Thursday 10 March 2016

Kami Sedia Membantu..


Assalamualaikum..,

Pagi yang indah bagi aku adalah apabila aku bangun, siapkan diri dan bersarapan tanpa melihat jam di dinding atau kelam kabut emakai uniform untuk kerja. Kerana hari ini cuti. Yup. Cuti yang indah. Setelah bekerja sehari semalam saya akhirnya dapat meluang masa sendiri dengan menaip, browsing internet dan mungkin keluar bertemu rakan.

Hari ini 10 Mac merupakan Hari Penolong Pegawai Perubatan seMalaysia. Untuk memperingati jasa PPP terdahulu yang bekerja membantu doktor di klinik-klinik kecil sehinggalah sekarang di hospital-hospital pakar. Pelbagai gelaran telah diberi dari House Assistan (HA), Medical Assistan (MA) dan sekarang AMO atau Assistant Medical Officer, tugas kami tak mengira waktu dan tempat. Berkhidmat dalam pelbagai bidang dan suasana.

Alhamdulillah bangga sebab pilih profesion ini, sebab dahulunya memang aku sendiri tak tahu tentangnya. Lepas aku dapat pointer yang kurang menggalakkan di matrik, aku dapat surat temuduga dari SPA tentang tawaran belajar bagi bidang Pembantu Perubatan. Aku memang minat perubatan tapi gred dan pointer aku kurang. Mungkin rezeki aku di sini. Aku hadir temu duga dan jawab beberapa soalan yang diberi sepanjang temuduga. Alhamdulillah dalam masa 2-3 bulan aku dapat surat tawaran belajar.

Kerja sebagai MA atau dressar ini banyak cabarannya. Mereka yang bekerja di bidang ini lebih tahu dan arif tentang risiko dan bahaya tugas yang diberi. Dari kemalangan jiwa hingga ke risiko terdedah dengan penyakit berjangkit, kami teguhkan hati untuk bekerja dalam apa-apa situasi diberi. Sering kali dimaki dan dihina, itu adalah asam garam kerja kami. Kami bukan sempurna dalam tiap apa yang dilakukan tapi kami berusaha agar rawatan diberi berkesan dan nyawa dapat diselamatkan semampu apa yang kami terdaya.

Ada yang telah bekerja lama sehingga pencen, komited dalam berbakti kepada masyarakat dengan usaha dan penat lelah. Saya hormat dan hanya Allah mampu balas apa jasa dan usaha mereka buat dalam memastikan PPP teguh dan kuat setanding dengan profession lain. Segala susah payah, rintangan serta halangan merekalah orang-orang lama yang telah mencurahkan idea dalam memantapkan profession PPP hingga dikenali ramai, walau sering disalah tafsir oleh media massa.

Kami yang bekerja juga punya keluarga yang mahu disara. Walau dicemuh dan diherdik, insyaAllah kami sabar menerima kerana bekerja adalah kerana Allah. Ikhlas dan sabar dalam melayan karenah pesakit walau ada kalanya melampaui batas. Janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelangga. Ada antaranya yang khilaf dalam tugas maka kami mohon jangan dihakimi atas kesilapannya, seluruh profession juga hilang martabat. Kecuaian itu adalah dari diri sendiri juga dari pemberian Allah. Kami bukan Rasulullah, sempurna. Kami juga insan biasa seperti anda semua, punya rasa amarah dan sedih.

Jadi, insyaAllah mari bersama-sama kita mencapai kesefahaman dan saling menghormati. Perkukuhkan kedudukan kita pada mata masyarakat dan kerja seikhlas mungkin demi Allah agar setiap pekerjaan yang dilakukan penuh barakah.

Selamat Hari PPP. Ikhlas dari diri. Ahmad Iqbal Hakim

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...