Good evening peeps! It's Saturday.
Hari cuti yang paling dinantikan oleh setiap mereka yang bekerja tidak kira makan gaji atau berniaga. Untuk menghabiskan masa dengan keluarga setelah 5 hari bertungkus lumus membanting tulang mencari rejeki demi sesuap nasi. Masa yang diberikan untuk bergaul mesra dengan isteri, anak-anak serta sahabat handai dengan perancangan yang rapi untuk bersiar atau melancong.
Dan adanya aku, antara mereka yang hari cuti juga bekerja demi sesuap nasi demi diri, keluarga dan masa hadapan. Ada yang kerjanya hakiki, ada yang kerja lebih masa. Mana-mana pun sama kerna harinya tetap serupa, hari Sabtu.
Kalau ikutkan diri rasa sedikit stress dengan salah faham berlaku semasa bekerja, dari hari Khamis lagi. Cuma situasi berbeza. Nak dekat sampai masa nak bertukar nie lah macam-macam benda berlaku. Perselisihan faham dan miss communication. Itu adalah asam garam kehidupan seorang M.A cabuk seperti aku. Bukan semuanya lancar. Namun akhirnya ia akan berakhir dan dilupakan, Hopefully.
Kelantan memulakan hari Sabtunya dengan Program Kawalan Pergerakan Bersyarat atau (PKPB) disebabkan kes yang saban hari semakin meningkat. Bermakna, surat arahan bekerja dan sticker staf kesihatan haruslah diletak pada kenderaan sekiranya aku nak ke hospital atau balik dari kerja. Kawalan ketat bagi setiap daerah negeri Kelantan khususnya daerah zon jingga dan merah.
Kereta lama aku ada jer sticker ngan surat tue tapi disebabkan ianya total lost, aku tak dapat nak ambil sticker dan surat tue. Habis keronyok impak dari kemalangan. Haih.
And aku lak tak balik minggu nie disebabkan pakar visiting yang sepatutnya esok namun ditukar tarikh pada saat-saat akhir, disebabkan ketiadaan transport untuk ke Gua Musang. Mungkin kenderaan banyak digunakan untuk kes-kes Covid-19 di daerah yang terjejas.
So a bit boring. But aku isi masa dengan tengok Community dan as usual Agito. Hah!
Actually aku ok je awal kerja tadi tapi hari nie banyak lak isu. Enjin air rosak then arah pesakit untuk dialisis kat tempat lain disebabkan air tak dapat dibekalkan secukupnya untuk mesin dialisis disebabkan enjin air rosak. Luckily semuanya selesai dengan teratur. Ada la salah faham sikit dan kemarahan yang meledak dek salah faham. But everything is running smooth. Alhamdulillah.
Nie esok nak buat majlis makan untuk perpisahan aku lak. Aish, den lekat perangai tak gomar sebenor eh benda-benda nie. Biar la aku transfer sesenyap camtue jer. Senang. Hahaha..
Tak perlu susah-susah. Hahaha..
Dah-dah.. Habis dah.. Thanks baca celoteh ngarut aku nie. Hahaha..