Udoh sampei!! |
Bertemu lagi kita dalam post terbaru oleh brader dressar cabuk. Hahaha..
Hari nie kerja alhamdulillah, ok. Staf pun kerja setelah bercuti lama. 2 minggu lepas aku 'bercuti' sebab berkursus tanpa henti. Kursus inovasi la.. hadir conference la. Sibuk sangat dengan urusan kerja. So, bila dah kembali kerja nie pancit sket. Banyak kerja yang baru je selesai hari nie.
Salah satu darinya adalah National Conference For Assistant Medical Officer di Kolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKB) bertempat di Tanjung Rambutan, Perak. Kira balik tempat lama untuk refresh diri selain dapat input-input berkenaan Pengurusan Bencana. PPP dari seluruh Malaysia berkampung di sini untuk mendengar talk dan sama-sama meraikan Hari Penolong Pegawai Perubatan yang jatuh pada 10 Mac.
Satu pengalaman drive yang amat mendebarkan sebab jalan ke Simpang Pulai dari Gua Musang banyak bonggol dan tak rata. Kiranya kalau kau drive laju boleh melambung bhai. Hahaha.. Tapi estimated jam kalau lalu jalan tue memang pendek. 2 jam 30 minit to be exact. Kiranya kali pertama la aku pergi Lojing, Cameron Highland sendirian. Mengucap panjang jugak sebab tak pernah sampai. Tapi Alhamdulillah.. pengalaman baru.
Smart tak abang? Hahaha.. |
Sambil-sambil dengar talk, sambil kenal PPP dari seluruh negeri, jumpa kawan-kawan lama sepengajian yang bekerja di merata tempat. Aku curi peluang untuk jumpa staf lama aku di Kuala Kangsar dan Sg Siput. Rindu deme beb biarpun baru 9 bulan aku pindah. Ada bamyak perubahan. Staf keluar masuk. Pengurusan baru. Member serumah aku pun dah kahwin, buat pos basik di KSKB Ulu Kinta.
Jalan ke Amanjaya pun dah semakin besar, makin lancar. Diorang kata bersempena Sukma di Perak pada 2018 yang lepas. Jumpa member kerja di KSM Sg Siput terutamanya. Benda pertama aku buat? Of course melantak la. Makan kedai mamak dengan member sekerja baik aku. Lama dah tak merasa Papadom ngan Nasi Kandar. Kedai baru bukak lak. Memang sedap. Hehehe..
Kereta aku pun dapat hadiah gak selain dari kekotoran iaitu kemek pada bumper bawah. Terlanggar simen bulat masa aku nak park kereta kat klinik. Tak nampak sangat tapi jaring plastik kat bumper hancur. Memang nak tinggalkan memori kat situ la jawabnya. Hahaha.. Aku sampai awal jadi aku luang masa dengan member aku tengok wayang. Captain Marvel la. Apa lagi. Hahaha..
Selesai semua program aku balik dalam 2.00 petang lalu jalan yang sama. Only this time tak merasa jauh sangat. Rasa dekat jer. Yup. I'm getting used to this road. InsyaAllah, next time leh la nak pergi Ipoh kalau bosan-bosan. Kah kah kah..
OK. Done. Hahaha. Thanks for reading.
p/s : M.A Nayan pun datang wei. Hahaha..