Thursday, 14 June 2018

Selamat Tinggal Ramadhan..

Assalamualaikum. Selamat petang. Jam menunjukkan 4.34 pm. Hari Khamis, 29 Ramadhan 1439 H dan 14 Jun 2018. Hari terakhir berpuasa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ramadhan pergi berlalu meninggalkan kita. Adakah aku beroleh manfaat dan hikmah dari Ramadhan tahun ini? Adakah perubahan pada Ramadhan ini dapat aku lanjutkan hingga ke bulan-bulan berikutnya?

Aku pun tidak pasti. Yang pastinya iman aku sememangnya rapuh serapuhnya pada bulan ini. Seharusnya aku mempertingkatkan ibadah pada bulan maghfirah ini. Namun apa yang aku beroleh adalah penat dan lapar serta turunnya berat badan.

Sesungguhnya terasa diri ini teramat teruk. Allah sahaja tahu betapa kurangnya aku mempertingkatkan ibadah kepadaNya.

Moga aku diberi kesempatan lagi untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan aku bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah setiap detik dan saat aku bernafas, selagi mana diri masih menghirup udara pemberian Allah.

Aku sentiasa berusaha. Doakan istiqamah anak muda ini. Amin.
Selamat tinggal Ramadhan yang ku kasihi dan cintai. Semoga bertemu atas keizinan Ilahi.


Saturday, 2 June 2018

June Deep Thought..

Assalamualaikum. Hi. Selamat Pagi! Its's 2nd June, Saturday and also 17 Ramadhan 1439 Hijriah. Nuzul Al-Quran. Hari di mana Al-Quran diturunkan secara berperingkat dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril AS. Di mana setiap perintah dan larangan dari Allah telah ditulis dan dihimpunkan dalam kitab Al-Quran Kareem sebagai mukjizat dan panduan kepada umat Islam di seluruh dunia sehingga hari Qiamat.

Done memperingati. Wink! (Tetiber je. Hahaha..)

Alhamdulillah, masih lagi bernafas udara dari Allah, melihat dan merasa serta bergerak dengan izin Allah. Berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama keluarga tercinta. I'm in Kelantan and insyaAllah akan stay sehingga tiba masa berpindah kembali. Hopefully lama. Hahaha.. Kat rumah sekarang, barang aku kebanyakkan dah siap aku letak. Cuma belum ada masa untuk kemas khususnya pakaian, sebab baju dan seluar aku terlalu banyak. Mungkin ambil masa sikit.


Duk usaha tahan menguap dan tahan dari tidur untuk taip nie. Nampak effort di situ? Hahaha..

Aku hantar phone aku untuk repair sebab ada masalah dengan bateri. Sekarang aku pakai hanset biasa untuk mesej. Masih boleh Whatsapp dan Facebook cuma mungkin tak sekerap dulu. Elok gak sebenarnya sebab aku rasa dah terlalu 'attached' dengan telefon. Need to spend time alone with family, maybe doing some chores like I used to do. Kemas barang-barang aku dan cuba untuk planned setiap perkara dengan baik. Perancangan yang rapi apparently.

Aku tahu aku memang teruk dalam merancang sesuatu perkara. Aku mudah ikut flow dan jarang ikut perancangan. Mungkin dengan duk kat rumah nie aku dah boleh dah fikir untuk merancang masa depan aku dan menetapkan visi dan misi aku. Nampak serius kat situ, but it really does. I mean I had a chat with a friend and she (yes, a she..) tells me her planning. Whereas I didn't have one. Never thinked of it once. But now I think i need to be concerned about it.

Hahaha.. and continue to wrote back after watching The Blacklist Finale Season 5. Post aku tak habis lagi. Berbalik kepada perancangan, insyaAllah aku akan mula fikir panjang dan rancang kehidupan dengan baik. Moga ada azam baru bila dah masuk bekerja balik di negeri sendiri nie. Mungkin lebih matang dan lebih menerima baik buruk. Sedaya upaya berusaha berubah ke arah lebih baik.

Semoga.

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...