Saturday, 19 May 2018

Barakah Ramadhan.


Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Diharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini adalah 3 Ramadhan 1439 Hijrah bersamaan 19 Mei 2018. Hari Sabtu iaitu hari cuti. 


Semalam merupakan hari lahir adik lelaki aku, Abdul Qayyum yang ke 13 dan hari nie lak adalah hari lahir ayahandaku, Mat Yusoff Bin Taib yang ke 56. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirah. Semangat pagi menaip selepas Subuh, takut idea xder atau mood hilang. Bulan puasa kan. Kemalasan diharap tidak berganda-ganda. Hahaha..


Aku dari semalam senyum, sengih sampai ke telinga. Sebab apa? Sebab permohonan pertukaran aku dah diluluskan dan aku bakal bertukar ke Kelantan tak lama lagi. Alhamdulillah. Setelah 4 tahun lebih aku hantar borang pertukaran, akhirnya dapat kembali berkhidmat di negeri sendiri. Cukup sudah merantau di negeri orang selama 5 tahun. Sirih kembali pulang ke ganggang. Cewah.


Banyak perkara yang berlaku dalam 2 minggu nie. Pertama sekali, keputusan PRU yang mengejutkan di mana Pakatan Harapan telah berjaya memenangi majoriti undian daripada rakyat, membawa kepada pertukaran kerajaan. Penstrukturan semula kerajaan dan penyelesaian masalah kepada rakyat.

Aku berdoa dan berharap kerajaan yang baru ini bakal memimpin negara dan membawa Malaysia ke arah kesejahteraan dan keharmonian di samping meningkatkan ekonomi negara dalam pada masa yang sama mengekalkan kejujuran dan integriti dalam pentadbiran.

Fuh, dah macam YB lak aku berucap. Hehehe.. Tapi itulah harapan aku kepada Malaysia yang baru.

Kedua, adik ketiga aku, Luqman Hakim selamat diijab qabulkan dengan pasangannya, Majidah. Majlis yang simple dengan tok imam a.k.a tok kadi yang sempoi melancarkan majlis akad nikah. Alhamdulillah. Seronok tengok adik dah kahwin. Majlis insyaAllah akan dibuat pada bulan Ogos. Jadi, sempat la kalau nak simpan duit semua. Hehehe.. So, alhamdulillah. Semoga berbahagia adikku sehingga ke jannah. Amin.


Yup, bila dah kena pindah nie bermakna aku kena sekali lagi pack barang-barang aku untuk hantar balik ke rumah, sewa lori untuk bawa barang balik dan selesaikan beberapa borang dan dokumen penting sebelum aku lapor diri pada 4 Jun ini. Bulan puasa pulak tue. Semestinya mencabar. Aku pun tak sangka aku dapat tukar sebelum raya. Ini agak cepat tapi alhamdulillah.. Syukur.

Ok, done celoteh pagi nie. Tak boleh panjang-panjang. Habiskan masa sebelum berbuka dengan amal ibadah semampu mungkin. See ya next post!

Wednesday, 2 May 2018

Changes.

Hari nie panas dan petang mula mendung. Mungkin nak hujan. Atau mungkin hanya mendung seperti hari biasa. Yang penting aku tetap sama di rumah. Berehat dan bersiap siaga dengan apa-apa kebarangkalian. Minggu on-call. So get ready and standby.

Assalamualaikum.

Semestinya apabila aku mula buka post, aku akan mengantuk dan hilang rasa seronok nak bercerita. Maybe perlu ada sesuatu yang boleh merangsang stimulus aku untuk menaip dan berkongsi cerita, even though mungkin ianya adalah biasa. Hahaha..

Sekarang masuk musim berkempen dan hari nie pula adalah penamaan calon. Masa aku dalam perjalanan nak ke Kuala Kangsar, banyak jalan tutup. Bila balik sambung kerja kat klinik baru aku tahu yang hari ini adalah penamaan calon untuk PRU 14 nie. InsyaAllah aku bakal balik untuk mengundi pada 9 Mei ini. Doakan perjalanan aku selamat sampai.

Updated on 2 May 2018:

Yup, atas post 28 April 2018. Aku tak sempat nak update sebab lepas je aku nak siapkan post tue, banyak kes aku kena attend. Kebanyakkannya kes body weakness dan sometimes hyperglycemia. Lain-lain kes minor yang boleh aku attend dengan baik. Masuk bekerja kembali setelah semalam berehat. Cuti Hari Buruh pertama aku setelah selama ini bekerja pada 1 Mei setiap tahun.

Walaupun boleh claim, cuti itu sangat bermakna. Hahaha..

Aku banyak habiskan kat rumah. Baring-baring sambil selesaikan game Assasin Creed Syndicate aku yang tak settle lagi. Drama BG Bodyguard pun tinggal episode last, lakonan Kimura Takuya iaitu salah satu pelakon yang versatile bagi aku. Habiskan masa update manga. Kejutan demi kejutan dalam One Piece. Hehehe.. Sendiri baca yer.

Other than that, work and life is okay I guess. Aku stop mencari calon sekarang. Fokus kerja dan simpan duit. Planning kewangan sebagus mungkin dan memperbaiki diri. Sesunggguhnya diri ini berada dalam keadaan rohani yang sangat teruk. So, I need to escape my busy life and find Allah. Kembali kepada Sang Pencipta.


Setiap hari berdetik, namun dugaan syaitan itu kuat dan membinasakan diri aku. Setiap hari berjuang melawan nafsu syahwat dan juga amarah. Menahan diri dari berkata sia-sia dan diam sekiranya ingin melafazkan perkara yang sememangnya memusnahkan diri dan perhubungan.

Aku rasa aku kena perbaiki diri aku dahulu sebelum aku nak mencari someone. Sebab guidance adalah dari aku. Aku tak percaya kalau kahwin boleh berubah sebab diri ini kena asah untuk menjadi bertanggungjawab. Sekiranya aku masih gagal merubah diri, macam mana aku nak jadi pemimpin kepada keluarga?

Yup. I think I need to change ASAP. For the better. I hope. 

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...