Assalamualaikum.
Aku tak tahu sama ada yang ini akan jadi post terbengkalai jugak seperti mana sebelumnya. Sebab aku malas nak menaip dan banyak fokus benda lain. Hehehe.. Harapnya post hari ini aku dapat publish dan aku dapat fokus pada apa yang aku nak kongsikan kepada diri aku pada masa hadapan dan pada yang membaca. InsyaAllah.. moga ianya menjadi panduan dan teladan kepada diri dan semua.
Ada dua perkara yang berlaku pada ketika ini, iaitu pertamanya serangan Israel terhadap penduduk Palestin serta kawasan sekitarnya. Ini termasuk Masjid Al-Aqsa dan kawasan utama iaitu Sheikh Jarrah yang telah dihalau penduduknya yang kebanyakkan dari rakyat Palestin dari rumah mereka sendiri oleh penduduk haram tanah haram Israel.Yang kedua adalah peningkatan kes wabak Covid-19 serta wujudnya 3 varian mutasi baru virus Covid-19 yang merbahaya dan kadar jangkitannya pantas serta prognosisnya amat membimbangkan. 3 varian iaitu varian India, varian UK dan varian Afrika telah ada di Malaysia. Aku pun tak pasti macam mana varian baru virus ini wujud di negara ini.
Jadi di Malaysia, dua isu ini amat berat dan perlu ditangani dengan segera. Isu Palestin ini bukanlah isu baru, ianya telah lama berlaku sejak daripada tragedi Nakba pada tahun 1948 dimana pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh laknatullah Zionis yang menyebabkan berpuluh ribu rakyat Palestin syahid dan beratus ribu lagi cedera oleh tentera Zionis.
Disusuli oleh beberapa serangan oleh Israel pada tahun-tahun berikutnya. Amarah umat Islam memuncak tahun ini apabila penduduk Palestin yang solat terawikh di Masjid Al-Aqsa telah diserang dengan peluru getah dan gas pemedih mata.
Ramai yang cedera teruk dan kemusnahan banyak berlaku dalam ruang solat masjid serta perkarangannya. Amatlah jijik tindakan tentera dan penduduk Zionis yang menyerang penduduk Palestin yang mengerjakan solat terawikh pada malam 29 Ramdhan, bulan yang di mana suci dan diharamkan untuk berperang.
Tidak habis dengan itu, penduduk Palestin dihalau dari rumah mereka sendiri di Sheikh Jarrah oleh penduduk haram Israel dan mereka diugut akan dibunuh sekiranya mereka tidak keluar daripada rumah. Ketegangan memuncak apabila askar penakut Zionis melancarkan serangan demi serangan di kawasan penduduk Palestin seperti di Gaza, Haifa dan Sheikh Jarrah.
Kemusnahan harta benda awam, hampir beratus rakyat Palestin meninggal (217) yang antaranya terdiri dari bayi, kanak-kanak, remaja, wanita, pemuda dan warga tua. Bedilan dan tembakan roket dari pihak Zionis dari segenap arah telah membuatkan Hamas dan Briged Al-Qassam berikrar akan membalas kembali setiap titik darah rakyat Palestin yang gugur di tanah air mereka.
Briged Al-Qassam pula membalas serangan mereka dengan meletupkan kawasan-kawasan terpenting bagi Israel iaitu kawasan penjana elektrik, pemprosesan minyak, lapangan terbang dan kawasan kawasan prasarana. Mereka sama sekali tidak menyasarkan roket kepada kawasan penduduk haram Israel kerana mereka berprinsip.
Aku yang mengikuti setiap update dari saudara kita di sana serta akaun-akaun twitter lain merasa berkobar dan memulakan perang internet di sosial media. Ramai yang mengunakan tanda pagar seperti #savePalestine #SaveSheikhJarrah dan sebagainya. Kita rakyat Malaysia bersatu hati menentang penduduk haram Israel, ketenteraannya dan mengutuk sekerasnya tindakan mereka terhadap warga Palestin.
Ternyata mereka koyak dengan serangan siber dari rakyat Malaysia yang telah membuka mata dunia tentang kekejaman dan penghinaan Zionis terhadap rakyat Palestin tidak mengira agama mereka. Ramai yang tahu dan berita kekejaman Israel telah tersebar diseluruh dunia dari sosial media segenap aplikasi.
Tidak dilupakan kepada Dragon_Crew yang bersumpah akan menghancurkan sistem web Israel dengan menggodam setiap laman web kerajaan Israel, mengggodam video CCTV dan sistem mereka sehinggakan mereka tidak tidur lena diganggu dek maklumat diri mereka didedahkan di seluruh dunia. Pelbagai usaha dari media dan sekutu Israel dipatahkan oleh kumpulan ini.
Akhirnya gencatan senjata diumumkan pada hari Jumaat, 21 Mei 2021 pada 7.00 pagi waktu Malaysia. Cadangan gencatan senjata oleh Mesir disokong oleh Israel menandakan tamatnya serangan bertubi-tubi tentera Zionis terhadap bumi Gaza dan sekitarnya. Namun tidak sampai 24 jam, genjatan senjata itu telah dilanggar sendiri oleh Zionis ketika mereka menyerang penduduk Palestin ketika solat Jumaat kelmarin.
Situasi kini reda namun ketegangan pastinya akan berlaku kerana kita sudah pasti kenal bahawa Israel tidak pernah kota pada janjinya seperti mana dahulu.
Aku doakan rakyat Palestin beroleh kemenangan yang mutlak dengan memperolehi kebebasan dan pembebasan diri dari cengkaman negara haram Israel yang Allah janjikan tiada tempat lain melainkan Jahanam bagi mereka yang merosakkan dan membunuh setiap makhluk ciptaan Allah. Janji Allah itu pasti.
Terima kasih kerana sudi membaca update dari aku. InsyaAllah next post aku akan cerita detail pasal isu kedua. Tentang wabak Covid-19 dan Malaysia.