Sunday, 21 August 2016

Sabtu Sengguk : Motivasi Diri Di Malam Hari..

'The effort is real. You put your heart into it. Your passion is overwhelming. The need is strong. But always poor on deliver. And easily satisfying the need. And you crave again.'

Assalamualaikum. Selamat malam para pembaca. Di saat anda membaca post ini, saya sebenarnya rabak mata menaip di waktu malam. Menunggu tengah malam agar dapat direhatkan badan dan minda untuk bekerja esok. Namun, dek kerana idea dan perkara yang ingin dikongsikan.. maka hasrat rehat itu ditangguh sekejap hingga post selesai. Barulah tidur dengan amanjaya.. eh, dengan aman. 


2 minggu yer? Hectic betul dua minggu kerja. Menggantikan member yang tengah menduduki exam. Dalam pada masa yang sama manage diri yang sememangnya tidak terurus, dengan pelbagai masalah dan kekalutan. Namun semua dapat diselesaikan. Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah beri peluang untuk aku menaip tentang apa berlaku sepanjang waktu aku kerja.

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan dan bulan Olimpik yang dianjurkan di Rio, Brazil. Banyak berita menarik dan kurang menarik yang dapat aku tahu dari media massa dan juga Facebook. Dalam bulan ini juga banyak OT yang aku dah buat. Syukur ya Allah. Penat semestinya tapi aku dah boleh sedikit sebanyak manage stress kerja. Mana-mana kerja pun stress.. It's up to us to manage it wisely. Acewah.


Spending my time reading my so-called diary. Catatan nota kecil yang aku isi dalam buku. Ada banyak buku yang aku tulis. Each and every single book ada aku tulis pasal benda yang berlaku seharian. Mostly aku tak privatekan sangat soal perkara tue, memandangkan setiap bahan aku taip ada kebarangkalian yang ia akan dibaca kembali, sama ada mereka dapat atau tidak. Personally aku jarang masukkan emosi. Aku lebih kepada memerhati dan mencatat.

Nilai sesuatu perkara? Anda tentukan. Allah beri kita akal untuk membezakan baik buruk.

So, in that book aku banyak cerita pasal kerja, pasal staf dan pesakit. Apa yang berlaku. Kadang buat aku gelak, kadang sedih. Itu belum dikira moment gambar yang stored dalam Facebook. Dari gambar aku semasa kolej sampai sekarang. Masa kemalangan dan masa dikecewakan. Allah tahu betapa banyak benda aku tempuhi sepanjang perjalanan. Semuanya aku atasi dengan berkat Allah, kasih sayang Allah dan kedua ibu bapa aku.


Oh, I haved shaved. Serabai pulak tengok misai dan juga jambang. Janggut masih maintain. Rambut pun makin kerap gugur. Semakin hari semakin tua. Masa kerja pulak, divided antara emosi dan akal fikiran. Logik akal lebih mengatasi emosi kalau kerja tapi kadang kala emosi over-throw logik dan nurani. Pesakit banyak sakit dan banyak ragam. Dan aku sejak dari zaman sekolah, adalah seorang pendengar setia, bukan penyelesai masalah.

Paling utama dalam tahun ini aku mula pandang masalah dan sikap manusia sebagai satu rahmat dari Allah. Why? Sebab sikap manusia dan juga masalah adalah satu cara Allah nak ketuk hati kita yang sememangnya jahil dan hina ini untuk mengetahui bahawa ada penyelesaian bagi setiap perkara jika penyerahan diri kita hanya kepada Allah. Sikap dan sejarah gelap sisi manusia itu pun adalah kurniaan Allah. Aib mereka jika kita pelihara.. maka Allah akan jaga aib kita sentiasa.

Jangan cepat melatah. Itu pesan 'in-charged' aku tiap kali berhadapan dengan masalah dan kesulitan. Cari alternatif dan ambil peluang untuk memperbaiki keadaan dengan sebaiknya. Manfaatkan segala kesulitan yang ada agar yang dapat pada kita adalah ketenangan dalam menyelesaikan setiap masalah. Deep aku nak explain tapi lebih kurang macam nie la yang aku faham.

Lots of thinkin for the past 2 weeks too. Sama ada time kerja, atas tilam baring kepenatan. Dari hari paling lapang kerja hingga hari paling sibuk kerja, sampaikan tangan kanan aku krem, telinga aku sakit dan badan rasa penat. Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Singkap semua kemudahan bagi hambaNya yang penat. Dipermudahkan segala urusan. Biarpun hati dan jiwa ini tahu aku belum betul-betul beribadah dengan ikhlas hati kepadaNya.

Memikirkan soal dunia yang aku rasa terlalu singkat dan akhirat yang semakin hari semakin mendekat. Konon hati tidak mahu dirantai dengan dunia tapi terangan merasakan keindahan syurga itu khayalan semata-semata. Sedangkan janji Allah itu pasti. Syurga tersergam indah bagi mereka yang sabar dan taat dalam menunaikan ibadah. Jahanam itu selalu menantikan sang fasik dan kafir yang Allah istidrajkan mereka dengan kemewahan dunia. Aku berada di tengah-tengah.

Setiap kali aku blog, aku rasa tenang. Seperti ia adalah kesedaranku yang ingin sekali membawa diri menghadap Allah dengan ketenangan. Namun pastinya jalan itu bukan mudah. Kerana dunia itu Allah cipta untuk menduga manusia. Hanyut jauh dalam kemewahan, gelojak nafsu syahwat dan pangkat sampaikan Islam dan Allah tidak lagi semat selalu di hati. Aku dan Allah tahu betapa banyak dosa yang dilakukan sehingga kini.

Berapa banyak kali aku memohon keampunan dan sentiasanya akan tersungkur dengan fatamorgana dunia. Maka blog adalah satu cara untuk aku cuba fahami diri dengan setiap luahan perasaan agar aku lebih faham tentang tujuan manusia itu diciptakan. Aku dambakan syurga. Aku sayang Allah dan Rasulullah. Aku sayang Al-Quran. Aku sayang ibu bapa dan keluargaku. Maka dengan itu, perlahan diri ini bangkit dari tersungkur untuk membaca tiap doa dan semangat di dalam blog.

Agar kekal kuat dalam perjuangan. Amin.

Lari topik dah nie. Haha.. InsyaAllah. Ini perkara yang sentiasa aku tekankan dalam blog. Agar lebih komited dalam segala usaha. Belum dikira target yang dicadangkan sampai ke sudah tak menjadi.

Moga lebih kuat dan lebih efisyen dalam pengurusan masa dan diri. InsyaAllah. Nanti sambung tentang pengurusan masa. Sembang nanti.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...