Assalamualaikum.
It's a new year. 2022. Dah masuk 9 hari dah. Budak sekolah pun dah masuk belajar balik hari nie (dari Kelantan, Terengganu dan Johor sebab hari Ahad). Tembikai di tengah hari. Nyum..
Apa khabar?
Harapnya anda dan diri yang membaca ini berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, diri menaip ini berada dalam keadaan sihat walafiat. Baru selesai hantar isteri masuk kerja. Aku lak masuk kerja dalam pukul 2 petang nie. Serabai sebab lama dah tak potong rambut. Berjambang habis. Hehehe..
Aku pun lama dah tak buka laptop. Sibuk kerja shif. Sekejap pagi, sekejap petang. Sampai masa masuk malam lak. Masih lagi di pusat kuarantin. Until further notice. Tak pasti bila balik kerja kat tempat asal. Pesakit Covid-19 tetap ada tapi jumlahnya tak seramai dulu. Varian Covid-19 lak dah ada bermacam-macam.
Latest sekarang ada varian Omicron dan juga Flurona. Memang dah dijangka sebab kalau betul kita amati, dunia nie pun dah sampai akhir dah. Nak qiamat dah. Tanda-tanda tue dah nampak sangat seperti salji di tanah Arab, bagaimana manusia semakin lalai dan leka dengan hiburan.
Amal diri pun belum tentu boleh bantu kita masa penghitungan nanti. Allahu..
Aku pun dah 32 tahun dah tahun nie. Birthday baru jer lepas. Diraikan bersama orang-orang tersayang. Alhamdulillah. InsyaAllah aku dah semakin matang dalam berfikir, walaupun ada ketika tue perangai macam budak-budak lagi. Hahaha..
Apa plan untuk tahun ini?
1. Aku pun belum rancang baik lagi tahun nie tapi ada la berbual dengan isteri aku. InsyaAllah cadang untuk menyimpan duit dan berjimat sebab tahun lepas banyak keluar melancong dalam Malaysia. Jadi kita simpan duit lak untuk kegunaan hari esok.
2. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Masa drive tadi aku ada juga tanya wife aku kalau nak berpuasa esok. Beliau pun bersetuju sebab dah lama tak puasa dan tak lama dah nak masuk Ramadhan. Boleh la bersedia awal untuk berpuasa nanti.
3. Misi kurus. Perancangannya tiada tapi buat masa ini roughly aku dan isteri cadang untuk tidak makan malam. Doakan aku dan isteri guys.
4. Spend time with family. Kerap datang melawat abah mama dan umi abah dari family wife aku. Dambakan kasih sayang mereka setiap masa. Serta guidance dan nasihat pengalaman dalam berumah tangga. Spend masa dengan adik beradik sekali. Sebelum mereka mula sibuk kembali dengan urusan masing-masing.
Buat masa sekarang, ini perancangan aku. InsyaAllah.
Blog lak? Aku akan share seperti biasa rancangan yang aku dah habis tengok dan recommended it pada korang. Banyak juga rancangan dengan drama yang aku dah habiskan. Contohnya Brooklyn 99 musim ke 8 iaitu finale, SP Police dan drama Korea apa ntah yang pasal orang kampung tue. Aku malas nak google cari. Hahaha..
Ok, dah panjang dah menaip nie. Boleh dah kot stop. Hehehe..
Thanks for reading.