Sunday 9 June 2024

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya.. 


Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan isteri berada dalam keadaan sihat. Kena betul lagu malam nie dengan apa yang aku dan isteri been through, which is dugaan dalam kehidupan. What is it? What's happening?


Well, my wife's contract with TM last till this month. Setelah 2 tahun lebih berkhidmat di TM Kota Bharu, akhirnya isteri aku diberi pilihan untuk bertukar ke TM cawangan Kuala Terengganu atau menamatkan contractnya di sini. Satu ujian bagi kami. Kalau isteri aku bertukar ke KT, maknanya aku akan berjauhan dengan isteri. 

Hanya berjumpa pada cuti weekend sahaja. Sedih dan perit jiwa weh. Ada orang yang boleh menerima LDR atau Long Distance Relationship. Aku rasa for us, it is hard. Kos sara hidup di KT tinggi, wife aku kena cari rumah sewa dan transport lak untuk pergi kerja unlike here, which semuanya dekat. Other than aku akan pasti kekurangan kasih sayang yang secukupnya dari isteri. Isk isk..

So, for these couple of week wife aku sekarang memperkemas dan memperincikan resume dia untuk kembali job hunting. Mencari lubang-lubang kerja yang ada di Kota Bharu dan sekitarnya. Aku membantu semampu mungkin dengan tidak mengacau beliau. Hahaha.. 

And wife aku baru je tanya tadi. Taip pasal apa. Direct je aku jawab, pasal sayang la. Hahaha..

Aku pun dah lama tak menaip. I know its been a while dah. Habis Aidilfitri, birthday Habib and Arifillah, Abdul Qayyum dan juga abah. Lots of things happen in past two months. Mei memang aku tak update langsung. Bajet nak menaip every month, last-last ada tinggal gak sebulan. Ceit.

Habib sekarang kerja di Klang. As well others. Mostly kerja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kecuali Kak Teh dan aku yang kerja di kawasan pantai timur. Aidil Adha nie pun tak pasti adik-adik aku balik ke tak. Kak Teh, Abdul Qayyum dan Arif je yang confirm balik raya haji nie. Yang lain masih lagi KIV.

Mom and dad from mine and also wife alhamdulillah sihat walafiat. Other than that semua alhamdulillah. 

Thanks for reading. Eh dah habis dah. Hahaha...

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...