Wednesday, 24 June 2020

Juna Juni June Sudah..

Elok lak landing beliau..
Assalamualaikum...

How are you peeps? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Same goes to me. Juni nie baru la nak update blog. Nak buh post baru after so long. Lama tak kemas kini. Banyak jer masa sebenarnya akan tetapi dek kemalasan (alasan yang sama jer setiap kali..)

Spending my time here after work, ditemani lagu OST One Piece. It ease a bit keletihan kerja. 

I'm fine. Alhamdulillah..

Lot's of things happen in the past couple of weeks. I had an accident which cost my car a wreckage. Sendiri terbabas dek kerana hujan lebat dan jalan yang licin. Luckily I survived with minor injuries. Qada Qadar Allah. Aku terima seadanya.

Kereta aku teruk kemek atas depan bawah. Kalau sekali tengok memang rasanya yang bawak tue cedera teruk. Alhamdulillah, ternyata safety kereta ini betul-betul 'secure'. 


Impak tak sekuat mana masa kereta aku bergolek setelah terkena penahan kereta di hujung divider kereta. Air bag yang terbukak setelah hentakkan kereta membantu mengurangkan inertia aku dari whiplash akibat kereta yang bergolek.

Fuh! Sendiri fikir la beb. Macam mana korang tengok kereta Fast Furious bergolek, ha macam tue la aku berpusing. HAHAHA.. 


So for now kereta aku dekat bengkel. Menunggu untuk di'evaluate'. Maybe total lost. Kena standby la duit untuk tambah sekiranya ada baki yang tak boleh dicover oleh insurans. Memang jodoh aku dengan kereta nie tak lama. 

Sekarang dah masuk PKPP or Program Kawalan Pergerakan Pemulihan di mana hampir kesemua premis perniagaan dan perkhidmatan termasuk sekolah, pusat sukan, kilang dan lain-lain dibuka dan berjalan seperti biasa serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti:

  • Penjarakan sosial sebanyak 1 meter.
  • Menulis maklumat diri dan nombor telefon untuk dihubungi serta scan QR code bagi mereka yang mempunyai telefon pintar.
  • Melakukan hand sanitizing sebelum masuk ke premis.
Kadar kes pun semakin berkurangan semenjak saringan khusus serta pengawalan penyakit melalui screening berterusan serta penggunaan alatan canggih mempercepatkan proses untuk mengenal pasti mereka yang dijankiti penyakit C-19.(aku buat rumusan ke ape nie? HAHAHAHA)

Pendek kata sekarang kita masih perlu berjaga-jaga walaupun kes semakin berkurangan. InsyaAllah kalau amalan SOP ini dipraktikkan maka penyakit C-19 akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Hari nie pun bermulanya sesi persekolahan bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan penting. So, good luck dan belajar rajin-rajin yer. Especially my cousin which will be sitting his SPM next year. Ganbatte ne Fikri!

Rasa stail lak buat colourful macam nie. Hahaha.. easy to read and understand. Aku pun tak la rasa bosan nak menaip. Cuma skrin komputer nie jer la kadang problem. But its just a minor glitch.

Aku sekarang kerja naik motor. Kereta dah takder so naik motor la untuk beli barang atau nak ke mana-mana. Paling jauh aku pergi dengan motor nie adalah dari KB ke Gua Musang, Speed motor nie amatlah slow jadi aku semakin berhati-hati bila menunggangnya. 

Other than that, aku dah ada dua roomate baru sebab roomate aku dah keluar masuk kuaters. And masa aku datang dari KB dengan mak aku and my bro, diorang siap buat sesi deco dan cleaning kot kat rumah aku. Sebab jujur rumah aku macam sampah, like my mom says. Hahaha..

Anaknya pemalas sangat nak mengemas. Sekarang aku cuba untuk maintain kebersihan bilik dan rumah aku yang telah dikemas oleh mak dan adik aku. Kudos for them sebab mop semua. Aku lak tolong buang sampah dan sapu lantai. Akhirnya selesai diorang pun balik.

kalau kira dah 2 minggu aku tak balik, including this week. Kalau ada kereta nie dah balik lama dah. Hahaha.. but cukuplah hari tue seminggu aku bercuti sebab kemalangan. Work seperti biasa. Nothing change much.

Ok, aku rasa cukuplah aku berceloteh. Karang curah semua nie habis ngantuk korang baca. Hahaha.. Thanks for reading.

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...