Friday, 31 January 2020

Bila Mana Kemalasan Melandaku..

Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat.

Currently aku sedang menaip dalam waktu kerja. Sambil memantau pesakit dialisis. Multi-tasking. Selalunya pesakit dialisis ambil masa 4 jam untuk habis rawatan untuk satu sesi. Sambil memantau, sambil aku menaip, memerah idea. Dari awal tahun lagi aku nak menaip post terbaru.

Apa kan daya, banyak sangat benda merencatkan perancangan aku. Semalam pun aku sakit kepala teruk sampai terbaring kat rumah lepas habis kerja. Migraine melampau. Dalam minggu nie dan minggu depan kena selesaikan sample darah pesakit untuk review result bagi upcoming TCA dalam bulan Februari.

Agak kelam kabut sedangkan boleh selesai je sebenarnya. Diri nie kelam kelibut teramat.

And continue to type back after severe distraction by phone. Hahaha..

It's a new year. 2020. Tahun di mana katanya akan ada kereta terbang seperti diwar-warkan. Dah basi dah kot lawak nie. It's 9th January 2020. Aku pun dah berusia 30 tahun dan 5 hari. Thanks. Birthday pun dah lepas. Aku tak sambut mana. Cukup sekadar ucapan dari orang-orang terdekat like my family and friends.

Especially for Akram Hj Ramli, dah macam abang kandung sendiri dah. Hahaha..

Kerja kembali setelah bercuti hampir seminggu, banyak spending masa dengan kawan-kawan kolej. Sambut New Year katakan. Padahal masing-masing penat sebab berjalan kerap sekitar kawasan resort. Alhamdulillah. Rezeki.

Hadiah aku pun dah beli awal dah. Xiomie Redmi 9T Pro. Atas suggestion dari phone expert aku setelah phone lama aku rosak teruk. Tercabut skrin dan pecah at the same time. Agak mahal tapi aku memang dah simpan plan nak beli yang baru sebenarnya. InsyaAllah, harapnya bertahan lama.

Tak explore lagi apa kelebihan phone nie. Ada masa aku akan buat review. Cewah!

Aku kena atur susun balik life aku nie. Sebab dah tahun baru kan?

Contoh dari sudut pemakanan aku, aku sememangnya suka makan. Bedal je makan apa-apa. Tolak benda bukan makanan jer. Hah! Jadi untuk 2020 nie aku rancang sket pemakanan. Jaga badan kan?

So, now aku makan pagi pun makan sikit je. Tengah hari makan heavy sket dan malam makan simple macam biskut or minum susu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So aku continue balik where I left off. Sekarang 31 Januari. Means that tomorrow will be 1st of February. Post bulan nie of course satu sahaja memandangkan aku serabut dengan kerja and lack of holiday. Minggu nie aku curi masa sikit ambil cuti hari Khamis memandangkan straight aku kerja cuti sehari jer. And it's now 9:29 pm. Kena tidur awal.

Esok aku nak kena drive balik ke Gua Musang untuk bekerja. Kembali kepada rutin harian. Hahaha.. Dengan several things that needs to be settled.

Ok. That's all. Malas aku nak menaip. Hahaha..

See you in the next post. Thanks for reading.

p/s: Take care of yourself. Always wash your hand with soap and anti-bacterial hand rub. Wear mask if you have a cold or flu. Get medical treatment sekiranya batuk selesema semakin teruk. Ini sebagai langkah pencegahan dari mengelak menularnya virus CoronaVirus yang semakin merebak di seluruh dunia khususnya di China.

Assalamualaikum.

Saturday, 21 December 2019

Pagi Yang Gelap.. Kini Sudah Terang..

Peneman di kala pemanduan pagi..
Apa khabar semua? And also me who read this after some time. Hey, you made it! Hahaha..
Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. The weather is nice today, sunny and sometime a little bit of rain.


It's December people, monsoon season. Kebanyakkan kawasan rendah di Malaysia banjir disebabkan taburan hujan yang banyak serta berterusan. 

Mereka yang terkesan akibat seperti rumah dinaiki air berpindah ke pusat pemindahan banjir sehingga air banjir surut. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan kuat semangat menghadapi ujian Allah ini. InsyaAllah dalam setiap kesusahan ada kesenangan.

Anyway, I'm working today. As usual after sometime. Bercuti for a few days back dan kembali bekerja pada hari Sabtu for today and next week. Lots of things happen at home. Good and bad. Pretty much sums up life. Terkadang memberi kesan kepada famili aku. 


That includes me. But we are strong and insyaAllah sentiasa bersabar. Semoga kesihatan keluarga aku berada dalam keadaan baik senantiasa. Aamiin.

Spend a little bit for this month. Lama dah actually nak beli. Baru sekarang berani. Telefon aku yang dah berkhidmat lebih 3 tahun akhirnya crack screen, bukan tempered glass. Which means i need to send it for repair. 


After sometime aku fikir better beli telefon baru dengan duit yang aku ada sekarang. Fikir panjang pun tak guna akhirnya aku beli gak telefon baru. Nice. And banyak ciri-ciri yang aku rasa kagum seketika. Biasalah, telefon baru kan? Ada masa aku share. InsyaAllah.

Actually, aku dah kebuntuan nak share apa lagi dalam nie. I mean nak share personal boleh but sometimes aku banyak tapis. Better if yang baca only tahu gist of it. Not the whole story. 


Kalau nak tahu detail boleh jer contact aku or message dalam profile. Hahaha.. Dulu passion nak menaip tue ada jer idea. But main dengan masa kerja dan idea hilang start aku menaip. Meraban tak tentu pasal.

I think i need an idea book la. Senang sikit nak olah idea dan nak kembangkan sampai panjang. Kalau tak jadi pendek jer la.

Macam karangan ringkasan. Hahaha..

OK, dah meraban. Back to scrape book. Kita tengok macam mana nanti.

Thanks for reading.




Wednesday, 20 November 2019

November Calm Rain. A Self Reminder.

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat. This month is a bit late for me to update my blog since banyak kerja nak dibuat dan aku asyik-asyik tertangguh je nak siapkan post nie. I do have a lot of free time but most of it aku habiskan untuk tidur dan berehat dari kerja (a.k.a memalaskan diri tahap maksimas..)

So yeah.. Here we are on this November post. Yup.

Blank as usual. Hahaha..

Let me start off with sharing a great news that Malaysia has won against Indonesia in last night match, which I fell asleep earlier than usual. Sedar pukul 10.30 mlm habis match. Aku tengok final result jer dengan dua jaringan dari Sapawi minit around 30 and 74. Tue pun lepas google match. Ahaks teruk giler malasnya.

Besides, rumah aku tak ada tv. Boleh jer nak tengok kat kedai makan. But i doze off early.

Dah lekat tabiat aku menghadap phone every single time. Like I'm obsessed about it. Sampai kekadang sakit kepala, pening and lack of good quality sleep. Sometimes aku abstain diri aku dengan caj phone around 1-2 hour. Before this masa muda remaja aku tak boleh berenggang dengan Facebook. Now there's tons of app similar to it.

Doa aku jadi rajin sikit bekerja dan faham yang dunia nie bukan semata phone sahaja.

Done work for today. Aku biasanya lambat balik dari klinik. Habiskan masa kat sini untuk rehat, kadang dengar lagu rap. Melalak dalam Smule. Update Facebook or blog macam sekarang. Aku menaip sekarang sambil mendengar lagu rap Benzoloo, Generasi Genius. Sambil menguap. Cuaca petang nie mendung dan hujan.

Kena susun balik life aku nie, utamakan perkara yang harus diselesaikan. Aku perasan yang diri aku nie mudah side-tract, banyak buat benda lalai dan tak berfaedah. Yang akhirnya meletihkan diri aku, drain out all my energy. Pemakanan pun main peranan sebab dalam bulan nie aku banyak makan makanan heavy. Macam nasi berlauk, nasi lemak, ayam goreng. Memang tak bagus untuk kesihatan. Haih.

Another thing is that aku sedar yang aku semakin lewat dalam mengerjakan solat. Solat tunggang langgang. Masih solat tapi selalu lewat. Banyak habiskan masa dengan phone. Maybe itu sebabnya aku rasa letih, pening dan tak bertenaga. Dosa melewatkan solat lagi, belum dikira dosa-dosa lepas dan dosa yang sedar dan tidak sedar.

Allahurabbi. So, spending my time reflect on my weakness in here really makes me aware. Antara sebab aku selesa blog dari tahun 2011 till now. Aku boleh luahkan segalanya tanpa rasa bersalah sebab sememangnya aku bersalah dengan diri. 


Moga diri yang membaca ini ambil iktibar dan perlahan-lahan berubah ke arah lebih baik. Agar lebih bagus, baik dan rajin dalam bekerja, beramal ibadah dan beramal kepada Allah. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan memperingati diri hamba ini agar tidak jauh lari dari landasan Allah, dari jalan berliku yang Allah uji untuk diri ini. Ujian untuk hamba ini.

Lega sikit rasa diri. It's been a while aku post something thats uplifting. Like this.

Semoga istiqamah diri dalam menjadi Muslim dan Mukmin yang baik.

Assalamualaikum


Tuesday, 15 October 2019

Burnout!

Kamu Okay - K-Clique

Assalamualaikum. Sambil mendengar lagu rap yang sempoi, aku menaip untuk update post. Yep, dah masuk pertengahan bulan Oktober. Sekejap jer masa berlalu. Mood aku buat masa nie ok. Letih tue sentiasa terutamanya lepas habis kerja. Kalau malam memang aku tak stay lewat. Aku prefer tidur. Terasa seperti Snorlax lak. Hahaha..

Hobi aku sekarang bukan surfing the net macam tahun-tahun dulu. Its actually SLEEP. Hahaha..
Lagi lama lagi best. Ish ish ish..

Serabut lak dengar lagu rap. Tukar ruqyah. Hehehe..

2 minggu masuk bulan Oktober nie sememangnya sibuk. Dengan temu janji pakar, hantar reten bulanan, kerja-kerja indent dan pastikan peralatan dan alat cukup. Belum dikira pantau keadaan pesakit dan balik pun habis masa untuk tidur. Agak letih dan BURNOUT. Wow. Besar lak aku taip. Ahaks.

Hari nie aku pergi ke hospital untuk jadi responden bagi questionnaire kajian burnout dalam kalangan staf KKM khususnya AMO dan SN. Jawab dalam 50-60 soalan. Maybe 100 lebih aku rasa? Tak perasan. But most soalan tanya pasal stress di tempat kerja, berapa lama kerja, apa yang aku buat untuk hilangkan stress kerja etc etc.

Actually pada pandangan aku kajian ini bagus. Umum faham bahawa Burnout dalam kalangan kakitangan kesihatan bukan benda yang baru. Cuma mungkin sekarang baru dititik beratkan. Walaupun netizen dan orang ramai anggap staf hospital pemalas, kuat tido dan sebagainya.. bagi aku, staf kesihatan la paling letih bekerja.

Kalau yang 8-5 di klinik ada on call, kalau yang shift ada double (even triple shift, can you believed that? it happened..). Belum dikira dengan stressnya handle dengan sama staf ditempat kerja, regardless position and jenis staf. Kalau dapat yang buat naya tinggal ko masa kerja, maka ko pun akan mengamuk bila kerja sorang, betul tak?

Not to mention handling pesakit yang bermacam-macam ragam. Mungkin mereka tak tahu yang kami juga ada limit. Sometimes benda tak masuk akal pun kami terima. Kerana KAMI SEDIA MEMBANTU. Aku semat dah dari dulu kerja. Selagi benda aku boleh selesai dalam kemampuan aku, aku akan selesaikan. If not baru aku optionkan cadangan lain.

So aku pun jawablah questionnaire tersebut sejujurnya. Mostly positive la. Ada jer negatif like tak dapat penghargaan atau pengiktirafan atas usaha kerja kita for example. Yup. Kadang kita nie tak dihargai sangat bila kita dah tonjolkan usaha keras yang kita buat. Maybe kadang kena ambil tahu dah hargai like cakap terima kasih. Its a simple gesture but it gaves a tremendous affect to others. Like me. Hahahaha..

Besides.. negativity tue always ada. Cuma pandai kita untuk managenya.

Ok. Done celoteh panjang. Not bad, panjang lak post nie. Muahahahaha..

Peace out!

Sunday, 15 September 2019

September Update!! Woot Woot!

Mari kita bekerja keras! Hoyeah!!
Assalamualaikum..

Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan stress free hendaknya. Dah jadi sebulan sekali aku update blog nie. Takpe, tak ramai yang baca pun kecuali sesetengahnya. Dan aku. Kan blog nie ala-ala diari peribadi. Although tak semuanya aku kongsi. LOL.


Hari ini aku bersyukur sangat sebab elektrik ada. Dari hari Khamis lagi rumah sewa aku tak ada elektrik, TNB potong sebab banyak bil elektrik tertunggak. Gulp! Banyak sangat kot. Around RM 900 something. Tuan rumah kata tak payah bayar but i didn' think that the bill would be this high. 

Baik aku ngan roomate aku bayar jer. Nak ngeluh pun tak guna.

Nasib baik berjaya diselesaikan. Aku pun dah berbincang dengan ayah kepada tuan rumah agar bil elektrik hantar terus ke rumah sewa. Biar setiap bulan kitorang bayar sebab rasanya tak banyak mana. Air-cond pun tak pakai. Apatah lagi tv. Ada pun peti ais mini jer. 


Enough of that. Esok adalah Hari Malaysia, di mana terbentuknya negara Malaysia hasil gabungan dari negeri dari Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Aku kerja esok jadi tak terasa sangat nak meraikan hari tersebut. Mungkin tengok kat tv esok kat tempat kerja sambil bekerja. Hari Kemerdekaan pun macam tue jugak. Worst, aku awal-awal lagi tidur.

Xder nak berjaga kira countdown se'excited' macam dulu. Mungkin sebab semakin berusia. (Padahal baru 29..).


Minggu nie macam-macam benda terjadi. Dari jerebu dan panas yang berpanjangan (terima kasih negara jiran) kepada kempen BMF iaitu Buy Muslim First di mana Melayu Muslim menyokong produk keluaran Muslim dahulu. Bukan boikot yer. Mendahulukan produk Muslim sekali gus membantu dari segi ekonomi. Satu langkah yang baik pada pandangan aku.

Kerja macam biasa. A bit busy this month and also October due to temu janji pakar nefro. Banyak yang nak kena siapkan. Charting, blood taking etc. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam bulan nie jugak aku luangkan masa dengan famili ke Langkawi untuk bercuti. Akhirnya impian Mama tercapai bila jejak kaki ke pulau lagenda. Banyak aktiviti yang kitorang buat di sana. InsyaAllah akan aku buat satu post baru bercerita tentang pengalaman sepanjang tour tersebut. 


Rasanya cukup la kot untuk update kali ini. InsyaAllah rajin aku menaip lagi. Till then. Thanks for reading y'all!!

Sunday, 4 August 2019

Air-Cond Breakdown!

Assalamualaikum.

Currently in the clinic after 5. Menunggu kakitangan Radicare selesai membaiki air-conditioner yang sejak dari semalam lagi rosak disebabkan oleh litar pintas. Duk dalam bilik doktor dengan air-cond Acson yang kecil sebagai peneman diri yang mudah berpeluh.

Iqbal sememangnya tidak suka berpeluh. Hahahaha.. unless bila buat kerja or senaman. Worth of my sweat and energy. 


Disebabkan aku bosan dan banyak masa terluang sementara menunggu diorang selesai kerja, aku akan update a bit on what happen during the past month, which I remembered la.

Aku melancong (hahaha.. bunyi gempak jer..) dengan Mama, adik kecik ke Kuala Lumpur, singgah my bro's house and spend a day or two day. Tengok wayang, jumpa saudara mara and spending quality time with them. Exhausted tue of course tapi berbaloi dengan trip aku pergi. Hihihi..

Roadtax kereta aku dah selesai bayar seteleah giliran aku untuk dapat duit kutu. Spend a bit sebab aku ambil insuran bahagian cermin kereta sekali in-case kalau ada retak atau pecah, which already there before this.

Aku baru sahaja selesai habis drama Touch Your Heart dan Radiation House which is great. Easy to watch, xder la complicated sangat dari segi plot for these two drama. Yang TYH (aku shortformkan..) nie about an actress yang nak kembali berlakon setelah lama mendiamkan diri akibat skandal yang dihadapi beliau. Beliau bekerja di sebuah firma guaman untuk menghayati watak seorang peguam dengan bekerja sebagai seorang setiausaha peguam yang straight forward dan tiada emosi.

Ok jer drama nie but aku kureng sket bab jiwang melampau nie. Sweet bagai buat aku nausea. Hahaha.. But ok la. Xder la nampak kemesraan melampau dalam nie sebab dia banyak komedi. So, a totally RomCom kinda drama.

Radiation House pulak pasal seorang budak lelaki yang jatuh hati dengan budak perempuan. Mereka berjanji akan menjadi yang terbaik dalam bidang dan impian yang mereka kejari. Yang lelaki nak jadi juru X-Ray terhebat manakala yang perempuannya nak jadi Radiologist terhebat. So, bila besar mereka berjumpa kembali. Namun yang perempuan tue dah tak ingat janji dia. Hahaha..

Ini pun ada RomCom gak tapi slightly jer. Ia lebih memfokuskan kehidupan seorang juru x-ray dengan cabaran yang dihadapi setiap hari. Radiation House tue adalah nama unit x-ray hospital tersebut. Sempoi je nama unit. Aku pun ingat nak bagi nama sempoi bagi unit dialysis nie.

Maybe Renal Division? LOL.

Other than that, aku baru sahaja dapat keputusan darah tempoh hari. Kolestrol aku teramat tinggi, berkemungkinan boleh strok atau terjadi gejala berkaitan dengan jantung. A bit worried but at the same time aku boleh rancang dengan baik pemakanan aku. Berat pun semakin membimbangkan.

Mungkin aku kena mula berpuasa.

Selesai habis kerja diorang dalam pukul 6.00 pm. Aku pun dah berpeluh tutup habis semua suis dan plug. Biar hilang peluh nie dulu baru nak gerak. And I finish this post here.

Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Peace.

Sunday, 14 July 2019

Julai Jelma Lagi.. Yahha!!

Kurang seorang... Hahaha..
Assalamualaikum. Apa khabar semua?

It's been a while now. Aku semakin lama semakin hebat dalam menangguh-kerja. So lately aku post sebulan sekali lak. Mungkin sebab ketandusan idea atau sibuk. Apa-apa pun janji aku update blog, isn't it? Dari skip sebulan terus. Masa tengah lapang nie la aku leh nak update apa-apa yang patut.

Hari ini aku kembali bekerja setelah seminggu cuti. Hahaha.. Well, not exactly seminggu. 3 hari jer dari Khamis sampai Sabtu. The rest aku hadir ke kursus dan juga bengkel, masing-masing di Tumpat dan Tunjong. Walaupun CPD point aku dah berlebih-lebihan dah. Ahaks..

So, last week aku banyak habiskan masa kat rumah, bermalas-malasan. Clearly not a productive day for me, laying around like a sloth. Makan minum tidur jer. Nak keluar ke bandar apatah lagi. Sedangkan masa cuti la keluar untuk bersosial. Hirup udara segar dan buat aktiviti sihat. Haish, kena ubah lifestyle nie.

And this month which is July marks one year aku bekerja di sini. Di pusat dialisis ini. Sekejap jer masa berlalu, so does Syawal but ada yang still xleh move on dengan raya. Hahaha.. daripada zero knowledge tentang hemodialisis sampai boleh manage and insyaAllah bersiap sedia jika berlaku apa-apa.

Mungkin masa awal kerja dulu mulut aku masin nak kerja kat unit dialisis. And there you go, dapat kerja kat sini. For me, it's a bit too comfortable. Aku dah lupa macam mana adrenaline pump bila attend kes kecemasan atau kes yang memerlukan kecekapan dan kemahiran diri.

Pendek kata aku dah lama tak train untuk emergency. Masa mula-mula aku masuk MA, memang aku minat giler dengan kecemasan. Ubat aku hafal, prosidur aku buat. Pesakit tue memang ramai tapi seronok sebab kita kerja secara berpasukan. Back up itu penting dan knowledge serta skill banyak di kecemasan.

Kes-kes yang rare iaitu jarang dilihat semuanya di kecemasan. Awal 9 bulan aku kerja kat sana, staf aku dah anggap macam keluarga. BIla dah habis PPW aku masuk klinik. It's really different from kecemasan. Management lebih banyak dan precaution serta follow up itu menjadi satu kemestian. Pt akan kita tengok berkali-kali untuk mengetahu status kesihatan mereka.


And I am now yawning non stop typing about this. Maybe sebab aku menaip waktu tengah hari dan aku tak pasang lagu apa-apa masa aku menaip. Saja bajet nak ambil feeling seorang penulis blog. Last hampeh menguap memanjang. Hahaha..

So yeah, I need to transfer. Tak boleh lama-lama kat satu unit. Kena mencuba benda baru. Kena ada pengalaman baru. Doakan aku dapat transfer dengan kadar segera. Tak larat nak drive awal pagi masuk kerja. Bahaya dengan 'microsleep'nye.

Doakan seketul Iqbal Hakim dapat surat pertukaran ke mana-mana setelah setahun berkhidmat di Gua Musang ini. Doakan tempat yang bakal aku bertukar nie ada tempat yang ada working-enviroment yang friendly sama macam sini. Sebab sini best keje cuma tempat kerja je jauh dengan kg aku. Huk huk huk..

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...