Bismillahi rahmani rahim...
Berpeluang untuk update blog, setelah bercuti 3 hari di kota metropolitan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku berada di sana. Kuala Lumpur, aku hanya boleh rasa kesibukan dan kesesakan di sini. Di mana nilai kasih sayang dan kemanusiaan semakin terhakis. Apabila mentaliti diri bersiap siaga sentiasa di sana, memikirkan segala kebarangkalian yang berlaku andai leka seketika. Satu perasaan yang bagi aku memang tidak selesa.
Pengembaraan aku di sana penuh dengan suka duka. Sedikit sebanyak membuat aku ingat kembali. Betapa bersyukurnya aku dengan setiap apa yang ada. Tak lebih dan tak kurang. Membuatkan aku tak henti mengamati kehidupan dari sudut ketenangan. Bahawa setiap materialistik kebendaan bukan janji kebahagiaan yang suci. Melainkan dengan kehidupan itu sendiri berlandaskan agama yang suci serta keikhlasan diri dalam menjalankan setiap amal sepanjang hari..
Betapa hinanya diri apabila melihat setiap dosa mereka lakukan di kota metropolitan ini, tanpa ada rasa sesalan. Begitu mudah Allah dedahkan aib tiap tiap manusia tatkala mereka leka membahaskan pelbagai perkara. Harta benda dan dunia. Hinggakan roh manusia itu sendiri untuk tenang dan menerima setiap pemberian Allah dengan hati yang sejahtera. Mengetahui dunia ini persinggahan sementara, sebelum mengadap Yang Maha Esa.
Dosa-dosa yang telah hamba ini lakukan sendiri, terasa begitu malu bila mengadap Pencipta. Aib sendiri yang Allah pelihara kemas bila mana kita mula mempersoalkan pemberian Allah. Tak sedar bahawa maruah dan aib kita ini Allah jaga hingga ke syurga. Mengajar diri hamba agar tidak mudah lepaskan rasa amarah dan tidak puas hati. Takut hati mati. Mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah dengan ada kesedaran diri dan faham, yang ujian diberi itu adalah dari Allah untuk kita muhasabah diri.
Dalam bulan ini sememangnya Allah banyak memberi peringatan kepadaku. Paling utama adalah untuk tidak bersifat judgemental dan berfikir di luar kotak keselesaan. Berfikir dengan rasional serta memahami kelemahan dan kekurangan yang telah Allah dedahkan di hadapanku adalah untukku nilai sendiri serta cedok pengajaran dariNya. Bukan sembrono membuta tuli menyalahkan orang, menghakimi orang, bersifat perkauman dan membenci. Sedangkan Allah minta kita untuk buka hati dan minda dan menerima. Juga untuk menjauhi apabila wajib dijauhkan.
Cuaca yang Allah beri ketika ini boleh buat mereka panas, dalaman dan luaran. Begitu mencabarnya bulan ini bagi manusia agar memahami bahawa Allah menguji keimanan mereka. Keimanan yang ada naik turunnya. Iman anak muda yang setiap hari bertarung dengan nafsu sarakah serta hasutan syaitan yang mahu anak Adam sama-sama terjun ke neraka yang membuak-buak apinya. Agar manusia memahami, betapa besarnya kekuasaan Allah. Dari terus menerus menyalahkan cuaca. InsyaAllah.. menerima setiap apa yang diberi dengan hati terbuka.
Jadi..
Pesan diri dan minda yang sama-sama menggerakkan tangan menaip setiap patah perkataan agar istiqamahkan diri. Anak muda yang sentiasa Allah sayang, kan kau diuji dengan pelbagai perkara. Maka kau bermohonlah pada Allah agar diberi kekuatan. Kita lemah apabila diuji. Kita berserah kepada Allah setelah apa jua usaha telah kita lakukan. Jangan lepaskan tali pegangan hubungan antara Pencipta dan hamba.
Agar Allah pelihara aib dan hapuskan dosa silam kita. Agar mulut yang terkatup tak henti berzikir.
Agar tak henti mengingatiNya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...
No comments:
Post a Comment