Friday, 30 March 2018

Burning Hot.. Manly Sweats.. Perspiration..

Memang kena kot dengan lagu yang aku pasang hari ini.. Dugaannya by Hujan.

After almost 3 week working here, i got the tempo. Flow klinik macam mana and also lots of responsibility that be put on this fine fellow shoulder. Aku mula pegang beberapa program dalam klinik dan program aku sendiri belum mulakan lagi. Klinik aku kerja sememangnya sibuk. Setiap hari akan ada pesakit dengan macam-macam ragam. Nak cepat, naik radang dan tidak sabar itu sudah menjadi kepastian.

Staf are really supportive. Alhamdulillah. Penat dikongsi bersama. Hari-hari beb aku berpeluh dengan kerja dan kaki jangan nak cakap la. Kalau boleh baring kat tilam tue alangkah nikmatnya. Hari nie baru lapang sikit aku nak menaip sebab esok dan lusa cuti. Finally an update from me. Although banyak benda dah berlaku. Aku akan share yang mana sempat. Hehe..

1st aku balik Kelantan last week sebab nak hantar parents aku ke Jepun untuk hadiri majlis convocation adik lelaki aku kat Sendai. Sambil bersiar-siar di bumi matahari terbit. Main salji dan of course menikmati awal musim bunga. Kena lak dengan musim kembangnya bunga sakura kat sana. InsyaAllah nak simpan duit juga jalan sana. Hopefully. Mom and dad are happy. So does my brothers who always hang out sekali dengan mama abah.

Malam nie diorang akan depart ke KL sekali dengan mak dan ayah saudara aku. Moga perjalanan balik ke Malaysia mereka selamat sampai dengan lancar dan tenang. Amin.


Assasin Creed Origin antara yang aku beli dalam tempoh 3 minggu nie. CD second user but game play dia pada awalnya agak complicated. Lama-kelamaan aku dah boleh rasa keseronokkan grafik dia yang sememangnya memukau dan sistem quest yang lebih mudah dan senang. First time aku main game macam nie. Boleh la luang masa sikit masa on call kat rumah nie. Haha..

Aku sebenarnya nak mulakan saving pada bulan nie. InsyaAllah. Sebab aku risau dengan roadtax kereta aku yang of course mahal. Juga untuk bayar baki duit pendahuluan PTPTN aku yang masih berbaki beberapa ratus lagi. It needs to be settle. Baru la boleh fikir nak bercuti atau tidak. On call dan kerja lebih masa pun banyak kat sini. Alhamdulillah.

Cuaca sekarang sememangnya panas. Kalau aku tak minum 3 L sehari memang tak sah. Malam pun kadang tue panas teramat. Sini sememangnya kurang hujan. Bila hujan baru sejuk sikit. Air botol memang banyak aku minum. Habis je aku buang sebab ada kak masa aku belajar pos basic pesan tak boleh refill balik air masak dengan botol air mineral yang dah diguna. Bahaya. InsyaAllah. Aku akan ikut pesan dia. =)

Oh.. Hari nie (Jumaat) amatlah memenatkan sebab kena monitor technician. Repair power box klinik yang rosak. Ada gangguan bekalan elektrik seketika kat klinik. Alhamdulillah dah selesai. Sambung esok lak diorang nak buat kerja.

Done. Penat celoteh. Hahaha..

Assalamualaikum..

Friday, 9 March 2018

'March'ing Into A New Month..

Gagahkan diri untuk menaip biarpun malas teramat. Haha..

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Salah satu sebab kenapa aku dah kurang nak update blog disebabkan keyboard yang kena pasang pada laptop. Leceh. Tapi bila difikirkan balik bila nak buat kerja kena pakai juga. Sehinggalah aku ada duit yang cukup untuk repair balik laptop nie.


Well, now I'm officially a staff at Padang Rengas. Aku dah kerja dua hari dan aku ambil off dua hari iaitu Khamis dan Jumaat untuk selesaikan hal rumah, bil dan kemas sikit barang untuk aku bawa ke rumah sewa baru iaitu kuaters. Kembalilah abang sado nan buncit ini kepada aktiviti bulanan beliau iaitu on call dan reten bulanan. Lama dah tak buat.

Even group klinik pun dah masuk. Hahaha...

1st day aku kerja sememangnya teruk beb. Ambil darah, tak jumpa vein. Set line branula tak jumpa vein. Berpeluh macam orang lari marathon, sebab aku mudah berpeluh. So, insyaAllah mungkin akan turun berat kot duk di sini. Hahaha.. doa-doakan. Staf ok dan mesra. In caj baru aku tegas dan boleh bawa berbincang. So far ok rasanya. InsyaAllah.

Banyak benda aku kena prepare. Botol air itu penting sebab kerap dahaga (sekarang cuaca panas..), pen aku dah siap beli 6 batang (kalau hilang lagi aku x tahu la..), aku dah siap buat cop untuk aku guna andai kata kena bertugas mana-mana aku still pakai cop sama. Hehehe.. 


What else? Ouh, aku kena keluar dari rumah sewa aku kat Sungai Siput. Well, currently I still live here. Barang banyak nak kemas. Main barang yang buat aku pening adalah mesin basuh dan peti ais. Lain-lain aku rasa boleh isi dalam kereta. Aku sorang pulak tue so aku mengemas ikut kemampuan diri. Banyak nampak baring dari mengemas. Hahaha.. But still ada jugak progress. Hehehe..

Hari nie update buku Tabung Haji sebab dah lama dah tak update. =)

Member aku pun nak balik Alor Star dah. Dapat transfer balik negeri dia. Aku bila agaknya. Hmm..
Ok. Done.

Thanks for reading. Hahahaha..

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...