Tuesday, 15 October 2019

Burnout!

Kamu Okay - K-Clique

Assalamualaikum. Sambil mendengar lagu rap yang sempoi, aku menaip untuk update post. Yep, dah masuk pertengahan bulan Oktober. Sekejap jer masa berlalu. Mood aku buat masa nie ok. Letih tue sentiasa terutamanya lepas habis kerja. Kalau malam memang aku tak stay lewat. Aku prefer tidur. Terasa seperti Snorlax lak. Hahaha..

Hobi aku sekarang bukan surfing the net macam tahun-tahun dulu. Its actually SLEEP. Hahaha..
Lagi lama lagi best. Ish ish ish..

Serabut lak dengar lagu rap. Tukar ruqyah. Hehehe..

2 minggu masuk bulan Oktober nie sememangnya sibuk. Dengan temu janji pakar, hantar reten bulanan, kerja-kerja indent dan pastikan peralatan dan alat cukup. Belum dikira pantau keadaan pesakit dan balik pun habis masa untuk tidur. Agak letih dan BURNOUT. Wow. Besar lak aku taip. Ahaks.

Hari nie aku pergi ke hospital untuk jadi responden bagi questionnaire kajian burnout dalam kalangan staf KKM khususnya AMO dan SN. Jawab dalam 50-60 soalan. Maybe 100 lebih aku rasa? Tak perasan. But most soalan tanya pasal stress di tempat kerja, berapa lama kerja, apa yang aku buat untuk hilangkan stress kerja etc etc.

Actually pada pandangan aku kajian ini bagus. Umum faham bahawa Burnout dalam kalangan kakitangan kesihatan bukan benda yang baru. Cuma mungkin sekarang baru dititik beratkan. Walaupun netizen dan orang ramai anggap staf hospital pemalas, kuat tido dan sebagainya.. bagi aku, staf kesihatan la paling letih bekerja.

Kalau yang 8-5 di klinik ada on call, kalau yang shift ada double (even triple shift, can you believed that? it happened..). Belum dikira dengan stressnya handle dengan sama staf ditempat kerja, regardless position and jenis staf. Kalau dapat yang buat naya tinggal ko masa kerja, maka ko pun akan mengamuk bila kerja sorang, betul tak?

Not to mention handling pesakit yang bermacam-macam ragam. Mungkin mereka tak tahu yang kami juga ada limit. Sometimes benda tak masuk akal pun kami terima. Kerana KAMI SEDIA MEMBANTU. Aku semat dah dari dulu kerja. Selagi benda aku boleh selesai dalam kemampuan aku, aku akan selesaikan. If not baru aku optionkan cadangan lain.

So aku pun jawablah questionnaire tersebut sejujurnya. Mostly positive la. Ada jer negatif like tak dapat penghargaan atau pengiktirafan atas usaha kerja kita for example. Yup. Kadang kita nie tak dihargai sangat bila kita dah tonjolkan usaha keras yang kita buat. Maybe kadang kena ambil tahu dah hargai like cakap terima kasih. Its a simple gesture but it gaves a tremendous affect to others. Like me. Hahahaha..

Besides.. negativity tue always ada. Cuma pandai kita untuk managenya.

Ok. Done celoteh panjang. Not bad, panjang lak post nie. Muahahahaha..

Peace out!

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...