habiskan berulang alik ke Sg Siput ke K.Kangsar hanya untuk bertemu dengan dia.

Mungkin Allah nak tunjukkan bagaimana rasanya bercinta.. Aku dapat merasa walau seketika..

Kerana Dia nak bagi cinta yang paling ternilai..

cintaNYA kepada aku.. selaku hambaNya yang hina..

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...