Assalamualaikum. Good evening I guess? It's around 8:56 pm right now as I type this new post. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Bersemangat waja aku menaip dek kerana idea yang banyak. Benda banyak nak cerita, terus ke laptop untuk menaip segala apa yang aku nak curahkan. But biasanya akan melalut. Jadi aku cuba tak terlalu hype bila nak taip.
Baru jer selesai solat Isyak. Aku biasanya liat sikit kalau solat Isyak unless kalau aku kat surau/masjid, selalu solat kat rumah jer. Hari nie Allah gerakkan hati nak solat kat surau biarpun masbuq. Moga aku semakin istiqamah untuk melakukan ibadah yang wajib dalam waktu awal.
Me? A bit tired after all days work. Biarpun aku kerja tak sibuk atau penat mana. Maybe letih sebab hari ini aku ambil ubat untuk pesakit dialisis di hospital. It become my weekly routine to take weekly meds. Kalau tak ambil nanti diorang tak dapat rawatan yang secukupnya. Biasanya aku akan ambil medication jenis intavena dan ubat sapu macam Alcohol 70% etc.
So kalau aku dah habis shift pukul 5 tue, aku stay dalam sejam lebih kat dalam klinik. Sama ada skrol phone tengok Twitter ke, layan melalak dalam Smule, buka Youtube. Sementara nak tunggu cuaca kat luar redup. Bukan pulun nak kerja overtime ke apa. Kiranya macam 'me time' untuk aku after hectic work.
Life? More focus on family. Last year memang banyak ujian Allah beri untuk famili aku. Suka duka serta macam-macam perkara yang berlaku. Semuanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk untuk famili aku. Supaya bersabar dan tabah, redha dengan ujian Allah beri. Selain itu memberi kesedaran kepada ahli keluarga termasuk diri aku yang kita dah berusaha semampu mungkin, selebihnya terserah kepada Allah.
Sedikit sebanyak pengalaman telah aku peroleh sepanjang tahun 2019. Tentang depression and all sort kinda things. Tentang limit seorang makhluk bernama manusia.
Aku pun sebenarnya menunggu pertukaran PPP memandangkan aku request balik berkhidmat ke kawasan kampung aku. Semoga tarikh pertukaran aku dapat dalam bulan ini memandangkan dengar kata ada pergerakan PPP. Sebab in-charge aku pun dapat bertukar balik ke tempat yang dia nak. Maybe it's my turn? Who knows.
OK, aku rasa cukuplah aku berceloteh panjang pasal life aku sekarang. Melalut je nanti. Ini lah sedikit sebanyak apa yang aku boleh share sehingga bulan Februari nie. Phone baru, mouse baru.. and I'm already on my 30's. 30 dah weh umur aku. Genap sebulan hari nie. LOL.
Thanks for reading.
Tuesday, 4 February 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...