Wednesday, 25 August 2021

A new place, A new experience! PKRC ILP PC

 Bismillahi Rahmani Rahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Aku dah isteri serta famili berada dalam keadaan sihat walafiat dengan izin Allah. Cuaca hari ini panas dan sedikit mendung. Aku hari nie kerja shif pagi di tempat baru. Masuk hari ke 18 aku kerja di sini. Atas arahan dari hospital, aku mula bertugas di tempat baru pada 8 Ogos. Nak tahu kat mana?

Aku sekarang bertugas di PKRC atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid di ILP Pengkalan Chepa. Tempat aku kerja menempatkan pesakit yang positif Covid-19 yang memerlukan kuarantin wajib sehingga lengkap tempoh kuarantin yang biasanya dalam 10-14 hari. Di Kelantan terdapat banyak PKRC yang disediakan KKM bagi menangani kes C-19 yang meningkat.

Tempat aku menempatkan pesakit kategori 1 dan 2 C-19 di mana sama ada mereka tiada simptom atau ada simptom tapi minimal. Tanda vital pesakit diambil hari-hari untuk memastikan pesakit yang dirawat di sini berada dalam keadaan baik, sihat dan terjaga dari segi makan dan minumnya. Biasanya kami akan buat pemeriksaan di awal shif bagi pesakit yang mengalami gejala dan pesakit yang mempunyai co-morbid.

Untuk pengetahuan semua, pesakit yang dirawat dan dikuarantin di sini hanya dirawat mengikut simptom yang mereka alami, seperti batuk, selesema, cirit birit dan sebagainya. Tiada rawatan untuk menyembuhkan C-19, hanya rawatan mengikut simptom dan sokongan dari staf serta sesama pesakit antara usaha untuk mengurangkan stress ketika menghadapi penyakit ini.

Kebiasaannya pusat kuarantin akan dibuat di kawasan luas dan mudah untuk diakses seperti dewan. Di ILP Pengkalan Chepa, asrama putri menjadi kawasan kuarantin bagi pesakit khususnya wanita dan anak-anak yang positif C-19. Kebanyakkan pesakit di sini redha dan kuat semangat untuk meneruskan kuarantin di sini biarpun berjauhan dengan keluarga.

Semasa pemantauan, sekiranya SPO2 pesakit iaitu peratusan kandungan oksigen dalam pesakit kurang dari 95%, maka pesakit akan diberi bantuan oksigen menggunakan alat bantuan pemberian oksigen seperti nasal cannula, face mask, venti mask dan high flow mask, bergantung kepada tahap oksigen pesakit. 

Sekiranya pesakit masih mengadu sesak nafas dan tahap oksigen rendah, maka pesakit akan TO (Transfer Out)  ke hospital atau PKRC berdekatan yang mempunyai kelengkapan yang lengkap. Prosidur doffing dan gowning adalah menjadi satu rutin harian bila kerja. 

Bila masuk kawasan pesakit kuarantin, staf seperti aku akan memakai full PPE dan masuk ke dalam untuk membuat pemeriksaan pesakit dan apa-apa perkara yang perlu diselesaikan di dalam. 

Selain itu, aku akan pergi TO pesakit mengikut arahan yang telah diberikan doktor. Sebab di sini kami hanya observed pesakit yang ada vital sign normal, sekiranya vital sign pesakit berubah, perlulah pesakit dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagi aku buat masa ini alhamdulillah kerja di sini best. Banyak pengalaman baru dan ilmu baru yang aku dapat dari lebih separuh bulan aku kat sini.
Dapat kenal muka-muka baru, staf-staf dari hospital dan unit lain-lain. Serta bekerjasama dalam memastikan keadaan pesakit serta wabak C-19 dalam keadaan terkawal.

Doakan aku dan mereka yang bertugas sebagai front liner ini dilindungi dan dirahmati Allah atas segala usaha dan perjuangan kami dalam menentang penyakit ini. Aaamiiin.

Thanks for reading!

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...