Friday, 16 March 2012

Aku Dah Bengang.. Aku Dah Bengang..

Mata masih tak lelap lagi.. Bukan banyak fikir pun.. But setakat ini semuanya baik-baik belaka..

Teringin nak post blog biar pun tak tahu nak cakap apa..

Sebab kadang-kadang randomness can relights an idea ( perghh.. ayat tak boleh tahan.. )

Jadi, aku pun mula la bermain dengan kata-kata..

Hehehe...


Assalamualaikum.. ( Bukan lupa.. Sengaja letak lambat sikit.. )

Harap semua sihat walafiat.. ( Karangan aku biase la.. tanya khabar dulu. )

Perasaan anda sekarang : Drowsy belum lagi.. Memandangkan aku dah pekena nescafe masa majlis zikir arwah hari nie ( dan itu air favourite aku.. )

Mungkin aku bercakap sikit pasal sifat manusia yang ALLAH ciptakan..

Kalau dah ready nak bace.. Sile gosok mata anda betul-betul..

Jika tak.. Tak kisah... Tak rugi saya pun ( Acewah, berlembut lak dia..  = D )


Dalam pembelajaran aku especially dalam medic.. dalam keadaan di mana seseorang itu mengalami tekanan.. itu dikatakan sebagai stress..

Stress itu sendiri terbahagi kepada 2.. Stress positif dengan negatif..

Put aside the positive.. Kite sembang negatif nyer..

Sebab bile sebut je pasal stress negatif nie.. Macam-macam orang ada..

Cara mereka sendiri handle.. Atau cara mereka beroleh stress..


Macam aku.. Aku kalau benda berat-berat macam tertinggal dokumen penting.. Atau bakal kena marah ke.. Aku x terasa sangat stress tue ( Sungguh sangat.. )

Akan tetapi... Kalau aku ada hilang barang simple.. Ambil contoh setokin la.. ( Memang sengaja aku salahkan.. ) Aku akan stress melampau..

Mule la nak maki jibaun mane sebat SEBELAH je stokin aku.. ( dan lain-lain kate jahat sewaktu dengannya.. )


Enough with the example.. See what i did there? Tak yah cakap aku jer cakap macam nie..

Semua manusia di dunia akan react as same as me.. Aite? Marah.. maki sana sini..

Kadang-kala ada internal monolog lak tue.. ( Alah, kalau dalam drama.. Yang jenis cakap nak buat jahat dalam hati tapi viewers dapat tahu..  Something like that.. )

Dan macam-macam cara lagi diorang nak managekan ketidak puasan hatian mereka.. ( Jangan ambil ayat nie sebagai rujukan Bahasa Melayu anda.. )

- Sepak / Terajang apa-apa objek berdekatan..

- Maki hamun tak tentu arah..

- Blame diri sendiri banyak kali...

- Salahkan orang lain.. ( Aku banyak la wat benda nie.. Ish.. Ish.. Ish.. )

Dan banyak lagi la.. But non of them really sooth our soul..

Seriously der.. Kalau cam member aku.. Bengang x tentu pasal sebab orang panggil dia GEMOK..

Mau taknye dia tumbok dinding.. KALAU PECAH AKU DAH LAME LARI LA..

But aku GELAK SAKAN sebab luar kelas nanti dia urut-urut tangan dia sebab sakit..

TRUE STORY by the way..


Apa yang nak dikonklusikan ialah.. Try to manage it with humble.. And also sabar..

Sabar itu salah satu dari kualiti mukmin.. Dan tenangkan fikiran..

Tahu.. Akan ada gak brader cakap.. Gua tenangkan dah bro.. Gusar gundah gulana gelama lagi nie..

Ehem.. Der, Zikrullah kan Nabi ajar?

Pernah der try x?

Hehehe.. So, aku amalkan.. Biarpun ada kadang-kadang terkeluar juga certain languange x sedap didengar..

But aku cuba kurangkan.. Better Astaghfirullah dari.. Bengong la TOOT.. TOOT..

40 kali sebut doa der.. Ko nak ke?

Hahaha.. Sabar dan banyak beristighfar.. Bukan anda seorang sahaja stress.. Dunia nie ramai lagi stress..

Syukur la anda masih hidup di muka bumi.. Makan pakaian cukup..

Yang jadi tahanan dan perlarian perang.. pejuang hak agama macam mana?

Fikir-fikirkanlah..


P/S : See? Tak payah nak rancang tulis apa.. Bila nak luas.. Berjela panjangnya.. Hahahaha...

Friday, 9 March 2012

Being A Good Listener..

Sebaik sahaja aku nampak ruang kosong pada tempat compose.. idea yang aku ada akan aku taburkan sepenuhnya tanpa ada sekatan..

Kerana seharusnya idea itu dialirkan... dan tidak dihalang.. BENAR?

Hehehe.. Assalamualaikum kalian.. Apa khabar hendaknya?

Klinik kesihatan cuti 2 hari setiap minggu jadi aku berpeluang untuk balik rumah..

Untuk remind balik benda apa nak bawak.. Nak basuh baju.. Atau self motivate di rumah..

Perlu ape benda tue dalam hidup? Takkan kita nak berada di takuk lame je kan?


Malam bulan purnama indah nie ( dari suara ibuku memberitahu.. ) aku nak citer sikit pasal diri aku..

I'm not a very good solver or adviser actually.. ( benar-benar.. )

Sebab bila aku beri nasihat.. Selalunya terkena batang hidung sendiri.. Dan aku memikirkan kembali apa aku nak cakap..

Penilaian kita kepada sekeliling mengkaburi diri kita sebenar tergolong sama..

Tak faham? OK...

Contoh macam anda bagi nasihat.. Jangan la buang sampah merata-rata...

Tapi at the same time.. Biarpun bukan pada waktu yang sama.. Kita buat jugak benda tue..

This thing keeps me thinking a lot.. Dan dari situ anda boleh relate..

Jika aku nak nasihat orang.. Biar aku cuba dahulu...

And I do it... First before i advised someone..


Tapi aku bukanlah seorang yang pandai menyelesaikan masalah..

Masalah aku sendiri banyak.. ( tak nak la cerita.. buat panjang blog je.. bukan nak bace sangat semua nie.. )

Bila diorang sedih atau heart break.. I do my best to pujuk..

Tapi kadang kala menangis itu salah satu dari cara menyelesaikan masalah.. penyesalan tue kembali kepadaNya juga kan?

Cukup lah syarat kalau anda nak memohon keampunan.. Iaitu penyesalan dan juga pengharapan..

Namun aku adalah pendengar yang baik.. Jangan ingat kepala aku mengangguk sebab tersengguk ( ngantuk.. ) mahupun saja-saja layan..

Aku memang faham apa korang alami.. So, luahkan kalau rasa benda tue baik..

Untuk diri korang..


Sebab kita sendiri tak berapa perfect.. Kurang sini sana..

Riak dan berlagak kita sebenarnya buruk untuk hati.. Fitrah manusia kembali kepada pencipta kan?

Dan kita sendiri hambaNya.. Dosa dan susah payah kita.. DIA sedia mendengar..

Cuma kita kadang terlupa bersyukur.. Itu sahaja..


Konklusinya? Erm.. Carilah DIA untuk selesaikan masalah..

Sayang DIA pada kita berkekalan kowt... = )


A.I.H

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...